Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, May 2, 2009

Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ...............................................

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

15 comments:

  1. Macam cerita zaman kapal layour ajo koa bior betui Pantet Miang atau ini satu lagi sendiwara semasa Penyokong Kati atau Dacing.

    ReplyDelete
  2. Itulah penyokong PR ni asyik nak melucah.Paneh Miang dipanggil Pantet Miang,Utusan Malaysia dipanggil Utusan Meloya.
    Tulislah point kamu tu.Sikit sikit bosanlah cerita,tanpa menceritakan apa yang hendak dikatakan.
    Walaubagaimanapun saya memang rasa ini bukan daripada sebahagian besar penyokomg PAS.Jadi eloklah pimpinan PAS menegur pengikut supaya tidak membuat komen mencarut.
    Kalau nak buat pertandingan membuat makna PAS atau PKR aku rasa ada banyak benda yang aku boleh tulis sebab PAS dan PKR pun bermula dengan P...

    ReplyDelete
  3. syabas..kreatif sungguh penulis artikel nih..

    wat la lagi benda2 mengarut cam nih...moga2 pru 13 bn lingkup sampai kena campak dalam longkang...

    hidup bn=bribe nation,parti rasuah

    p/s -pasal rasuah umno dan bn ko taknak komen plak??bodoh tak bertempat..nak tunjuk pandai,tapi tengit( bangang) nak mampus...

    ReplyDelete
  4. Parti Rasuah tu PR la...bukan BN atau UMNO...sesuai apa singkatan PR=Parti Rasuah...mmmmuahahahahahahha

    ReplyDelete
  5. saya ada pengalaman yg menyatakan persepsi mereka terhadap org Melayu.
    perbualan ini terjadi antara saya dan seorang lelaki india dan perbualan ini berlangsung dalam bahasa inggeris.
    setelah rancak berborak , si lelaki ini mengatakan dia tak sangka saya boleh berbahasa inggeris dengan baik dan lancar.awak tidak moden.

    saya pun bertanya -apa maksudmengatakan saya tidak moden?

    awak memakai tudung dan besar pula

    maka saya katakan , sayalah moden sebab saya menutup badan saya .mereka yg buka-bukaan itu tidak moden .mereka kembali ke zaman batu.atau boleh dikatakan org asli yg masih tak terima perubahan berpakaian.
    apa fikiran anda?
    Dan saya katakan , saya juga berpelajaran dan mempunyai ijazah

    Dia hanya tersenyum dan perbualan itu termati dan dia minta diri.

    Dalam satu kejadian lain:
    seorang Cina Kristian yg kerap ke gereja setiap ahad dan selalu mewar-warkan hal itu.
    Satu hari dia bercerita mengenai satu lelaki yg terperangkap didalam ikan ,lelaki itu bernama Yonnah dalam kitab Bible.Dia katakan cerita ini dikisahkan kepada kanak-kanak yg dtg ke gereja bersama mak bapak.
    Saya pun terus potong n tambah n mengatakan cerita ini ada dlm Al-quran dan itu adalah nabi Yunus.
    Again the conversation pun termati n topik pun bertukar

    Moral-share cerita dalam Al-Quran agar anak2 kita tak takjub dgn pendakyah Kristian dan ajarlah anak2 kita berbangga dgn pakaian Muslim

    ReplyDelete
  6. salam utk sojuk, botoi tu PR tu bukan setakat Parti Rasuah joo..PR pun bermakno "PUNAH RANAH"..mangkuk ayun dari parti PUNAH RANAH nie kalau bab kono muko sendiri...mulo laa melatah, mencarut..apo pulak sobut pantek org sobut laa pantek mak kau ko..adek kau koo..akak kau koo...nenek kau koo..moyang kau koo...Hampeh!! SYABAS Paneh Miang!!! Dodah kan laie kisah2 bonar yg buleh buek pantek dio org jadi "Paneeeh Miaaang"..mcm kono gotah "jelatang" wakakaka!!
    dari : jang anakpakngah amat-Jelobu.

    ReplyDelete
  7. Botul atau tidak cerito tu den tak tau, tp moral cerito tu mmg patut dipikirkan semuo...

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Balik pado sejarah..
    tengok melayu kek singapore macamano,
    kalau bukan melayu ni ikhlas & jujur nak tolong melayu den tak kisah..
    esok jangan monyosal tak sudah..
    iyolah nak menyosal buek apo.. kito dah takdo esok2.. dah mati.. tinggal anak2 kito ajo jadi kuli merempat kek tanah air sendiri..

    ReplyDelete
  9. apa nak kisah...Tuan Guru Murshidul Am parti kami pun kata Tuhan mencarut...yg kecoh sgt nih pesal?

    ReplyDelete
  10. tapi Najib dah pun hapuskan kementerian keusahawanan dan 30% ekuiti bumiputera. hmmm

    p/s: kalau kita cakap benda betul, kenapa nak sembunyi di belakang nama anonymous?

    ReplyDelete
  11. tak cukup yakin dgn diri sendiri...
    suka baling batu sembunyi tangan..

    ReplyDelete
  12. Hai aku tgk gaya Sojuk gelak macam gayo koling gilo Parpu Kari ajo, kau takdo identiti ko?

    ReplyDelete
  13. Den setuju dengan Tharieq, bukolah minda wahai woghih2, sok jangan dah jadi Melayu Singapore, Melayu Penang, bak kato abah den "meghaong gajah pun tak guno"..kesianlah anak cucu yang baghu nak hidup, susah payah lak nak naik balik, di tokan2 di hinjak2, kok nanti dikoncing eh kubo mak abah dio..Tuhan tu Maha Kayo, dilotak eh keadilan tu bertempat, la yukallifullahu nafsan illa wus aha (tidak dibobankan seseorang manusia itu melainkan yang termampu ditanggungnya)..makno eh, kalau dipilih eh oghang tu jadi pomimpin, bosobablah, janganlah PKR mandai2 tak redo..

    ReplyDelete
  14. kisah disebalik citer ni mmg ptt kite renungkan...

    mmg btol pon perangai cina mmg camtu...

    kalo xder untung sebelah die,xde maknennye die nk duduk ngn kita...

    c'mon la melayu...

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive