Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, October 16, 2008

Disebalik Pengharaman Hindraf

Dua hari lepas Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang dianggotai kaum India kasta bawahan telah diharamkan oleh kerajaan kerana didapati melakukan pencabulan undang-undang yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Hindraf yang merupakan pertubuhan haram telah menggunakan gabungan perkataan agama Hindu untuk menarik perhatian kaum India yang kebanyakkannya tinggal di kawasan ladang serta bekas penduduk rumah panjang sebagai kediaman sementera setelah kawasan setinggan mereka dirobohkan. Golongan India kasta bawahan yang berpelajaran telah menggunakan mereka untuk kepentingan agenda peribadi yang jika tidak ditangani lebih awal berupaya untuk menghuru-harakan negara. P.Waythamoorthy, selaku Pengerusi Hindraf yang hidup dalam buangan di luar negara, telah menganggap semangat Hindraf tidak akan pudar walaupun telah diharamkan oleh kerajaan. Kalau benarlah semangat Hindraf tidak akan pudar, maka sepatutnya beliau berani untuk pulang semula ke Malaysia.

Namun yang peliknya, setelah kerajaan mewartakan pertubuhan Hindraf adalah haram, Pakatan Rakyat pula khususnya Pas telah menentang pengharaman tersebut. Alasan mereka kononnya tindakan kerajaan mengharamkan Hindraf akan akan menyebabkan ketegangan kaum menjadi akan semakin parah. Kaum India dikatakan akan mengamuk disebabkan pengharaman tersebut. Disebabkan kepentingan politik, maka Pas sanggup bersekongkol dengan pertubuhan haram seperti Hindraf yang terang-terangan telah menghina orang Melayu, Raja Melayu dan Agama Islam sebelum ini.

3 comments:

  1. Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

    As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

    No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

    The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

    For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    (AUg/Sept/Oct Archive)

    ReplyDelete
  2. Pada saya memang tidak bijak sesiapa yang menyokong pergerakan HINDRAF yang nyatanya kewujudan mereka hanya untuk memporak perandakan keamanan negara. Namun pada saya kesalahan juga perlu diletakkan ke atas pihak kerajaan yang sangat lembap dan dayus dalam menangani isu ini...kalau mereka dah tahu HINDRAF ni organisasi yang haram, mengapa dari awal lagi tidak dibendung dan disekat segala pergerakan dan aktiviti mereka? Sekarang sudah menjadi barah dalam masyarakat...Ini lah akibatnya apabila pemimpin atasan terdiri daripada golongan2 yang lembik dan tiada pendirian yang tegas terhadap sesuatu isu...

    ReplyDelete
  3. hindraf memperjuangkan hak sama rata. tapi mereka lupa drpd 1.8 juta kaum India di Malaysia, 21% adalah peguam dan 18% merupakan doktor. bahkan pendapatan perkapita kaum mereka juga melebihi orang Melayu. nampak sangat tidak tahu menghargai kenikmatan yang telah dikecapi.

    ReplyDelete

Blog Archive