Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 28, 2009

MUNGKIN LUKO DAH BOPARUT

Uwan Atok ponah bocorito pasal zaman darurat dulu. Crito pasal sepupu eh Ulong Bakar dari Kampong Tobek Ulu. Pado zaman kominih dulu, Ulong ponah kono tangkap kek kominih, peh tu dibawak ke belukar belakang rumah eh. Kek situ Ulong diikek kek sebatang pokok dan badan eh di turih, dikolar kek kominih tuh. Pehtu di porah dengan air limau nipih. Sekampong dongar jorit Ulong Bakar. Mako di situlah sampai eh ajal Ulong Bakar.

Mako di sini Atok nak botanyo kopado tuan-tuan yang budiman sekolian, apokah jonih manusio yang sanggup melakukan semuonya itu? Apokah masih ado raso kemanusiaan di dalam hati mereko tu?

Atok masih ingat lagi di sekitar tahun 70an, Askar Melayu telah diserang hendap di Perak. Ramai yang mati di tembak kek kominih. Tapi apo yang masih toraso pilu kek hati Atok bilo mengonangkan keadaan jenazah para pejuang yang telah dihina dan dimalukan. Cubo tentuan bayangkan bilo kemaluan para pejuang tu dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut mereka. Cubo tentuan bayangkan yang mereka tu adalah ayah atau keluarga tentuan diperlakukan sedemikian rupo.

Apokah keterlaluan bilo Atok bokato, luko munkin dah boparut, tapi podeh, biso, duko nestapo eh menjarut hati dan memamah raso.

Apokah PAS dan PKR begitu naif sekali hinggakan tojorek dengan gimik yang dibuek kek DAP sehingga sanggup menyokong dio orang supayo Chin Peng dibonarkan pulang ko TANAH MELAYU YANG BOTUAH NI? Apokah tolah buto hati tentuan sampai sanggup meramas sehingga hancur hati para pejuang negara yang masih hidup sekarang ni? Ataupun tentuan telah temakan dengan propaganda kominih? Sodarlah tentuan, kalau nak monang pun, janganlah sampai menggadai dan mencemar pejuangan para patriot yang telah berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dulu.

Cubolah kau orang po’ie jumpo Kanang Anak Langkau yang kek Sarawak tu dan cakapkan kek dio yang tentuan hendakkan Chin Peng dibawak balik. Agak-agak eh dio setuju tak ataupun tentuan akan di koja an ngan parang panjang.

Bueklah kojo yang lobih bofaedah lagi. Banyak kojo yang bolum selosai. Tak kan maju Malaysia ni kalau Chin Peng tu dibawak balik. Menyomak adalah.

9 comments:

  1. Ni apo yang sodih bona ni, pak sedaro....usahlah konang perkaro lamo....sodih sayo dongar eh....tp nijam lak, ado yo orang yg monyembolih bangso dio sendiri, pak sedaro....sayo yakin..pak sedaro pun kona orang tu, kan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Sedih saya, hampir menitik air dari kelopak mata mengenangkan cerita ini.

    Terima kasih atas ingatan pada kisah lampau dan semoga Allah swt mencucuri Rahmatnya ke atas Ruh yang BerAgama Islam, yang terkorban itu. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...!

    Syukur... sejarah ini jgn kita lupai, anak2 muda perlu diingatkan tragedi ngeri ini agar ia tidak lupa akan malapetaka yg melanda negara. sejarah pengkhianatan ini perlu didendangkan selalu supaya anak muda tidak terpengaruh dgn dakyah kehebatan perjuangan komunis. cuba lihat bgmn konsistennya ulasan pemimpin2 cina berkaitan isu chin peng ini. bersatunya mereka jika menyentuh kaum mrk. Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang (Dr Teng Hock Nan), Timbalan Presiden DAP (Dr Tan Seng Giaw), Ketua Penerangan PKR (Tian Chua) dan AJK DAP Pusat (Ronnie Liu)sokong akan hasrat chin peng kembali ke tanah air.

    Tp malangnya, melayu sesama melayu setiap pekung yg ada hendak dibongkarkan atas nama keadilan, atas nama demi rakyat, atas nama kebenaran, atas nama kesamarataan dan berbagai2 alasan.

    teringat semasa hendak mencari seorang kenalan dr berbangsa cina, apabila bertanya kpd seorg cina lain jwpn yg diberi ialah tidak dikenali walaupun segala maklumat latarbelakang cina yg dicari tlh dinyatakan, akhirnya stlh bersusah payah bertanya dan mencari jumpa juga rakan cina tersebut dan yg menyakitkan hati ialah cina yg mengatakan tidak kenal tadi adalah saudara rapat cina kenalan td. berbanding pula jika org melayu yg ditanya akan ditunjukanlah sampai ke bilik tidur lokasi org yg dicari walaupun org yg ditanya tiada kaitan dgn org yg dicari. itulah pebandingan diantara dua kaum dlm membela kaumnya.

    fikirkanlah....

    ReplyDelete
  4. Elok eh orang yang cadang nak bawak balik kepalo komineh tu di sepak keluar jo dari bumi malaysia ni...menyomak joooo

    ReplyDelete
  5. Tak yah ungkit2 lah pasal perkara ini...apa yg dibimbangi UMNO akan menggunakan isu ini utk meraih keuntungan politik sahaja...segala apa yg dibuat UMNO kini, kita semua sudah boleh baca!!...UMNO akan memanipulasi isu ini utk kepentingan politik dia, keuntungan politik kpd siapa ? UMNO akan beri tali panjang2 dulu, provoke sepuasnya selepas itu akan adalah tangkapan dan laporan polis kpd org itu dan org ini..semuanya boleh dibaca...UMNO tidak akanbuat sesuatu jika tiada kepentingan politik dan jug atidak akan buat sesuatu jika tidak terdesak!!!apa guna kita ingat perkara yg berlalu....kita menghargai jasa dan pengorbanan parajurit dulu...namun mengungkit perkara yg berlebihan ini lbh byk bahayanya dr manfaatnya....kan sejarah dah dibukukan....cukup2 lah UMNO...

    ReplyDelete
  6. Thursday, May 28, 2009

    Alahai BN, Perangkap Cap Komunis Dah Tak Laku Le!


    Saya sebenarnya sangat malas hendak membangkitkan isu komunisme dalam blog ini. Tapi saya nampak isu komunisme ini sudah masuk minggu kedua dimainkan dalam media kita. Entah bila media akan menghentikan perbincangan mengenainya tak tahulah. Yang menyebabkan isu komunisme ini menjadi meriah ialah kerana ramai pula menteri yang bercakap menenainya - Perdana Menteri, Zahid Hamidi, Rais Yatim dan lain-lain. Terbaru RTM kabarnya akan menayangkan semula dokumentari mengenai kekejaman PKM di Malaysia. Apa agenda sebenar membangkitkan semula kisah-kisah lama ini?

    Saya pernah tulis dalam blog ini beberapa hari lepas bahawa isu kepulangan Chin Peng yang dibangkitkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nan hanyalah satu episod sandiwara BN bagi memecah belahkan perpaduan masyarakat dan dengan itu mereka dapat meraih semula sokongan orang Melayu kepada Umno dan orang Cina kepada Gerakan. Sekarang isu Chin Peng dikembangkan lagi dengan mengungkit semula perjuangan PKM yang dikatakan membunuh ramai mereka yang tidak berdosa itu. Maka apabila isu PKM yang ramai terdiri dari orang Cina membunuh rakyat dan pasukan keselamatan yang ramai terdiri dari orang Melayu, isu PKM telah pula menjadi isu perkauman, isu Cina membunuh Melayu, isu Melayu membunuh Cina! Satu episod lama yang semakin dilupakan itu, tiba-tiba segar semula dalam ingatan orang Melayu dan Cina.

    Bila isu perkauman ini ditiupkan semula dengan begitu halus, BN berharap akan mendapat keberuntungan. Umno berharap orang Melayu yang curiga bahawa orang Cina akan berkuasa seperti zaman Bintang Tiga akan menyokong semula Umno. Gerakan dan MCA pula berharap dengan mengungkit balik kisah -kisah lama itu akan mengingatkan semula orang-orang Cina kepada 'kekejaman' pasukan keselamatan terhadap orang-orang Cina yang disyaki bersubahat dengan komunis dahulu di mana ada yang ditahan tanpa bicara bertahun-tahun dan ada juga dilaporkan berlaku kes-kes pembunuhan yang nampak seperti tidak sengaja.

    Namun satu hakikat yang pemimpin Umno-BN lupa ialah tahap pendididikan rakyat semakin tinggi dan propaganda murahan seperti ini tidak dapat diterima lagi oleh rakyat. Perangkap jenama Chin Peng dan komunisme tidak laku lagi kini dan walaupun media cuba menabur gula-gula menerusi TV3 dan RTM namun jebak perkauman BN sekali ini pasti tidak akan mengena. Lalu BN lepas ini perlu mencari 'jerat' baru pula yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat bagi mengembalikan semula sokongan mereka terhadap parti-parti komponen BN.

    Oleh: pendikar gunung kri

    ReplyDelete
  7. Komunis : 1Malaysia tidak bangang!

    Oleh MatKeri

    Zahid Hamidi sekarang dah mula nunjuk belang. Dah mula nak jadi panglima perang. Isunya? Komunis. Malam tadi dalam tivi bukan main lagi dok acah2 kata tentera kerjasama dgn polis nak lawan pengaruh komunis yang kononnya kelihatan semakin menular dalam negara.

    Isu komunis ni bermula bila adanya tuntutan daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk kembali ke Malaysia setelah hidup dalam buangan. Dari situlah bermulanya isu komunis ini, sampai melarat-larat ke pihak polis.



    Masalahnya di sini? Kerajaan cuba sekali lagi nak kompiuskan 1Malaysia. Nak gambarkan bahawa komunis akan kembali menapak di Malaysia. Huru hara akan berlaku, Tanah Melayu akan kembali darurat, dan Jins Shamsudin bakal mengarahkan Bukit Kepong 2 selepas ini. Bekas orang Parti Komunis yang dah betobat nak balik ke Malaysia, 1Malaysia ditakutkan dengan huru hara!

    Rileksla Dol! 1Malaysia sekarang sudah faham perjuangan komunis di Tanah Melayu dulu. Mereka semua adalah penduduk Tanah Melayu yang bangun menentang penjajah dengan bekompromi dengan musuh penjajah. Kebetulan pada masa itu musuh Jepun adalah China dan musuh imperialis adalah komunis, dan kebetulan China adalah komunis dan boleh bekal senjata untuk melawan senjata, maka komunis lah jadinya. Cuba pada waktu itu Empayar Khalifah masih kuat, kemungkinan besar tak akam wujud Parti Komunis. Mungkin Jihad Islamiyah. :)

    Dan 1Malaysia juga dah faham bahawa PKM bukan melawan kerajaan, tetapi sebaliknya menentang penjajah British, dan selepas merdeka mereka masih meneruskan penentangan kerana merea menganggap kerajaan selepas merdeka adalah kerajaan boneka penjajah. Mereka menjadi komunis sebab musuh emperialisma pada masa itu hanyalah komunis. Walaupun 1Malaysia tidak bersetuju dengan fahaman komunis, tetapi 1Malaysia tahu bahawa yang bersungguh2 lawan penjajah buku dengan ruas bukanlah ameno, tapi komunis dan parti2 yang enggan berkompromi dengan penjajah. Ameno adalah golongan elitis yang berakar dari budak suruhan British, dilatih, diajar dengan sistem Inggeris sehingga timbul rasa taksub kepada seluruh hidup bangsa penjajah yang akhirnya, sampai sekarang, walaupun 1Malaysia sudah konfiden, 1Malaysia sudah rajin dan bersedia, ameno masih terus2an merendahkan bangsa sendiri berbanding penjajah!

    Ya, terbukti 1Malaysia menolak komunis dan menerima demokrasi. 1Malaysia hanya mahukan kerajaan ameno mengiktiraf bahawa mereka yang dihalau ini juga telah berjuang melawan penjajah, buku dengan ruas, peluru dengan darah. 1Malaysia tidak menuntut ameno mengiktiraf parti komunis. 1Malaysia juga tidak mahukan fahaman itu dibenarkan dalam sebuah negara yang Bertuhan ini. 1Malaysia hanya mahukan ameno akui sejarah, akui kebenaran, dan akui fakta bahawa sedang ameno sibuk megampu penjajah dan berkowtim dalam menuntut kemerdekaan, ada golongan yang berkeras mempetahankan hak negaranya sehingga ke titisan darah yang terakhir!

    1Malaysia menuntut agar sejarah ini tidak dikonfiuskan lagi demi untuk terus memperlihatkan ameno sebagai satu2nya yang berjuang menuntut kemerdekaan. 1Malaysia tahu bahawa ameno hanya berkowtim dalam mendapatkan kemerdekaan sedangkan tekanan sebenar datangnya daripada pejuang2 yang menuntut kemerdekaan mutlak. Kemerdekaan yang mana setiap tahun boleh membangkitkan semangat juang anak muda. Kemerdekaan yang boleh menjadikan rakyatnya berdiri megah dengan kekuatan menolak penjajaan. Kemerdekaan yang sebenar yang dikecapi oleh negara2 lain yang menghalau penjajah dengan peluru dan belantan.

    Kerana 1Malaysia sudah muak disajikan dengan drama Bukit Kepong setiap kali sambutan kemerdekaan. Sebab 1Malaysia sudah faham, yang dilawan oleh komunis dan pejuang bukanlah rakyat Tanah Melayu yang merdeka, tetapi askar2 kepada kerajaan boneka.

    1Malaysia menolak fahaman komunis. Dalam masa yang sama 1Malaysia mahukan sejarah tidak diputar belit. Kerana 1Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang diharapkan.

    matkeri
    http://www.jahilgoblog.net

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.....

    inikah yg dikatakan pemikiran org yg mempunyai pendidikan tinggi? jika beginilah kefahaman berkaitan perjuangan komunis di tanah melayu yg dikatakan oleh org yg mempunyai pengetahuan kelas tertinggi mmg patut penerangan berkaitan komunis ini diteruskan. pemikiran sebegini amat membahayakan negara. pemikiran yg menghalalkan perjuangan komunis. pemikiran yg membenarkan perjuangan komunis. ini bukti bahawa penyerapan unsur2 komunisme tlh meresap kedalam pemikiran sesetengah rakyat malaysia. pemikiran sebegini melupai akan kekejaman bukit kepong. jijik rasanya nak menyebut perjuangan komunis adalah memperjuangkan negara dgn kekejaman yg tidak dpt nak digambarkan dgn kata2. lihatlah bertapa halusnya jarum hasutan komunis ini, sehingga melabelkan kerajaan yg membebaskan negara dr penjajahan sbg kerajaan penjajah seterusnya menghalalkan kekejaman komunis. inilah sbnr2 pengkhianat negara.

    PKM adalah lambang pengganas negara......

    ReplyDelete
  9. SUDAH LAH LU....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive