Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, September 24, 2011

Horror 13

Armageddon ialah wayang gambar yang dicipta oleh kumpulan pendukung Yahudi yang berjaya mengutip jutaan ringgit daripada penonton panggung, pembeli DVD, pembeli CD dan pembeli 3D home movie collections.

Horror 13 ialah tajuk wayang agung rakyat Malaysia. Pelakon utama horror 13 terdiri daripada 222 orang dan pelakon pembantu utama 512 orang. Gila BEST punya cerita. Tarikh tayangan 13 Mac 2012.

Horror 13 memiliki pelakon sampingan paling ramai di dunia iaitu 13.56 juta orang. Horror 13 ialah penentu kepada tamadun Bangsa Malaysia dan penerusan tamadun Kerajaan Melayu Islam moden era Kebangkitan Ilmu, Teknologi dan Saintifik.

Horror 13 merupakan kesaksian bahawa pelakon utama boleh diterajang dan disepak maki oleh pelakon sampingan. Inilah filem paling kelakar kerana pelakon sampingan boleh membodohkan pelakon utama dan pelakon pembantu utama. Horror 13 boleh bertukar menjadi Victory 13 andai kerja buat diurus bermula 12 bulan lepas. Pepatah orientalis menyebut "better late than never", maka, kerja buat Victory 13 WAJIB bermula semalam lagi.

Namun, melihat kepada barisan hero dan heroin yang BANING lagi, maka bolehlah kita menetapkan pada 13 Mac 2012 akan ditayangkan filem bertajuk HORROR 13.

1 comment:

Blog Archive