Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 28, 2009

Bukti Anwar Pinggir Reformis

Kami terbaca satu komentar daripada seseorang yang dipercayai penyokong PKR yang turut menamakan dirinya sebagai Hj Jamaludin di ruangan komen di sini. Selamilah keluhannya...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim

Saudara DSAI tidak pernah hargai pengorbanan perjuangan Kak Min Sekeluarga selama bertahun tahun. Memang dasar Saudara DSAI suka menepikan orang2 yang beperlajaran tak tinggi. Wal hal orang2 yang tak beperlajaran tinggi macam Kak Min Sekeluarga lah yang memperjuangkan Parti Keadilan Rakyat walaupun Saudara DSAI merengkuk dalam penjara. Wang ringgit, kudrat, masa dan LLN yang selama ini dikorbankan oleh orang2 semacam Kak Min Sekeluarga untuk memperjuangkan parti Saudara DSAI walaupun Saudara DSAI masih didalam penjara tanpa mengeluh pengorbanan demi masa depan Parti Saudara DSAI.

Tapi apabila Saudara DSAI keluar penjara, ramailah ahli profesional dan graduan-graduan pengampu-pengampu berduyun-duyun tunjuk muka memberi sokongan kepada Saudara DSAI, walhal semasa Saudara DSAI masih dalam penjara, ahli profesional dan graduan-graduan pengampu batang hidung pun tak nampak. Golongan yang beperlajaran rendah macam Kak Min lah kuat memperjuangkan PKR dengan ihklas tanpa bayaran pun. Tapi hati mana tak terguris bila golongan macam Kak Min Diketepikan oleh Saudara DSAI. Malah golongan ahli profesonial dan graduan ini memperkecilkan dan menghina perjuangan orang seangkatan Kak Min yang selama ini memperjuangkan Parti Saudara DSAI dengan berkhemah.

Contoh yang ditunjukkan oleh Kak Min perihal dua ekor lembu yang berpelajaran tinggi ahli PKR Tertinggi jawatannya yang cuba memperlekehkan malah merendahkan martabat keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka ini (tawaran jawatan dan duit). Cuba kita fikir patut ke? Dua ekor lembu ini buat lawak bodoh kat sekeruti Airport dengan berjenaka isi kandungan beg baggasi mereka ada "BOM". So YB Saifudin jangan lah nak mempertahankan dua ekor lembu ini yang terang terang menghina keluarga Kak Min dengan lawak bodoh mereka e2. Saya rasa Kak Min nak tunjuk perihal keburukkan ahli-ahli profesional dan graduan-graduan PKR ini (yang selalu menghina dan memperlekehkan perjuangan orang-orang seangkatan Kak Min yang beperlajaran tak tinggi tapi masih ada maruah diri).

Kepada Saudara DSAI yang selama ini ditipu oleh orang2 sekelilingi Saudara DSAI, Saudara DSAI jangan lah lupa perjuangan orang2 macam Kak Min ini. So saya menyeru kepada pengundi-pengundi PRK Penanti undilah calon BEBAS supaya kita dapat menghukum Parti Saudara DSAI yang terlalu hina penjuangan orang2 macam Kak Min. Kalau tidak orang2 profesional dan graduan2 PKR akan menencingkan perjuangan orang2 yang beperlajaran rendah yang masih setia memperjuangkan Parti Saudara DSAI. Walaupun Parti keadilan Rakyat kalah pun di Penanti tidak akan tumbang Pakatan Rakyat. Saya cuma memohon pengundi pengundi Penanti ajar sikit golongan2 profesional dan graduan2 ini yang suka menghina dan memperlekehkan dengan lawak bodoh mereka ini. Lawan Tetap Lawan. Syabas Kak Min berani kerana kebenaran supaya Saudara DSAI tidak lupa golongan macam Kak Min ini. Hidup Kak Min!

17 comments:

  1. Apolah ko ni...tak habih2 cito hal2 DSAI....ko tak do modal ko laie...ekau kan tak tanding do kek penanti...yg ekau sebok sgt hal DSAI ni pasai pa (ckp penang)...hang dok kalut semacam pasai dia, tak baik nooo....ekau ni baru dongar cakap dlm blog yo dah cayo...entah2 org tu boto atau tidak...mano kito tahu kan??...ko cito buruk kat DSAI org pun akan cito buruk gak pd UMNO/BN, kan...samo jo...

    Ni kes PKFZ yg dah declare td...semua terpalit terlibat....(tak yah nak sebutlah, ONE MALAYA dah tahu...)dan semuo tak ngaku plak....camno org nak cayo pd ekau UMNO/BN..??? tak kan itu fitnah laie....

    ReplyDelete
  2. KISAH BENAR SHAHIDAN KASSIM(EX-MB PERLIS)

    Kisah-Kisah Benar Shahidan Kassim
    Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar iaitu bermula dari YAB Dato’ Jaafar Hassan, YAB Dato’ Ali Ahmad, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato’ Seri Shahidan Kassim, saya telah melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato’ Seri Shahidan Kassim adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen negeri Perlis.

    Dato Seri Shahidan bukan sahaja seorang pemimpin yang kaki betina tetapi juga seorang pemimpin yang cukup pakar menipu dan berbohong kepada rakyat M@rhaen serta menipu kepimpinan UMNO, khasnya kepimpinan tertinggi. Beliau juga terlalu kuat mengamalkan rasuah hinggakan pihak polis dan BPRpun berjaya dirasuah oleh beliau, khususnya di negeri Perlis.

    Kesemua projek kelas A hingga kelas F di negeri Perlis diberikan kepada saudara mara serta kroni kroninya sahaja. Beliau akan meminta imbuhan berbentuk komisyen yang tinggi sehingga 30%.Walaupun banyak laporan telah dibuat kepada pihak pihak tertentu,namun tiada tindakakn yang telah diambil kerana kesemua mereka telah dirasuah oleh Dato’ Seri Shahidan.

    Projek projek besar di negeri Perlis seperti Politeknik di Arau, Projek pembinaan jalanraya di bawah JKR, projek tambak laut, Institiut Latihan Perindustrian, Institiut Belia Negara di negeri Perlis adalah dibawah kawalan beliau. Sesiapa yang berminat terhadap kesemua projek terpaksa melalui tol dan jumlah tol ditentukan oleh beliau sendiri. Beliau juga telah menyusun syarikat tertentu yang mana beliau mempunyai kepentingan untuk mendapat mendapatkan projek Kolej Universiti Teknik diPerlis.Beliau akan mengenakan kadar komisyen yang tertinggi keatas syarikat syarikat swasta serta pelabur luar negara yang berminat untuk melabur di negeri Perlis. Disebabkan itulah kebanyakan pelabur takut untuk melabur di negeri Perlis hinggakan tidak satu kilang pun didirikan di negeri Perlis sepanjang Perlis berada dibawah kepimpinan beliau.

    SAMBUNG....

    ReplyDelete
  3. SAMBUNGAN DR ATAS...

    Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya telah biasa ditemui oleh ahli perniagaan yang gagal mendapat projek walaupun ribuan malahan jutaan ringgit diberikan kepada Dato’ Seri Shahidan dan kroni kroninya. Antara projek yang boleh saya sebutkan ialah projek Bakau Jaya (ada misteri disebalik Bakau Jaya) dan projek Tambak Laut di Kuala Perlis.

    KISAH BENAR 1:
    Sebuah syarikat yang bernama Syarikat Roslan Hashim telah terpaksa membayar sejumlah komisyen sebanyak RM85,000.00 kepada anak saudara Dato’ Seri Shahidan iaitu Sabri Osman untuk projek kelas F. Ketika Roslan Hashim dan Dan Kelana (Orang kuat UMNO) sedang membawa wang tersebut untuk diberikan kepada Sabri Osman, mereka berdua telah dirompak. Apabila laporan polis dibuat, mereka berdua iaitu Roslan Hashim dan Dan Kelana pula ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Persoalannya mengapa mereka pula yang ditangkap dan polis serta BPR tidak pula menyoal siasat Sabri Osman walaupun laporan telah dibuat.

    KISAH BENAR 2:
    Dato Seri Shahidan juga telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memberikan projek mengecat Stadium Utama Kangar bernilai RM 1 juta yang mempunyai kepentingan kepada anak saudaranya Sabri Osman, sedangkan beliau hanyalah kontraktor kelas F. Peruntukan projek tersebut sepatutnya daripada jabatan sukan tetapi diambil peruntukan Jabatan Kemajuan Negeri Perlis di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya wang tersebut digunakan untuk projek pembangunan kampong.

    ReplyDelete
  4. SAMBUNGAN DR ATAS....

    KISAH BENAR 3:
    Isteri pertama Dato’ Seri Shahidan iaitu Datin Seri Samsiah juga mempunyai kepentingan dalam syarikat Seri Lot 10. Syarikat tersebut membekalkan barangan peralatan serta hadiah berbentuk hamper kepada pejabat Menteri Besar untuk majlis majlis kerajaan. Hasil daripada rasuah yang diperolehi, Datin Seri mampu membeli barangan kemas dan hiasan bernilai jutaan RM dan rakyat M@rhaen masih menderita. Beliau juga mempunyai 8 buah kereta termasuk sebuah kereta Perodua Kembara sebagai imbuhan kepada pemberian tanah stesen minyak BP. Mengapa BPR melepaskan kes ini dan tidak diambil tindakan walaupun laporan telah diterima??????????

    KISAH BENAR 4:
    Dato’ Seri Shahidan telah mengunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan jamuan dan kenduri dirumahnya hampir setiap malam bagi mendapatkan sokongan padu dari orang UMNO/BN. Puluhan ribu ringgit dihabiskan setiap bulan dan mencecah jutaan RM sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Beliau juga membuat tuntutan perjalanan berjumlah ratusan ribu ringgit semasa lawatannya keluar negara dengan alas an untuk mencari pelabur tetapi tidak ada satu pun pelaburan yang masuk ke Negeri Perlis. Banyak memorandum telah ditanda tangani tetapi itu hanyalah gimik semata mata, akhirnya wang rakyat M@rhaen yang dikebas oleh Dato’ Seri Shahidan

    Menteri Besar dan para Exconya membuat tuntutan perjalanan yang melampaui batas walaupun mereka tahu mereka tidak berhak berbuat demikian kerana minyak kereta telah diberikan percuma, begitu juga dengan tiket kapal terbang. Dato’ Seri Shahidan pernah membuat tuntutan sehingga RM 50 ribu dan exconya pernah membuat tuntutan antara RM2 ribu hingga RM3 ribu sebulan. Tidak dapat dipastikan samada BPR telah menyiasat perkara ini.

    ReplyDelete
  5. samo yo kao, paku dulang paku serpih..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  6. SAMBUNGAN DARI ATAS ....

    KISAH BENAR 5:
    Dato Seri Shahidan telah menggunakan secara maksimum segala kuasa dan kekayaan yang ada pada nya untuk memenuhi segala impian nya termasuklah memikat gadis gadis yang digemarinya. Beberapa nama artis boleh dikaitkan seperti Ifa Raziah yang selalu ditemuinya di Hotel Pan Pacific KL, Jasmin Hamid, Nasha Aziz dan ramai lagi. Seorang gadis yang pernah disimpannya pernah menangis didepan saya menceritakan masalah beliau yang diugut oleh Dato’ Seri Shahidan. Pada ketika itu gadis yang bernama Isma Hafiza Bt Ismail baru 16 tahun dan saya percaya ramai orang tahu cerita tersebut.

    Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan nama saya kerana saya seorang kakitangan kerajaan yang masih bekerja. Saya dedahkan perkara ini atas dasar rasa keinsafan yang tinggi iaitu rakyat M@rhaen Perlis dan Perdana Menteri yang tumpang bodoh Hi…hi…hi…wowwww.
    Jika MCA/BN menang beliau akan mengatakan rakyat M@rhaen Perlis masih menyokong beliau.Jika MCA/BN kalah diPRK Indera Kayangan beliau akan mengatakan orang UMNO sendiri yang telah membuat pakatan supaya beliau disabotaj seperti dalam kes surat layang yang beliau dedah kan padahal beliau sendiri yang merancang surat laying tersebut. Negeri Perlis telah berhutang sebanyak RM 45 juta dan pengundi pengundi DUN Indera Kayangan N 08 mesti bertindak sekarang untukmenyelamatkan negeri Perlis yang di cintai!!!!!!!!!!!!!

    Sekian Wallahu’alam
    Bawah Jam Besar
    Disunting dan di kirim oleh:
    Sorayanii UMNO PURBA@perlis.com
    Indera Kayangan Kingdom Of Ben Kassim

    ReplyDelete
  7. apo barang compare B.A.B.I dgn shahidan.. buang poluh yo..
    lawan dgn najib la..

    - parti jahat -

    ReplyDelete
  8. memang betul nuar pinggirkan reformis jalanan yg tidak berpelajaran atau taraf bawahan ni. boleh baca posting2 luahan rasa peyokong pkr iaitu norazimah di http://nnora75reform.blogspot.com/.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. Subhanallah.....

    Sungguh bijak rencana dan cerpen konspirasi yg dilemparkan kpd shahidan kassim, lihatlah susunan cerita utk menguatkan hujah:

    1. Memulakan bicara dgn menggunakan kalimat allah sbg sandaran ikhlas dlm memberi maklumat (didoakan semoga mrk yg menyeleweng kalimah allah mendapat petunjuk)

    2.Mengambarkan sbg diri org yg b'pengalaman krn berada dibawah 4 org MB agar hujah yg digunakan nampak kukuh.

    3.Menjadikan kesalahan rasuah sbg sandaran utama konspirasi, krn tuduhan rasuah amat senang meyakinkan org, hanya dgn memberi sejumlah angka dan sedikit peristiwa yg samar maka pembaca akan percayai kejadian rasuah.

    4. utk menggambarkan bhw penulis benar2 bersih disandarkan pula dgn jawatan sbg kakitangan kerajaan. penulis mendapat dua kelebihan iaitu cerita yg disampaikan adalah kelihatan benar dan dlm masa yg sama kelihatan neutral. selain itu istilah marhaen akan melembutkan hati pembaca utk menerima tulisannya.

    5. dan utk menguatkan lagi salah laku rasuah, penulis mengaitkan dgn salah laku moral pula dan utk menguatkan hujahnya disebut pula nama yg entah siapa. penulis tahu tiada siapa yg akan mengenali nama tersebut atau akan mencari penama itu dlm tempoh masa yg singkat.

    6. Seterusnya utk memburukkan nama perdana menteri penulis menggunakan teori 'associate guilty' iaitu jika mantan MB salah, maka PM juga bersalah krn PM yg melantik mantan MB atau setidak2nya PM mesti mengetahui salah laku MB tadi. dgn mengajak pembaca berfikir 'takkan PM tak tahu?'.

    7. Dan akhir sekali matlamat utama penulisan tersebut jelas nak mempengaruhi rakyat agar menolak BN. inilah yg dikatakan propaganda.

    Jika rakyat memahami tujuan ini makanya rakyat telah sedar bhw terdapat unsur nak memperbodohkan rakyat sekali lg. gaya tulisan yg cantik disusun atur. tetapi rakyat tidak mudah nak diperbodohkan dgn propaganda bangang ini.

    berbalik kpd isu pengikut DSAI ops B.A.B.I yg tlh insaf krn dipinggirkan oleh B.A.B.I tersebut. smmg agak terlambat pengikut itu untuk sedar dan insaf krn jika dikaji sejarahnya sememangnya B.A.B.I sgt pandai mengeksploitasi org utk kepentingannya dan apabila sudah tidak diperlukan lg akan dibuang org tersebut. jika tidak percaya tanyalah pengikut B.A.B.I sewaktu zaman kelantangan mahasiswa dahulu. apa jadi kpd mahasiswa ITM (skrg UiTm) yg berarak memprotes kerajaan? panjangnya perarakan itu dr kampus sehingga batu 3 masih bertali dan tidak putus. apa jadi kpd balaci2 tersebut? apa kerja mrk? bgmn mrk meneruskan kelangsungan hidup? apa sumbangan B.A.B.I kpd setiap penyokong2 zmn itu? jika ingin mengetahui ceritanya carilah org2 lama yg sempat berada pd zaman itu.

    Usahakanlah....

    ReplyDelete
  10. JEJAK TUAH...
    Betul lah tu...spt kelaziman fitrah alam...sesuatu yg elok akan digambarkan tidak elok oleh musuhnya...apa tujuan musuhnya menggambarkannya tidak elok??? kerana yang elok itu sudah semakin elok dan diterima oleh rakyat terbanyak..maka musuhnya akan berusaha berhabisan mempengaruhi minda org dgn mengatakan nya tidak elok...jika perkara elok kita kata tidak elok setiap hari, maka lama2 org akan percaya juga...namun org lbh mempercayai DSAI dr pemimpin yg ternyata bijak membelit dalam halusnya dia itu....ya, itulah hakikat "bermusuhan dlm politik" musuh masing2 akan menggambarkan benda buruk ke tahap maksimum yg boleh mendatangkan kemusnahan kpd org itu (itu matlamatnya)..walau pun benda itu naik muak sudah mendengarnya..diulang2 hingga termuntah mendengarnya...semata2 utk menggambarkan keburukannya tanpa kira had masa dan ruang...ternyatalah DSAI sentiasa lekat di hati rakyat walaupun beliau amat dibenci olh saudara se UMNO dgn anda...
    pelbagai tohmahan dan finah jahat dilemparkan kpd dia, dan beliau tidak diberikan peluang membela diri dlm media arus perdana dgn adil...nak masuk TV pun kena gam!!! (setakat ceramah dan media lain tu apalah sgt kesannya)beliau dicaci dicerca semahunya non-stop olh pembencinya..tambahan pula kini beliau sudah kembali aktif dlm politik...lagi lah pembencinya MENGGILA utk menghancurkannya...
    namun aku yakin beliau adalah seorg pemimpin yg paling lasak sekali yg pernah dilahirkan..macam nilah dinamakan pemimpin yg tahan diuji dan amat tahan lasak dgn pelbagai pengalaman hidup yg tidak tergambar dek pemikiran insan biasa..mana ada seorg pemimpin yg sgt tahan lasak spt dia di sini...spt MANDELA dipenjara hampir 30 th dgn ditekan pelbagai tekanan yg kita pun tak sanggup mendengarnya, namun akhirnya dia diterima juga sbg pemimpin agung...kebatilan kalah juga....mcm ni lah peminpin tulen yg tahan lasak, walau direbus sekali pun semata berjuang utk rakyat...tidak mementigkan diri sendiri, jika beliau tidak mahu hidup sesah lah, aku kira beliau dah senang lenang dah...apa nak fikir, betul tak??? ikut jer...buat apa nak susah, kelauayrga susah, dsbk...org macam inilah yg lbh peka dan memahami denyut nadi rakyat sebab dia sanggup menyusahkan dirinya untuk rakyat...tengok dlm debat dgn Shabery Chik...lps tu minyak terus turun!!!!apa citer!!!
    Tok sahlah nak meracuni pemikiran rakyat dgn pelbgi istilah, agen asinglah, peliwatlah, B.A.B.I lah, sokong cina lah,petualanglah, agen CIAlah, agen IMFlah, dan apa saja....rakyat dah muak !!! semata2 nak menjahanmkan karier politiknya...UMNO memang tak blh lawan dia, kecuali serang peribadi!!!! itu sahaja...selagi ko kata dia, fitnah dia, selagi tu lah ko memfitnah dia....cakap agama hebat, tp perangai jahat....

    ReplyDelete
  11. Jangan lupe, dlm UMNO pun perangai tak suka org 'tak sekolah tinggi' pun ade. Mungkin tak ini juga sebab BN kalah PRU12 lalu ?

    Kalu tak di buang sikap ini, PRU13 nanti lagi parah.

    Ubat sekarang sebelum menjadi Kanser !!!

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  12. Konspirasi Umno Barisan Nasional


    Masih Ingat Peristiwa Al-maunnah dan KMM? Siapa dalangnya siapa perancang segala konspirasi. mengapa Konspirasi ini dilakukan? Mungkin sebahagian dari kita semua lupa tentang apa yang mampu dilakukan Umno takkala mahu meraih undi, mereka tidak pernah memulihkan perjuangan dan parti mereka, apa yang mereka sentiasa lakukkan merosakkan imej dan kredebiliti Parti lawan sammada dengan cara terang terangan melalui media mahupun konspirasi melibatkkan Polis dan unit cawangan Khas.

    Itulah Umno yang sentiasa memperkudakan Polis bagi melanjutkkan talian hayat politik mereka. Peristiwa Al-Maunah dan KMM adalah Konspirasi Umno untuk mengambalikan keyakinan rakyat kepada Umno setelah 2 tahun mereka mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 10 pada tahun 1999 iaitu diera Reformasi. Tujuannya merosakkan imej PAS yang cuba dikaitkkan dengan kumpulan pengganas tak kira puak Taliban, KMM mahupun Al-Maunah.

    Ketika itu siapa menteri pertahanannya? tidakkah Najib Tun Razak? masih ingat bagaimana tentera membuat lakonan semula memasukkan puluhan senjata dan pelancar roket didalam Pajero tentera bersama 15anggota? Ia dilakukan dihadapan Najib sebagai Menteri Pertahanan sebagai membuktikan ia bukan sandiwara, Namun semua orang tahu, Almaunah adalah sebuah Sandiwara Umno, dan puluhan bukti boleh kita lampirkan tetapi ketika ini saya bukan mahu membicara soal Al-Maunah tetapi Konpirasi baru Umno.

    Anda percaya jika saya katakan Umno sedang merancang Sandiwara dan Konpirasi baru? apakah ia mustahil. Anda mungkin menyangkakan dia sedang cuba memulihkan imej parti , tetapi itu bukan cara mereka, tetapi kini sedang merancang satu Konpirasi baru. Tetapi bukan melibatkkan PAS tetapi DAP ataupun Hindraf. Jika Tahun 1999 Umno hilang sokongan Melayu tetapi berjaya dipulihkan dengan Konpirasi Almaunnah dan KMM, kini anda percaya Konspirasi terbaru mereka melibatkkan kes Komunis?

    Ia cuba dilakukan untuk memulihkan Undi Cina , tetapi Umno akan tersilap besar kalau dia menyangkakan tahun 2001 masih sama dengan tahun 2009. Jangan ingat dia boleh menipu Rakyat. Minggu ini sahaja akhbar propaganda mereka Utusan sudah mula membangkitkan isu Komunis dan apakah mereka akan cuba mengaitkan DAP dan Hindraf?

    Tujuannya menjauhkan undi melayu kepada DAP dan PKR sebelum mereka berani membubarkan Dun Perak.Anda perhatikan di Utusan semalam , 26mei 2009 dimuka hadapan dengan tajuk besar ” Tolak Komunis” dengan tajuk kecil ditepinya menulis tentang berita penemuan 8 senjata api berupa semi Mesinggan dan pelbagai senjata lain dengan beberapa kelopak peluru di sebuah kilang di Bercham.

    Malangnya tiada siapa yang ditangkap. Apa tujuannya berita ini dan isu Komunis cuba digabungkan? Bercham dikenali sebagai kubu kuat DAP, jangan terkejut kalau selepas ini tangkapan ISA akan bermula melibatkan pemimpin DAP. Rais dan Zahid sudah mula membakarkan isu ini. ia seolah olah ada parti politik terlibat. Jangan terkejut dengan sebarang kemungkinan selepas ini. Mereka sudah memulakannya.

    Jika mereka melakukan konspirasi Almaunnah dan KMM selepas 2 tahun kemenangan besar barisan Alternatif tahun 1999 kini sudah tiba masanya konspirasi baru dilakukan setelah 2 tahun kemenangan besar Pakatan Rakyat. Tujuannya satu, agar gabungan DAP dan PAS akan retak seperti mana yang berlaku pada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

    Jadi nasihat saya, DAP dan PKR harus berhati hati membuat kenyataan mengenai Chin Peng dan Komunisme. Kerana Umno sedang memasang perangkap. Mereka hanya menunggu masa memulakannya. Mereka hanya akan membubarkan DUN Perak setelah imej DAP dan PKR berjaya dirosakkan. Tunggu dan lihat..

    Lawan tetap Lawan

    ReplyDelete
  13. Hompuk,

    Den nak mintak ko tolong satu yo.. tolonglah!!! jangan kecewo an den..
    Den berharap bonar ni.. dari hari tu den tanyo tk dapek jawapan..

    soalan den ialah :-

    Apakah cadangan, pandangan @ idea dari En. Hompuk bagi menyatupadukan Umat Islam di Malaysia khususnya dan Umat Melayu di Malaysia secara amnya?

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  14. HOMPOK KATO :
    soalan den ialah :-

    Apakah cadangan, pandangan @ idea dari En. Hompuk bagi menyatupadukan Umat Islam di Malaysia khususnya dan Umat Melayu di Malaysia secara amnya?

    DEN KATO PLAK :

    Ooooohh!!! dah lamo bona ekau tanyo yo...??? org politik tableh lah kato cam tu waris....ekau tanyo den ko??? sepatut eh den yg tanyo ekau, apo yang telah ekau buek selamo 52 tahun ni memperkuatkan melayu Islam...sepatut eh..ekau beraso malu kek org molayu di malaya ni...selamo 52 tahun ekau dibagi kuaso,,, apo yg ekau buek???...persoalan ekau tu, jawapan ado kek ekau sendiri....di bwh UMNO lah umat melayu lintang pukang....pasal eh, UMNO masih menganggap org Melayu tak kan ke mano, hari ni dio sokong pombangkang..last2 kembali balik kek UMNO...tak lamo org molayu marah doh!!! kan molayu mudah lupo!!!esok2 diorg sokong kito balik...!!! sobab tu ekau buleh berbuat sesuko hati ekau sajo...contoh klasik lah jang, isu PPSMI...apo yg sobonar eh yg akau buek ni??? den tak nampak apo2 komajuan pun...?? ekau sokong UMNO/BN memang lah ekau sokong PPSMI..cam no pun akau sokong PPSMI walau anak ekau (kalau ekau ado anak lah)tak buleh menguasai cakap om putehkan.tak cayo ekau pegi tanyo budak sekolah, dari kelas A hingga kelas Z, cubo cakap Inggeris dgn fasih,,,buleh ko???? lancau lah...anak den cakap cikgu dio pun ajar dlm BM jang MT/SC...apo bondo eh...!!!...yo lah di sobalik PPSMI tu projek UMNO jalan jang...den tahu jang!!!! siapo dapek projek pembekal jang...?juta2 jang...sobab tu den bonci jang...UMNO ni tak do kojo lain semua eh nak buek duit...!!!jahanam bangso jang...sobab itu org molayu kecewo termasuk den pd UMNO...cam no org molayu nak sokokng UMNO jiko tindakan UMNO membuek kan semua mak ayah budak sekolah susah cam ni...sepatut eh, kalau nak pandai cakap om puteh, kau kono bolaja bahaso, bukan mate/Sc jang...apo relatednya mt/sc dgn bahaso jang...ekau pikir yg mudah tu yo dah cukup!!!..den tanyo ekau, kalau ekau nak pogi Jopun, ekau kono belajr bhs Jopun ko atau ekau bolajar Mt/Sc dlm bahaso Jopun??????ekau bondo kocik cam ni pun tak solosai jugo, cam no ekau nak monyatukan bgsa melayu jang...sobonar eh, byk dan terlalu byk tindakan UMNO yg monyobabkan molayu semakin dingin pd UMNO...
    Bg den UMNO buek sesuatu, lps tu pakso org baik molayu, cino, india dan rakyat malaya ikut dan jgn menentang!!! kalau monontang gak, haaaa..lebel sbg pengganas, tak petriotik, penderhaka, musuh kerajaan, ambil tindakan keras, tangkap, penjaro, bolasah, kutuk, fitnah, perlekeh, ISA, boto ko caro cam tu jang????...


    den tanyo ekau balik...UMNO ni pakso org ko spy sokong UMNO????buek apo????

    ReplyDelete
  15. minta maaf la en. hompuk, umo den baru 30 tahun, bolum 52 tahun..
    eden sebagai org yang jahil salah kah tanyo soalan macam tu..
    eden cumo nak tau pendapat encik ajo.. mano la tau buleh jugak den jadikan panduan..
    kalau cik hompuk cakap org politik tk buleh kato macam tu kito kono ubahlah caro berpolitik..
    caro berpolitik borsih, bermesyuarah, saling hormat-menghormati, boleh bertukar2 pendapat dan lain-lain lagi..
    takkan selamo2 lamo eh politik malaysia macam ni..
    kito kono kotopikan unsur2 gharar (ketidakpastian), fitnah, berprasangka buruk, serta caci-mencaci..
    saya yakin ini boleh dilaksanakan.. INSYALLAH..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  16. MR HOMPUK KATO :
    minta maaf la en. hompuk, umo den baru 30 tahun, bolum 52 tahun..
    eden sebagai org yang jahil salah kah tanyo soalan macam tu..
    eden cumo nak tau pendapat encik ajo.. mano la tau buleh jugak den jadikan panduan..
    kalau cik hompuk cakap org politik tk buleh kato macam tu kito kono ubahlah caro berpolitik..
    caro berpolitik borsih, bermesyuarah, saling hormat-menghormati, boleh bertukar2 pendapat dan lain-lain lagi..
    takkan selamo2 lamo eh politik malaysia macam ni..

    DEN KATO PULAK :

    Ya...tq en hompuk jugak...macam tulah hormat pd pendpt org lain walau ianya bertntangan dgn pendapat sedaro...mr hompuk minta maaf bukan bermakno mr hompuk jatuh maruah atau hilang jati diri umno mr hompuk tu...bagi sayo, tidak sama sekali, betul, saya iklas....!!yg penting kito samo2 muhasabah diri terutama UMNO, UMNO kono byk berubah mr hompuk...!!! ekau pun tahu apo yg porlu diubah, tak yah den kobar kek ekau..sobab ekau org politik (blogger)...sebenarnya sayo tahu anda semua bijak2 belako..sekolah tinggi semua kan...pasti anda semua pun tahu bhw kita khususnya org melayu terbg kpd beberapo kelas..atasan, menengah dan rendah..yg menengah dan bawahan inilah yg paling mendominasi kaum melayu di mano2 sajo, dan pengaruh merek sgt kuat.den buek survey waris, tercungap ekau UMNO waris kalau ekau tahu.....jd jiko nak buek sst dasar yg besar, pemerintah khususnya UMNO wajar memahami adakah dasar itu menyenagkan golongan ini atau menyusahkan mereka...biaso eh, golongan inilah yg memberikan impak yg besar kpd UMNO samada baik apatah lg impak buruk...ada dasar yg menyusahkan golongan ini, namum mereka tidak buleh bersuara dan mengharapkan kerajaan mengubahnya, namun ianya tidak berlaku jugak, maka engko pun faham2 sajalah tindakan mereka termasuk den, kan????apo yg den nampak (maaf kato waris) kerajaan sudah kesuntukan masa utk mengejar Wawasan 2020nya, mengakibatkan semuanya serba tak kena,lalu membuat dasar yg pelik2 namun tak jugak membawa impak besar kejayaanya...dalam maso yg samo UMNO/BN terpaksa menghadapi parti lawan yg serba boleh menawarkan apo yg muluk kpd rakyat...mereka tidak terpengaruh...namum amat meyakinkan !!!! susah ekau nak baleh waris!!!!
    soal umur bukan ukuran kita nak matang dlm pemikiran politik waris...kalau mr hompuk berumur 30 an, bg sayo anda memang matang utk berfikir dan berpegang teguh pd pendirian anda kan...anda akan sedaya upaya mempertahankan prinsip anda, kalau kurang berjaya hari ini, esok anda tampil dgn lbh meyakinkan btl tak??? saya walau pun tidak sealiran dgn anda mr hompuk, namum saya tidak merndahkan pemikiran anda dgn mengatakan perkataan yg menjatuhkan maruah anda...ada gak org kata den itu lah inilah yg tak sodap lah...tp den tak kisah..bg den engko berhak kato den apo sajo..yo lah ekau dah marah kan..org marah memang lah apo sajo akan keluar dr mulut eh...den raso umjur den dgn ekau tak lah jauh bezo eh.....bak kato org org mudo hormat org tuo, dan org tuo kasih pd yg mudo kan...
    Apo yg ponting kalau ekau mr hompuk dapek mombaco dan monilai tulisan den dgn mato hati ekau, (bukan ikut perasaan)ekau akan monang....sobab eh, byk respon tulisan den ni kebykannya mentafsir den dgn terlau emosi!!!!!!ingat waris...den tak masuk blog ni PERCUMA...mr hompuk tafsir lah sendiri....wassalam

    ReplyDelete
  17. Adilkah kita......

    Tuduhan yg mengatakan KMM satu sandiwara amat menyedihkan. Al-Maunah suatu lakonan amat memeritkan. Komunisme suatu plot politik amat mengecewakan.

    Mungkin ada diantara kita mengharapkan malaysia menjadi spt afghanistan dan iraq baru dikatakan kebenaran. mungkin apa bila nasi sudah menjadi bubur baru dicari akan mana yg hak.

    Sedih dan pilu apabila perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan dikatakan suatu tugangan. Hebat kita berpolitik sehingga menghukum sedemikian rupa. lupakah kita pengorbanan anggota keselamatan menjaga keamanan? memastikan rakyat blh tidur lena sewaktu mrk bersengkang mata? lupakah kita akan perjuangan pahlawan negara menentang komunis sehingga nak menghalalkan ideologi komunis?. Biarlah dikatakan komunisme suatu plot politik tp menghalalkan komunis dibumi malaysia tidak sekali. membenarkan perjuangna komunisme jauh sekali. mengizinkan pemimpin komunis menghinjak bumi malaysia hanya mimpi.

    Jika begini ideologi sehingga sanggup mempolitikkan komunis dan membenarkan komunis (tiada ulasan menolak komunis bermakna setuju dgn perlakuan komunis - 'as-sukut makna redho' apatah lg membela ideologi komunis), apalah sgt jika rakyat dibodohkan dgn isu rasuah, isu salah guna kuasa, penyelewengan, menghalalkan perbuatan haram (menjuburi haram sehingga nabi tidak mengaku ummat).

    Benarkah kita.......

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive