Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, September 5, 2011

Skandal Kementerian Pengangkutan

September 2011 antara bulan penuh pembongkaran. Kementerian Pengangkutan 'Ikut Suka Aku' (ISA) dikhabar sedang mengurus sebuah Projek Runding Terus untuk 2 buah syarikat yang sebenarnya hanya 'berstatus Kontraktor Kerja Longkang dan Parit'. 2 buah syarikat ini hanyalah 'Kontraktor Kelas F' dengan modal berbayar RM100,000, tetapi bakal dikurniakan projek bernilai RM7.5 bilion? Website company pun tiada?

Apa punya gila mereka ini? Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) dicadang oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn. Bhd. dengan nilai RM1.5 billion selama 5 tahun, bermakna nilai Projek ini RM7.5 billion. Sebelum ini projek AES pernah dikaitkan dengan Commercial Circle (Malaysia) Sdn Bhd yang turut membida?

Berbaloikah Wang Rakyat dikuburkan kepada 2 buah syarikat yang penuh mistik dan polemik ini? Kerjanya ialah menyedia penyelesaian trafik dengan membekal kurang lebih 1,000 unit gadget camera litar tertutup di semua batang jalan negeri, persekutuan, bandaran dan lebuhraya di Semenanjung. Kalau mungkin ditokok dengan Sabah dan Sarawak, mungkin bolehlah "kutu berdua ini" paw duit rakyat yang diurus oleh Kerajaan dengan nilai RM2 billion x 5 tahun = RM10 billion.

Paling cilako sekali apabila mekanisme melampau yang dicadangkan ialah kenakan SAMAN kepada pengguna jalanraya yang melanggar undang-undang lalulintas, tapi dibayar terus kepada 2 syarikat Kurang Ajar ini. Maknanya, sudahlah dibalunnya RM7.5 billion, belakang dia balun lagi duit saman daripada sistem itu dalam kantung mereka. Apo punyo gilo pendekatan Runding MAUT Kementerian Pengangkutan ni?

Seorang kutu balaci yang dikenali sebagai Shahril merupakan akses kepada Pejabat Menteri Pengangkutan, KSU, Pejabat Perdana Menteri dan sebagainya. Dikobarkan lagi, barang siapa di kalangan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan baik daripada Perbendaharaan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kerja Raya, MIROS, Jabatan Pengangkutan Jalan, yang didengari tidak bersetuju dengan pendekatan GILA BABI ini, mereka semua akan ditukar atau dipindahkan. Padahal pegawai-pegawai inilah yang menjalan AMANAH BESAR rakyat yang terbeban di atas BATU JEMALA mereka. Nampaknya mereka syahid lebih awal dalam kerjaya Kerajaan, dan orang-orang ini ialah Manusia PENUH DEDIKASI DAN INTEGRITI.

Sedarlah bahawa amalan seperti ini, akan melumpuhkan kedudukan Majoriti Mudah Barisan Nasional di Parlimen. PRU-12 tidak menjanjikan kemakmuran yang tenang kepada rakyat jelata. PRU-13 yang mendatang pula bakal dipenuhi liku dan cabaran yang berat. Pak Sedaro hampir pasti, jiko projek AES ini dimaterialkan, maka yang UNTUNG hanyalah 2 pihak sahaja iaitu "Beta Tegap & ATES serta manusia-manusia yang mentekedarah KERJA HARAM di dalamnya".

"Ya Allah, Tuhan Maha Pembuka Lagi Maha Penganugerah. Hanya Di Kaulah Kuasa Kerajaan Langit dan Bumi yang Maha Adil. Berilah hidayah dan nur Iman kepada Pegawai Kanan Tertinggi Kerajaan Malaysia juga kepada manusia-manusia yang dikau pisahkan hidupnya daripada Dunia dan Akhirat, kesedaran dan keinsafan yang tinggi. Tidak mereka cuba melingkupkan Negara ini. Tidak mereka menjadi dewa Duit Haram yang menghancurkan Malaysia. Ya Allah, pancarkanlah rahmat dan rahmanmu kepada mereka yang tertipu dengan pandangan Iblis dan Syaitan dalam mengurus dunia fana ini. Amin."

11 comments:

  1. Puok2 menantang lagu ni la yg.merosakan dan menjahanamkan kerajaan BN.Sebenarnya apa yg nak dibuat oleh BN adalah bagus tapi ada mereka yg.tomak haloba maka dia rancang macam2 dan akhirnya perhabiskan duit rakyat.Macam di KPM kisah PPSMI.PPSMI memang bagus tapi ada pelaksana ambil peluang.Penggunaan notebook...bagus tapi cara pelaksanaan yg kacau.Dpt kontrak....dlm 2 bln pertama bagus le.....tapi lepas 2...pejabat pun tak tau dimana apabila semua pembayaran dah dibuat habis hilang entah kemana.Yg.tanggung masalah ialah dipihak pentadbir sekolah sekolah.Sebab itu le ramai yg.nak pencen awal.Takut nak hadapi malaun yg.merompak.sekian ,wasalam

    ReplyDelete
  2. Apo Nak Di Kato,,,,
    Sokong membabi buto!!!
    Padah suko makan gulo2,,
    Ni semuo UMNOAPcoPorno punyo kojo,,,PENGKHIANAT BANGSA dan NEGARA
    Haa padan muko????
    Nak buek cemano??????
    Tepuk dado tanyo selero.
    Pakcik Kayo!!Pakcik Kayo!!!Kah!!kah!!kah!!!

    ReplyDelete
  3. sekurang2nya ada jugak penyokong bn yang prihatin bangkit pasal benda mcm ni wahai no otak. bukan macam no otak yg sokong pembangkang membabi buta hingga takut nk tegur pemimpin sendiri. sbb dah kena bayar ya tak? sbb tu angguk je. maklumlah orang yg no otak mcam kau ni senang je kena gula2kan oleh peliwat.

    ReplyDelete
  4. united Melayu no otak

    kepala atok lu

    lu tengok dulu siapa si biang kero nya ,

    jangan main bedal je

    Paneh, kalau ada bukti lapor terus la, walaupun kami ingin gak nak tau ...

    ReplyDelete
  5. Dalam UMNO, itu perkara biasa. Apa yang nak di isukan lagi bro.
    Kalau tak rasuah bukan kerajaan BN namanya.
    Sokonglah BN lagi!!!

    ReplyDelete
  6. Kita bantai semua...Peliwat tegar negara kita hoben, kaki CHina Doll kito sosah,penyokong komunis kita rembat,pengamal khalwat mahupun pelaku songsang tak kira dalam kerajaan,luar kerajaan,mana yg xbtul & no otak,kita tak kasi chance punya kerana kita bukan pengaMpu haram jadah membabi buta macam pakatan kencing rakyat @ parti amalan syaitan mahupun DapIg...sendiri mau hengat laaa...

    ReplyDelete
  7. ptd pakat dok gelak ja baca post dan semua komen ni. ada ptd yg pakai proton? hahaha. memula masuk gomen bleh ar. bila ptd tak dpt apa2 smua rahsia kerajaan kasi bongkar buat bising. salah ka btul belakang kira. bila dah dapat dok senyum sampai ke tido. ptd la bapak segala rasuah dalam kerajaan. yg kena tembak umno bn. hahaha. kalu pembakang perintah pun sama ja. ptd yg paling berkuasa di malaysia. hahaha.

    ReplyDelete
  8. Padan muka ko paneh dan balaci2 BN/umogok, sokong lagi manusia2 setan tu. Sekarang dah tahu taik BN/umogok tak kan nak sokong lagi,kalau sokong jugak memanglah ko paneh dan balaci2 semua tu memang manusia bebal 1st class.

    Ni citer wikileak pasal hisham T Husin aljuburi dgn anuar zain, apasal sonyap jang??

    ReplyDelete
  9. Esok2 jgn lupo nyanyi lagu kito tu yo,,,
    Bersatu kito bersatu,,,
    Kito tipu MELAYU,,
    Lbh kurang mcm tu lah lagu eh kan,den pun dh lupo,,,
    Kah!Kah!Kah!!!

    ReplyDelete
  10. HIDUP PTD!!! MARI KITA ROMPAK WANG NEGARA. PEGAWAI TIBAI DUIT AKA PTD!

    ReplyDelete
  11. Kebanyakan PTD yg berada di pejabat kerajaan adalah dulunya penyokong pro-mahasiswa yg menyokong pembangkang. Bila dah jadi PTD banyak membocorkan maklumat rahsia kerajaan kpd pihak luar. Siapa yg rugi?..... dah tentu rakyat dan negara. Memang bodoh pegawai bn yg lantik mereka, patut hantar pegawai PTD nie ke Somalia dulu baru diserap ke Kerajaan.

    ReplyDelete

Blog Archive