Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, May 8, 2009

Kena tangkap? Ok apa...

Hari ini wujud satu trend meng'halal' serta menggalakkan rakyat memberontak.

Rakyat didoktrinkan dengan fahaman "adalah tidak menjadi kesalahan jika anda melawan pihak berkuasa".

Malahan rakyat juga secara halus dimomokkan dengan 'perasaan bangga diri' apabila ditangkap serta dipenjarakan.

Dengan megah juga mereka akan bercerita bagaimana kejamnya polis menggunakan gas pemedih mata mahupun belantan pelerai sengketa.

Walaupun tindakan itu disebabkan PROVOKASI yang dimulakan mereka sendiri pada awalnya...

Persetankan rekod jenayah dan gelapnya masa depan.

Gambar-gambar semasa di tahan polis akan dipaparkan di blog atau laman web masing-masing sebagai SIMBOL KEMEGAHAN.

Mari jadikan Malaysia seperti Thailand, Myanmar, Bangladesh...mahupun Indonesia.

Sedangkan suatu ketika dulu kita adalah contoh dan mendahului negara Islam serta negara dunia ketiga dalam ertikata KETAMADUNAN yang sebenar-benarnya.

Namun hari ini kita berbangga memiliki rakyat yang mempunyai persamaan mentaliti dengan negara mundur.

Mari memberontak...

Jom lawan pihak berkuasa...

Polis dan kerajaan semuanya zalim belaka.....

Sebab tu kita mampu hidup aman, damai, mewah serta makmur selama hampir 52 tahun.

Sebab polis dan kerajaan yang kejam kononnya...

Benar atau salah bukan lagi matlamatnya...

Kerana Melayu hari ini dalam proses memberi ruang kepada kaum lain untuk menentukan nasib bangsanya...

Maka, di masa hadapan akan wujud ungkapan iaitu "Bangsa Melayu hari ini 'bangga' menderhaka kepada bangsanya sendiri".

Melayu pasti diketawakan...

Kerana bumi yang dipijak sudah menjadi milik orang.

16 comments:

  1. saudara boleh fikir apabila melihat video persidangan, adun bukannya samseng tetapi polis bertindak seperti mereka samseng bukan tidak pernah terlihat di parlimen kecoh juga cuma mulut aje bukan mereka guna senjata cuma mulut perlu ke polis campurtangan dalam dewan

    ReplyDelete
  2. Mana ada dalam sejarah Speaker di paksa cara yang di buat tuuu seperti pariah dibuatnya cuba anda berada ditempat mereka apa rasa??????????

    ReplyDelete
  3. Jangan gantung diri dekat Tree of Democrazy sudah le...

    ReplyDelete
  4. Anon 12:12,
    Apa nak buat jika jiwa sudah hitam. Semuanya yang kerajaan dan badan2 kerajan lakukan menjadi tak betul belaka. Bila kah masa nya pihak sebelah sana aku mengakui bahawa kerajaan ada melakukan sesuatu yang betul? Tidak bukan? Kerajaan tidak pernah melakukan sesuatu yang betul sejak negara kita merdeka, ini pandangan pihak sebelah sana. Dan, yang sedang dilakukan oleh pihak sebelah sana semuanya betul.

    Emmm. Ya Allah! Bersihkanlah jiwa-jiwa yang kotor itu.

    ReplyDelete
  5. Paneh@Pantet Miang tentu tersenyum melihat gelagat ahli ADUN bergasak2berebut2 kerusi speaker. Apa nak buek, bak kata orang "Might is right". Guna polis lagi dalam dewan yg mulia, mengalahkan parlimen Taiwan. Inilah akibatnya buek kojo tak nak pikior. Eh malunya aku dek caro anak Razak rampas kuaso. MB haram Zamri mamak sikit2 asyik mengadu ADUN PR memalukan dewan lah, bertindak spt anak2 lah, MB Katun lah, tapi dia tak sedar dia tu MB Haram. Sekolah tinggi2 sampai dpt DR tapi tindakan mcm org tak ngaji. Hoi Pantet Miang, kau masih tak faham ka atau buat2 tak faham. Kuda kayu

    ReplyDelete
  6. bERANIKAN hATI kena byk muhasabah diri tenangkan fikiran jgn emosi, walaupun aku tahu yg kau masih anak2. Peristiwa yg berlaku di Perak dah amat terang dan nyata yg kebenaran bukan di pihak Dacing@ Kati. Den nasihatkan ikutlah tulisan blog Che DET yg terang2 nyatakan tindakan BN di perak adalah terlaku tergopoh-gapah. Walau pun dia digelar Mahakhinzir, tp pendapat dia kali ini bonar. Dia katakan sebelumnya dan kali ini dia kata lagi, hatta Agung sekali pun tak boleh pecat PM. PM hanya boleh dipecat jika ada usul undi tak percaya terhadapnya dan dia kalah dan dia harus pergi. Ini tidak berlaku pada MB Nizar. Tiada undi tidak percaya terhadapnya tp dia di pecat Raja. Pikior dan renungkan. jgn marah meski pun acap kali kerajaan buat salah, jgn fanatik spt tom tem bak dan Sojuk, nanti kita tak jadi waras.

    ReplyDelete
  7. Apolah nak jadi org politik ni begadoh jo tak sudah sudah.Makan kito pun orang luar suply kok siam tak jual boreh lai kek kito kebulolah,cubolah duduk diam pikirkan rakyat yang semakin hari semakin merano makan pun susah mahal bona ,ayam dah naik boreh maha...kau bakar jo dio org tu paheh biar rontong ......http://rosmerah-plantation.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. KenapaO yang ada otak? SEMUANYA... BEBAL TAHAP DEWA

    ReplyDelete
  9. Tengok punya BEBAL... komen pun kena edit.. ptuiiiii

    ReplyDelete
  10. KENAPA UMNO BEBAL??

    ReplyDelete
  11. Kepada Kati & Anon,

    Cakap pandang2 le bro, jgnle tulis ikut sodap hati kau je, suka2 nak gelar BEBAL la, Pantet la.

    Jika begini ayat yg cuba kau laung-laungkan, kesimpulannya kepala otak kau duduknya bukan lagi di kepala lutut tapi bawah tapak kaki. Lepas tu, kepala otak kau jugak lembik je macam time bomb tunggu masa jo nak pocah.

    Apa yg berlaku pada hari ini semuanya adalah kebijaksanaan Allah. Mahathir yg kau org kutuk dulu, sampai sekarang sihat je.

    Anwar yg kau sanjung tu, lepas satu musibah, satu musibah lagi menimpa dan mencari dia. Renung-renungkanlah Baghal.

    aqil

    ReplyDelete
  12. tipikal pembangkang menjawab isu dengan mencarut dan sumpah seranah. hujah kritikal dan konstruktif takde. yang mereka tau hanya mengutuk, memfitnah dan mengadu domba. inilah sunnatul Bro Anwar Bin Ibrahim kpd para pengikut akhir zamannya.

    ReplyDelete
  13. den banggo kantoi liwat. satu dunio tau den kaki liwat tapi den banggo. liwat tak salah doh. yg jadi salah hanya kalo nuar berahim kato salah.

    ReplyDelete
  14. org umno mengtedarah duit rakyat boleh lah tu yang takut sangat

    ReplyDelete
  15. woi anon 1141
    skit2 umno yg slah mkn duit rakyat la...mcm2 la .. yg kornag pas kelantan bg tnh sawit 400 hektar kat kroni, rasuah dalam amk pkr dan mcm2 lg ko x ungkit pun, paku dulang paku serpih, mngata org korang lagi songlap lebih ,,pigi dah pkr, pad n pas ..pigi jahanam.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive