Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, September 13, 2011

Janji Muhyiddin hari ini...

"Kita sebagai kerajaan yang prihatin tidak mahu membebankan rakyat dengan apa-apa sahaja tindakan yang boleh menambahkan kos rakyat."

"Contohnya soal bayaran prabayar. Bila isu ini berbangkit, kita kena teliti di masa-masa akan datang supaya jangan ada pihak-pihak lain yang sewenang-wenangnya mengambil langkah yang boleh membebankan rakyat."

"Sebaiknya kita bincang dahulu walaupun mereka berkata ini sudahpun diputuskan (sebelum ini). Ini satu pengajaran bagi kita kerana sekarang ini apa sahaja fakta yang boleh meningkatkan kos beban hidup kita tak boleh ambil mudah."

"Kenaikan kos pengangkutan, harga barang dan semuanya perlu kita ambil kira. Jadi langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk masuk campur dalam soalan sebegini (cukai prabayar) saya fikir baik untuk rakyat."

"Kita akan berbincang dalam mesyuarat kabinet beberapa hari akan datang untuk menilai segala aspek termasuk cara nak menguruskan hal rakyat supaya tak dibebankan dengan kos hidup yang bertambah."

"Kalau boleh kita (mahu) kurangkan (kos perbelanjaan), yang penting agar rakyat tak bayar lebih daripada apa yang ditetapkan."

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang berkata pada sidang media selepas menghadiri majlis anugerah dan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini, Selasa. - mstar.

3 comments:

  1. Lawak musim Raya TPM 2011

    ReplyDelete
  2. haiqal..bukan lawak..tu janji yg perlu dilunaskan...pembangkang mmngnya asyik melawak jer...org tibai bontot pun lawak gak...

    ReplyDelete
  3. Kah!!!Kah!!!Kah!!!
    Janji Mat Sombab boleh cayo ko???
    Melayu BODOH umno menang,,yea,,yea,,
    Melayu BODOH umno menang,,yea,,yea,,
    Melayu BODOH umno menang,,yea,,yea,,

    ReplyDelete

Blog Archive