Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Monday, May 4, 2009

GLC oh GLC

Pak Sedaro nak nyambar Setiausaha Agong PPIM, Dr. Makmor Osman, juga KPDNHeP pasai kisah harga barang makan khususnya Ayam Daging dan banyak lagi perihal belanja dapur rakyat Malaysia yang cinta akan produk Halalan Toiyiba.

GLC atau SBK tak payah menyemak dan menyibuk soal ternakan ayam daging, ternakan lembu, ternakan kambing, ladang sayur atau sebagainya. Menteri KPDNHeP, Menteri PIAT, Menteri Kewangan dan Menteri yang relevan dalam kisah "makan" hidup dan mati harga di pasaran tempatan ...

Cadangan Dr. Makmor Osman, tak memenang mana-mana Melayu atau industri Islam di dunia. Kita kena ingat bahawa bisnes tertentu di Malaysia ialah bentuk rantai nilai cartel....Ada godfather tersendiri dan unik.

Pak Sedaro nak bising sikit...jika ado mano-mano umat Melayu yang bijaksana dan bistari...

Cari beberapa kelompok umat Melayu yang sedar akan hal ini. Atas premis HALALAN TOIYIBA, kita bina saf usahawan baru...

Cartel ayam daging, cartel lembu daging, cartel lembu susu, cartel kambing, cartel cili kering, cartel bawang, cartel sayur-sayuran, cartel rempah ratus dan sebagainya...

Bukan susah sangat... Usahawan Melayu tak cukup DANA... Jadi projek ini dipantau khas oleh beberapa orang YB Menteri dan Menteri Kewangan. Beri DANA, dan buat pasukan pemantauan khas bermula dari corot hingga keluar hasil dan selesai bawyar semua hutang permulaan industri, pegang selama 3 tahun kemudian...lepaskan mereka, dalam masa ini Cartel keusahawanan dan rantaian nilai telah mula berkembang....Jangan dok syok dalam Malaysia, hijrah ke seluruh pelusuk alam buana ini... Industri makanan Halal diterima setiap sudut bumi...

Apa kita nak takut... GLC jangan menyibuk, sobab yang duduk pakai tie dan berkot, hanya sibuk mentekedarah DUIT hasil orang lain...

Wujudkan setiap gabungan beberapa Kawasan Parlimen sebagai Pusat Pengeluaran dan kumpulan usahawan Melayu khususnya. Mana-mana sahabat bukan Melayu yang nak sertai pakatan Halalan ini, mesti diperincikan implikasinya... Mereka sudah cukup kaya sejak ratusan tahun... Industri apa pun, asal ingat sebut...bukan milik MELAYU...

Untuk Melayu dan Islam diHORMATI dan diANGKAT menJULANG ke AWAN, Melayu di Malaysia mesti memulakan langkah....Bukan beri GLC....

Jika pandir dan dungu tak reti, nak buat macam mana, tanya orang-orang yang meniaga di pasar-pasar Melayu. Mereka lebih arif dan alim dalam hal ini. Mereka ialah Umarak dan Ulamak industri mereka...

Menteri kena Celik Baju dan Seluar untuk memastikan Umat Melayu dan Islam dibela di Tanah Melayu... Bukan suka hati, nanti MATI...

5 comments:

  1. sokong!

    barulah kita dapat tengok masa 2 tokey ca ya nun alif sibuk je turun harga..macam sekarang ni boleh la dia pakat sesame dia nk naikkan harga..

    bila dah ada org melayu masuk pasaran secara besar-besaran dan pecah monopoli dorg..strategi dorg pn berubah la..

    ReplyDelete
  2. setuju!

    langkah pertama....cari lah seorang menteri bebas rasuah sebagai champion projek ini...ada ka?

    takapalah

    ReplyDelete
  3. Salam Blogger,

    Sila kunjungi blog saya Tuan.

    Moga2 Tuan beroleh apa yang bermanfaat utk blog unik Tuan ini... TQ

    ReplyDelete
  4. den sokong dan setuju bonar dongan Pak Sedaro..

    harap eh ado montori2 melayu baco blog ni.. tak pun ado yang akan nyampaikan ko montori2 melayu..

    pasal ano 7:25, cubo tune kojap kopalo hotak tu untuk memajukan bangso.. jangan cakap bolit nak menghentam yo.. ado yang ponting nijam dari politik bangang PR..

    salam..
    teruskan berwadah Pak Sedaro..

    ReplyDelete
  5. Projek ini telah dijalankan oleh kerajaan melalui MECD. Masih Aktif hingga sekarang melalui projek Halal Hub tiap2 negeri. Niat MECD memang mulia.. tetapi banyak hiccup dari pelbagai pihak, seperti Kerajaan Negeri, SEDC, dan dari peneraju @ anchor projek tersebut yang tidak berdaya maju.. susah sangat nampak nya nak cari usahawan melayu yang gigih & berdayamaju...
    bagi saya semua pihak kena berkorban tenaga, wang dan masa serta ketepikan ego masing-masing...sikap negatif banyak membantutkan projek ini..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive