Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, May 13, 2009

Malaysia ke arah Republik

Senario politik yang berlaku di negara kita semakin hari semakin parah. Lihat sendiri sandiwara yang dimainkan oleh Pembangkang. Tindak-tanduk mereka amat menjijikkan apabila cuba memanupulasikan keadaan demi kepentingan politik sempit tanpa memikirkan kesan buruk jangka panjang pada negara yang tercinta ini. Nampak seolah mereka cuba menghalalkan cara untuk mencapai matlamat politik mereka. Malahan pemimpin Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersengkokol dengan pemimpin bukan Melayu yang terang-terang menentang syiar Islam di negara ini demi mendapatkan secebis kuasa sehingga sanggup meletakan matlamat perjuangan di tapak kaki sendiri.

Bro Nizar tersenyum keriangan apabila mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pemimpin DAP juga bersorak keriangan dengan pengisytiharan tersebut. Penyokong-penyokong Pembangkang yang membuta tuli menyokong juga gembira dengan keputusan tersebut. Apa yang tidak disedari oleh kebanyakan mereka ialah keputusan mahkamah ini secara sinisnya telah memberi imej yang amat buruk kepada Institusi Raja-Raja Melayu. Kedaulatan Raja Melayu yang dipertahankan sepenuh keringat hatta nyawa oleh nenek moyang kita dahulu dengan mudah dipersendakan melalui undang-undang mahkamah.

Benarkah orang Melayu ini mudah lupa? Kehancuran umat Melayu bukan berpunca dari anasir luar, tetapi dek angkara tangan-tangan yang jahat dari kaum Melayu itu sendiri. Perjuangan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP pasti akan tercapai juga akhirnya melalui sokongan Melayu yang masih tidak menyedari bahawa mereka telah dijadikan alat demi impian orang lain. Orang Melayu kini tidak lagi tahu menghormati Institusi DiRaja Melayu.

Pada sidang DUN Perak yang lalu, Pemangku Raja Perak telah berbisik kepada Nizar agar tidak menimbulkan kekecohan ketika baginda bertitah. Tindakan memanggil Nizar untuk memberi amaran oleh Raja Nazrin seolah menggambarkan bahawa Nizar sememangnya penderhaka sejati di zaman moden ini. Tindakan Nizar itu dilihat sebagai satu tindakan kurang ajar kepada Raja Melayu. Sandiwara yang dimainkan oleh Nizar amak menjelekkan sedangkan ramai ramai mengetahu bahawa beliau hanyalah seorang boneka, sedangkan pemain utama adalah DAP yang berjaya memukau serta menarik simpati rakyat Malaysia untuk mengambarkan kerajaan sedia ada adalah zalim. Golongan muda yang kononnya cerdik pula dengan mudah mempercayai sandiwara yang dilakonkan pakatan pembangkang. Walaupun sebahagian besar generasi muda hari ini adalah cerdik dalam serba serbi, namun hakikatnya mereka gagal untuk berfikir secara rasional. Lihat sahaja kata-kata carutan, ayat-ayat penghinaan dan sebagainya, bukan sahaja di kalangan blogger pro pembangkang, bahkan komen yang diberikan dalam blog ini juga menunjukkan rendahnya daya berfikir serta analisis mereka. Kata-kata mereka kebanyakannya hanya menurut perasaan yang bercelaru dan kurang intelek. Jika inilah yang cuba ditonjolkan oleh penyokong pembangkang, maka generasi pelapis di kalangan mereka pasti akan berjaya menghancurkan Malaysia yang telah dibina sejak sekian lama oleh bangsa mereka sendiri.

Maka tidaklah mustahil jika pada masa depan, Institusi DiRaja di negara ini akan lenyap jika rakyat Malaysia berterusan terpengaruh dengan rentak tari politik pembangkang. Raja tidak lagi dihormati hanya disebabkan secebis kuasa yang mahu dimiliki. Nizar sememangnya pandai berlakon, dan jika diwujudkan anugerah, sudah tentulah Nizar yang akan menjadi pemenangnya. Buat apa Nizar mahu mengadap Sultan Azlan untuk mohon restu membubarkan DUN?......Tubuhkan sahaja Kerajaan Perak yang baru jika pembangkang tak puas hati. Tak perlu untuk mengadap Raja..hanya buat sembah derhaka untuk memaklumkan Sultan bahawa pembangkang juga boleh berjaya untuk menubuhkan kerajaan baru walaupun tanpa restu Sultan. Sedarlah wahai Nizar bahawa kuasa yang anda menangi hanyalah menguntungkan DAP semata-mata.

9 comments:

  1. SETUJU 100% JIKA MALAYSIA JADI REPUBLIK SEPERTI SINGAPORE DAN INDONESIA.

    ReplyDelete
  2. den pun sokong 110% Malaysia jadi republic,,,,, HIDUPPPPPPPPPP YUSOF TAPAAAA

    ReplyDelete
  3. Ha'ah setuju sesangat jd republik blh buat tunjuk perasaan hari2. pukul org sukahati, bakar itu bakar ini. biar anak cucu dpt negara yg tah apa2 baru bhagusss.

    ReplyDelete
  4. Bagus lah jadi Republik, tak tu BN/UMNO dan mereka yang sealiran sahaja sapu hasil Malaysia ni.
    Cepat lah jadi Republik dan buang cara pemilihan pemimpin, biar semua rakyat bolih pilih baru la betul.
    Hidup Rakyat!!!

    ReplyDelete
  5. Cantik lah tu jd Rebublik....mana salahnya????...yg salahnya cuma UMNO jer yg takut hilang kuasa.....kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  6. negara maju pemimpinnya boleh dipilih dengan penuh bertamadun......sokong 10000% republic state.....sokong jang...

    hai poning dah puak2 UMNO...keh..keh kehh...

    lopeh ni dongar yo lah UMNO membebel....asyik2 ulang kisah nostalgia dio...malayan union la, jasa umno lah, kan najib pun tak suka umno cakap nostalgik lg....


    lastly....aku sokong spenuhnya negara republik

    ReplyDelete
  7. Klu tgk dr segi sejarahnyela..Jd sebuah negara republik ni xde banyak masalah mcm yg org kecoh skrg ni..Banyak gak negara republik yg jauh lebih maju dr negara yg ade Raja Berpelembagaan..Jgnla kite tgk Indonesia je..Klu Raja Berpelembagaan pon tp huru hara cam Thailand xde guna gak kan???

    ReplyDelete
  8. dah den kabor kan dulu, UMNO ni memang nak lonyapkan rajo supaya mereko boleh jadi rajo, jadi apo yang kito nak tunggu laie. UMNO harus ditumbangkan.

    ReplyDelete
  9. canteeeeeeeeekkkkk.....masa dan keadaan dah berubah bro.... harapnya gitu lah...cuma UMNO jer yg masih karat....sebab UMNO berselindung di sebalik fugsi Istana untuk terus kekal memerintah sampai kiamat....mudah lah dia ti fahambai skemuanya...a.

    alah...bukan tak faham dgn perangai UMNO.... buruk dan busuk....

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive