Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, January 12, 2012

Beza 4B Terengganu banding 4B N9

Jauh di Pantai Timur, Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu telah bermesyuarat agung di Kemaman. Difahamkan Kemaman mendapat pujian sebagai penganjur yang terbaik dalam sirkit penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan 4B Terengganu. Kemaman juga dikobarkan telah berjaya menyampaikan Ucapan Tuan Rumah paling baik dalam sejarah 4B Negeri Terengganu. Syabas Tuan Rumah Kemaman.

Dalam skrip 4B Kemaman, difahamkan YAB Menteri Besar merangkap ADUN Kijal terpanggil untuk menyahut seruan BERGERAK dengan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan bantu 4B Terengganu ke atas beberapa perkara:

1. Kemaman minta 100 ekar tanah dihadiah kepada semua kawasan parlimen 4B, Kerajaan Negeri bersetuju untuk hadiahkan 10 ekar tanah kepada semua kawasan parlimen 4B. Ini merupakan ganjaran sosio ekonomi yang baik kepada 4B Terengganu.

2. Kemaman minta YAB Menteri Besar mengadakan Draf Rancangan Pengkayaan Belia Negeri Terengganu, kesannya, Kemaman melalui 4B diberi mandat 60 hari untuk merealisasikan Draf Impian Belia Terengganu berkenaan. Difahamkan juga Kemaman terdorong untuk bersahabat dengan pasukan pemikir Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2. Baguslah gitu, Terengganu kite.

Inilah kuasa politiking 4B sebagai pertubuhan belia Melayu terbesar. Inilah natijah Akta 668 agar belia dirasai hormat dan pimpin. Apakah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan juga memiliki wadah, wasilah dan wahana yang serupa dengan pendekatan wasatiyyah yang terpelihara? Tahniah dan syabas 4B Terengganu.

Alangkah moleknya jika Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan juga berpandangan jauh seperti 4B Terengganu. Mano Setiausaha Agung 4B Negeri Sembilan?! Mano ghaib Pengerusi 4B Negeri Sembilan?!

4 comments:

  1. ontah ....n9 ni berpecah bolah dah..ntah apo ngak dibanggo e pun den tak tau...tapi den banggo tok mat dapek buat pembaharuan ..idea kritis...cumo politiking out ...melayu nih politik yo...nak kayo copek...lain takdo...orang lain pi lantak lah...janji tembolok den ok...

    orang pas - umno - tapi bukan PKR... :-)

    ReplyDelete
  2. Belia kek Nismilan ni dah terkubur dan bakal mereput di dalam lahad.
    Tengok sendirilah anak2 muda zaman sekarang.. sangat jauh berbeza.

    ReplyDelete
  3. bepocah satu hal, lopeh tu dah dokek PRU baru nak jumpo belio, baru ado program, kalau tak...HARAM nak amik tau pasal belia. ado posatuan pun hampeh, bkn nak majukan belia, sumo borobut nak jadi kepalo, kalau camni minda yang ado, jgn mimpi la nak tgk n9 maju. kopado ketuo2 pemudo lobih lg kepalo ketuo pomudo...KORANG MMG HAMPEH !

    ReplyDelete
  4. Hancor bocai dah belio n9 ni adoilahaiiii.

    ReplyDelete

Blog Archive