Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, May 24, 2009

Jangan Jadi Penyibuk

Kelmarin telah berlaku perhimpunan haram di kuil Hindu Batu Caves, walaupun telah diberi amaran oleh pihak polis jangan menyertai perhimpunan haram tersebut kerana tidak mempunyai permit. Perhimpunan haram ini telah disertai oleh kaum India warganegara Malaysia. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk memprotes kerajaan Sri Lanka yang telah memerangi pertubuhan Haram LTTE yang menyebabkan ramai keturunan Tamil terkorban dalam peperangan tersebut. Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh World Tamil Relief dan gabungan NGO.

Warganegara Malaysia keturunan India masih lagi heboh dengan keturunan mereka melampaui sempadan. Mereka kini kelihatan seolah-olah menyokong pergerakan haram LTTE. Sedarlah keturunan India di Malaysia sepatutnya memberi tumpuan kepada nasib keturunan India yang miskin, merempat dan pelbagai lagi masalah lain. Kenapa perlu meyibuk dengan masalah India Tamil di Sri Lanka. Sepatutnya India Malaysia perlu merancang bersama dengan golongan kaya keturunan India untuk memajukan masyarakat mereka. Bukannya memberi sokongan kepada LTTE yang tidak tentu hala tanpa matlamat yang jelas.

Kini bukan sahaja masjid yang dijadikan pentas untuk berpolitik, bahkan ia telah merebak ke kuil-kuil bagi menghalalkan cara menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Sepatutnya tempat ibadat dijadikan tempat yang mulia dan suci tanpa diganggu gugat oleh pihak yang mempunyai agenda tersembunyi.

Pemimpin MIC pula telah membantah keputusan Malaysia meyokong resolusi tidak campur tangan urusan hal ehwal di Sri Lanka. Apa hak Malaysia untuk mencampuri urusan di Sri Lanka? Adakah kerana rakyat Malaysia mempunyai warganegara keturunan India maka patut kita memberi tunjuk ajar kepada Sri Lanka? Alasan yang diberikan oleh MIC nampak sangat untuk menjaga perasaan 1.8 juta keturunan India di Malaysia. Padahal MIC sepatutnya wajib menjaga perasaan keturunan Melayu yang merupakan majoriti di negara ini.

Sebenarnya LTTE adalah satu pergerakan yang telah menjalankan proses 'pembersihan' agama di wilayah yang mereka tawan. Kekejaman LTTE yang tidak boleh dilupakan ialah peristiwa pembersihan etnik yang membabitkan penduduk Islam dan keturunan Sinhala di kawasan yang dikuasai mereka. Dilaporkan anggota LTTE telah bertindak kejam terhadap mereka yang enggan meninggalkan wilayah yang dikuasai mereka. Antara kekejaman yang dilakukan LTTE ialah menguasai dengan paksa 35,000 ekar tanah milik penduduk Islam di utara Sri Lanka dan kemudian menghalau mereka pada 1985. Penduduk Islam di daerah Chavakacheri turut menerima nasib yang sama apabila anggota LTTE memasuki sebuah masjid dan mengarahkan mereka meninggalkan rumah pada Oktober 1989 dan rumah mereka telah dirompak dan dimusnahkan kemudiannya. Pada 3 Ogos 1990, sebuah masjid di Kattankady telah diarah tutup ketika penduduk sedang menunaikan solat Jumaat dan 147 dari 300 jemaah telah ditembak mati. Ketegangan semakin meningkat apabila LTTE turut menghalau kesemua penduduk Islam di Jaffna. Mereka telah diarahkan berkumpul di Stadium Osmania dan pada petangnya mereka telah dihalau dengan hanya membawa 500 rupee manakala harta benda mereka telah dirampas. Secara keseluruhannya dianggarkan 75,000 penduduk Islam telah dihalau keluar dari wilayah utara yang dikuasai mereka. Malah menurut jumlah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, lebih 70,000 rakyat negara itu terkorban akibat keganasan LTTE dan kebanyakan mereka adalah penduduk keturunan Sinhala.

Persoalannya, siapakah yang ganas sebenarnya...kerajaan Sri Lanka atau LTTE? Tepuk dada tanya selera. Kaum India serta pemimpinnya perlu mencari jalan menyelesaikan masalah keturunan India di Malaysia. Kaum India sepatutnya bergabung di bawah satu parti kerana bilangan anda hanya 1.8 juta daripada 26 juta penduduk di Malaysia. Tidak perlulah menyibuk dengan perkara yang berlaku di luar sedangkan nasib kaum sendiri tidak terbela. Sedarlah...dan cermin-cerminkan diri anda.....

18 comments:

  1. Gua baru tahu hari ni bro,
    memang patut LTTE dimusnahkan..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  2. hilang sudah smgt lama.....

    kpd penduduk india kemana menghilang smgt tun v.t. sambathan?
    lupakah kata2nya:

    “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian. Dalam jangkamasa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat diserata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati Kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita Kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi disemua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum. Kaum India telah diusir keluar di ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?Disini kita mendapati pemimpin melayu berkata “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara”. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang india, cina dan ceylon menjadi warganegara. “seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan dinegara ini. Dimanakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Dimanakah anda mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Dimanakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti disini. Tetapi saya amat gembira disini.”

    ReplyDelete
  3. SEBENARNYA MEREKA AKAN HIDUP AMAN SEJAHTERA JIKA KEADILAN UNTUK MEREKA DILAKSANAKAN...NAMUN HAKIKATNYA MEREKA DIABAIKAN OLH PIHAK YG BERTANGGUNGJWB...ITU JER...JGN MARAH PLAK BILA MEREKA BANGUN, MEREKA INGIN PEMBELAAN BUKAN HINAAN ANDA...SEBAB TU MALAYSIA TIDAK AMAN SEBAB ORG LAIN DINAFIKAN HAK UNTUK HIDUP DAN KEADILAN !!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Anon kek ateh ni,

    itu MIC punya kerja.. takkan hal orang india UMNO nak masuk campur nanti dikata penyibuk pula..
    nak marah marahlah kepada MIC..
    ko tengok ye sekarang hindraf telah memburuk-burukkan UMNO @ melayu ke tahap hina lebih dari MIC.. takkan nak dibiarkan..
    jangan marah ye..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  5. Baru kau sodar parti jahat kato eh memang patut LTTE dimusnahkan. yg MIC tu pun punya anggkara di Batu cave. Sahabat akrab kamu yo no.Samo saja meke ni duo alam mcm ehem ehem... Bukan hanyo parti umno saja jahat kato eh, parti MIC dan MCA serta gerakan pun serupo yg dah tak kenal hak dan batil.

    ReplyDelete
  6. Dah sah paper utusan Meloya hari ini melapurkan PeeM kato Lord Lester Queen Counsel mengaku yg keputusan Mahkamah Rayuan memang tepat, diterima berada dilandasan yg betul. Syukur, aku dari mula lagi dlm tulisan di Blog ini menyatakan UMNO akan merujuk tuan Britishnya untuk kes Perak ini. Alhamdulillah conscience aku clear iaitu UMNO adalah parti tajaan Penjajah. Penjajah amat restu jika walau pun mana2 negara Islam dah merdeka, meka tetap akan merujuk perlembagaan bapa meke. Aku rujuk Quran dan Hadis aja sbb ini ajaran nabi dan Tuhan Allah ku. Pada budak kampung yg masih terlalu emosi seperti adikku yg naik bas ambil gambar, ingatlah negara British memanggil Queen Counsel dgn istilah LORD, kalau buka kamus, adikku Tareiq check sendirilah akan makna nya. Kuang3X.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.....

    lihatlah sekali lg dgn mata hati, mata kewarasan, lupakah kita akan sabdanya: apabila berkata ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri, diberi amanah ia khianat,......... siapakah mrk ini? mrklah org yg munafik.

    Benarkah si 'melayu tongkat' merujuk al-quran dan hadis? dr gaya bahasa dan corak penulisan inikah yg dikatakan mengikut al-quran dan hadis? insafilah, jgnlah sampai memfitnah agama dgn perlakuan dan tindakan yg tidak seiring dgn yg dikatakan.

    Lihatlah pula bagaimana ia memutarbelitkan faktanya. tidak bermakna apabila merujuk kata2 Lord Lester Queen Counsel spt bertuhankan british. adakah melayu tongkat faham prosedur membuat penghakiman? tahukah bgmn hakim nak mengambil seseuatu keputusan yg seadil-adilnya? Jika hanya tahu berdasarkan lojik akal berhentilah memfitnah.

    berbalik isu asal, kenapa tidak diambil contoh penyatuan puak2 tamil ni. walaupun puak tamil di sri lanka tetapi tamil di malaysia terasa bahangnya. sedihnya melayu kat malaysia ni dlm satu negeri pun berpatah arang berkerat rotan. sanggup mengkhianati melayu dgn bekerjasama dgn musuh melayu. lupa sejarah siapa yg menembak melayu dlm panggung wayang sehingga ibu melayu yg mengandung terbunuh?

    insaflah.......

    ReplyDelete
  8. Mereka dan semua rakyat bangun menyuarakan kemarahan kpd UMNO/BN yg tidak pernah membela nasib rakyat sepenuhnya...ada mereka yg dinafikan hak dan keadilan..keadaannya cukup nyata lg terang...jgn hanya berselindung disebalik slogan untuk kepeningan diri dan sebenarnya hanya ilusi untuk kepentingan perut UMNO/BN..bangsanya sendiri sangup mereka inaya semata-mata tamak dan haloba...kemudian menyalahkan bangsanya sendiri yg mundur, kunun!!!!!! itu lah realitinya, tiada siapa boleh menafikannya....

    ReplyDelete
  9. Mereka kata ia perhimpunan aman. Semua perhimpunan yang ganas bermula dari yang aman. Ia berlaku apabila cacing sudah mula naik ke mata. jangan sesekali bagi peluang pertama kepada kumpulan2 seperti ini, yang hanya mementingkan puak atau kelompok sendiri.

    ReplyDelete
  10. PR langsung tk buleh diharap.. takdo kojo lain.. pilihanraya.. provoke.. fitnah.. backing orang buek maksiat.. bikin kacau bilau..
    hompuk kaki fitnah yang ado idea banyak ni tk nk dipakai ideo dio..
    pakai namo lain-lain backing ideo sendiri.. muekekekekekek..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  11. bila org dah paneh miang..maka dia akan berfikir tidak waras....kata tidak waras...dan bertindak pun mcm org gila.....engko kena usaha kuat lg jang...setakat ni usaha ko GAGAL memikat org ramai menyokong ekau....semakin benci pd UMNO/bn ada lah.....sia-sia usaha selama ini jang.....perah otak jang nak convince org...jgn main tolo yo kojo.......

    ReplyDelete
  12. Insya'allah......

    Kerja2 penerangan sedang dan akan dijalankan dgn sebaik mungkin walaupun terdapat seribu halangan dan cobaan. penjelasan dan kewajaran akan tetap disampaikan walaupun byk yg cuba memutarbelitkan atau memesongkan kebenaran. hanya mecari kelemahan, kesilapan dan kekurangan.

    Didoakan....

    agar pembelit dan pemutar fakta tidak terjerumus dlm noda penyesatan. semoga tuhan membuka hijab yg menutupi hati dr melihat kebenaran dan hakikat.

    kpd melayu yg ingin melihat kemajuan dikalangan bangsa melayu supaya tidak melukut ditepi gantang berilah sumbangan idea yg membina bukan fitnah yg merosak.

    Berbalik kpd isu penindasan dan pengabaian kaum haruslah difahami bhw penindasan adalah suatu perancangan yg disusun atur dgn rapi bg mecapai matlamat penindasan. bukanlah ia digelar penindasan andai kata terlepas pandang, tersilap tindakan atau terkhilaf perbuatan ('ter' disini jelas menggambarkan berlakunya ia tidak dgn sengaja). rasa2nya tiada suatu dasar yg dirancang kerajaan mengabaikan hak mana2 kaum di malaysia ini. malahan cuba di agihkan memenuhi keperluan setiap kaum. Perlu difahami juga bhw sedangkan lidah sendiri agak sukar utk dipuaskan inikan pula kehendak org lain.

    gunakanlah kewarasan dlm berfikir dan bertutur agar tidak salah dlm fikir dan salah dlm tutur.

    renung2kanlah.....

    ReplyDelete
  13. UMNO/BN semakin disisihkan, oelh Melayu sendiri dan semua kaum di negara ini...tak caya??? lihat apa yg berlaku skrg? UMNO/BN sendiri amat takut menghadapi PRK, kan? di Perak kenapa tak bubar DUN sahaja...? kan senang cerita...sebab kalau bubar DUN UMNO sesak nafas lah kan???

    Kita tengok sama2 di Manek Urai....kita buktikan samada kata aku benar atau kato UMNO benar....ya kita sama2 buktikan....

    ReplyDelete
  14. eleh nak tgk manek urai konon. bercakap gah di kwsn sendiri yg semua sedia maklum adalah kubu kuat pas. itu nak dijadikan sandaran mengukur sokongan rakyat kpd bn. nampak sngat bebal dlm membuat penilaian. cubalah pulak bertanding di kubu kuat bn dulu dan kemudian bn pulak kalah lps tu, baru la boleh kata rakyat tak sokong bn dah. jgn jd manusia hipokrit dgn statement bingai.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  15. lucunya......

    UMNO penakut nak bubarkan DUN di perak? inilah kata2 betapa butanya ttg perlembagaan dan undang tubuh negeri perak. juga kata2 provoke yg membangangkan rakyat. inilah kaedah pembangkang yg sering meratibkan benda yg salah sehingga kelihatan betul. kpd pendokong kebenaran jgn jemu meratibkan kebenaran.

    kenapa di manik urai tidak pula dikatakan UMNO/BN berani? sedangkan ia juga merupakan lubuk pembangkang? lihat perancangan mereka membangangkan rakyat dgn mengatakan kemenangan mereka dimanik urai sbg penolakan rakyat kpd UMNO/BN. Hanya rakyat yg bangang akan mempercayainya. buktikan bhw rakyat tidak bangang dan tidak mudah ditipu.
    wahai pengundi manik urai tolak PR bukti anda ada akal.

    marilah mari kita mengundi.......

    ReplyDelete
  16. TOM TERTEMBAK DIRI SENDIRI KATA

    :eleh nak tgk manek urai konon. bercakap gah di kwsn sendiri yg semua sedia maklum adalah kubu kuat pas. itu nak dijadikan sandaran mengukur sokongan rakyat kpd bn. nampak sngat bebal dlm membuat penilaian. cubalah pulak bertanding di kubu kuat bn dulu dan kemudian bn pulak kalah lps tu, baru la boleh kata rakyat tak sokong bn dah. jgn jd manusia hipokrit dgn statement bingai.

    -tom tem bak-

    AKU KATA :

    HA....kan dah terbukti....kalau Tuhan nak ambik nyawa org tak kira bro...BN ke PAS ke....jwpn ko tu, melambangkan dah penakut....kan UMNO kata nya maha lah hebatnya...mana2 tanding tak takut...gerenti punyalah...letak tunggul pun blh menang...kata eh dulu lah...sekarang ni letak lah sapa pun.senang2 ko letak jer kuda tua ko rang yg puja2 tu mahathir di manek urai.....org tak pandang pun sapo bro... wei bro ! yg org pandang adalah UMNO tu buruk!!!!!!itu jer....tak kira tempat dan masa, ingat tu!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. ya dulu org kata bn letak batu pun org undi. tapi skrg pkr pun ikut rentak sama. letak posmen org undi. letak org br lepas keluar hospital mental pun org undi. letak org kebal mcm fairuz tu pun org undi.

    itu membuktikan rakyat undi sbb protes dan ingin menyedarkan bn dan bknnya sbb percaya sgt kat pembangkang. alhamdulillah bn semakin sedar dan sedang berusaha memperbaiki kesilapan.

    bukti lagi satu yg org pembangkang selalu lupa ialah bn ada 139 kerusi parlimen dan merupakan pemerintah kerajaan malaysia slps pru12 dan bukannya pembangkang. jika pembangkang menang di manek urai atau penanti skalipun ia tetap tdk mengubah apa2. buat prk hanyalah strategi pembangkang mengaburi rakyat akan persepsi yg dirancang. teknik yahudi. sbb tu bn tak layan penanti.

    hakikat itupun mau kasi belit lagi ka?

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  18. hamas,pulo,milf,alqaeda,taleban,pakitan negara yg menghasilkan terrorist,patut di musnahkan.

    masyarakat islam sri lanka macam lalang di mana udara tiup di sanalah dia menghala tada pendirian.

    sebelum wujudnya perang dunia pertama dah bermula lah perang org sinhales dgn tamil

    u orang pun stop minta sedekah utk tabung palestin dan stop sokong hamas,alqaeda,pakistan,pulo,milf, kita pun stop sokonglah.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive