Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, May 20, 2009

Pakatan Rakyat

Since last year, things have not been right in Malaysia. The BN government is right not to follow the tactics of the opposition in contesting for Penanti. Why? Because the opposition will definitely force their ADUNs or MPs to resign for a by-election to be held. What a waste of tax payers money. Some of my articles like B.A.B.I. has 42 comments and If PR governs this country... has 36 comments and it shows that articles in this blog is read by many. Nevertheless, thank you for the good comments and I do understand there are also those who criticized my articles. Well, we cannot please everybody and like what my fellow writer, Paneh who said that even our PM is not spared from being criticized if he is not doing the right thing.

Many have said that the new generations do not support the BN government. I had the chance to go to UUM and got the chance to interact with the students there who participated in the MASUM carnival. How surprised I was because the students do support the BN's government and they despise what the PR is doing at the moment, that is dividing the rakyat. So, my conclusion is that BN do have a good chance to win in the next general election, Insya Allah.

Yet, here is another article from the blog at parpukari which is interesting. Definitely, there are many blogs that criticized Brother Anwar Bin Ibrahim.Enjoy reading. So, it shows that something is not right with what he is doing. And if you do comment, please write or comment sensibly.

1. Bila sakit pinggang dan tengkuk mereka membuat rawatan di Munich!

2. Bila tiada kerja, Wolfowitz beri 3 jawatan di Washington!

3. Bila meliwat, sembunyi di kedutaan Turki!

4. Bila DNA mahu diambil, jurucakap White House membela!

5. Bila diminta bersumpah, mahukan ulama' luar negara!

6. Bila bertanding, Gus Dur dan Estrada datang bantu!

7. Bila merusuh atas jalan, cari perlindungan di India!

8. Bila ditangkap berbogel, bercuti ke 'oversea'.

9. Bila kantoi jual pasir, lari sambung belajar kat luar negara!

10. Bila tak cukup duit, jumpa Walter Chia dari seberang!

11. Bila Thailand merusuh, mereka mahu buat juga di Perak!

12. Bila pemimpin Melayu naik, akhbar asing burukkan!

Minat sangat Pakatan pembangkang dengan orang asing dan luar ya? Mengapa ya?

Ditaja atau Boneka?

Demi Islam, fikir-fikirkanlah!

12 comments:

  1. Memang tak tahu dek untung Pakatan Rakyat ni....depa pun jakun bila menang PRU 12..tapi tengoklah PRU 13 depa bungkus..lingkup...

    ReplyDelete
  2. BEZA PEMIMPIN PAS DENGAN PEMIMPIN UMNO

    Pemimpin UMNO

    1.
    gila jawatan
    2.
    politik wang
    3.
    kaki samseng pukul orang
    4.
    sanggup bermatian-matian untuk jawatan
    5.
    politik cantas mencantas dan cah keting
    6.
    Tak ingat mati dan takut mati

    Pemimpin PAS

    1.
    jawatan dianggap amanah Allah maka tidak ada perebutan
    2.
    tiada politik wang kerana bertuhankan wang
    3.
    tidak ada pergaduhan kerana takut disoal di akhirat kelak
    4.
    tidak ada cantas mencantas....siapa yang layak dialah berhak
    5.
    Sayangkan mati kerana dunia sementara...akhirat kekal abadi

    Kesimpulannya....umno kerana dunia yang dikejar macam nak mati tapi pas inginkan akhirat kerana di sanalah yang kekal abadi. Wassalam.

    ReplyDelete
  3. LUPAKANLAH ONE MALAYSIA, NAK JAGA SATU UMNO PUN GAGAL!!

    Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

    "Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.

    Dengan apa yang berlaku itu, Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.

    "Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya," kata beliau.

    Mahfuz mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

    "Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia," kata beliau.

    Mengulas apa yang berlaku itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mereka yang keluar Umno itu termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan parti itu di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

    Menurut beliau, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

    "Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.

    "Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.

    "Pembangkang pula telah mengambil kesempatan daripada perkara tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

    Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

    "Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

    "Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

    Hashim juga sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

    "Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

    "Takkan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

    "Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya.

    Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.

    Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.

    Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.

    "Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno," katanya.

    Apo cito bro? keh..keh..keh

    ReplyDelete
  4. PKR PERLIS SAHKAN TERIMA BORANG KEAHLIAN BEKAS UMNO

    Pengerusi Perhubungan PKR Perlis, Johari Shafie berkata memang terdapat ahli Umno di negeri itu, yang memohon borang keahlian untuk menyertai parti tersebut sejak bulan lalu.

    "Kebanyakannya dari bahagian Kangar, terutama sekali di DUN Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

    Sehingga ini, kata beliau, pihaknya telah menerima semula hampir 200 borang keahlian untuk menyertai PKR.

    "Dijangka masih ada lagi yang akan hantar. Kita akan berusaha untuk tambah lagi ahli. Lagi banyak lagi bagus," katanya.

    Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan berapa ramai lagi ahli Umno yang akan menyertai PKR.

    "Saya tak berani nak cakap, terpulang kepada mereka. Kita tunggu borang," katanya.

    Pemimpin hasrat sertai Umno

    Johari berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa kira-kira 1,000 ahli-ahli Umno melompat parti menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, bulan lalu.

    Perkara tersebut menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

    Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar.

    Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, beliau juga turut dihubungi seorang pemimpin Umno yang menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR.

    Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno tersebut.

    "Kita terima siapa sahaja, tak ada masalah," katanya.

    Cawangan baru DAP

    Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

    Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP bagi Kedah dan Perlis, Vincent Wu menjelaskan enam cawangan baru DAP ditubuhkan di Perlis.

    Katanya, ia termasuk dua cawangan - masing-masing satu di Kangar dan Parlimen Padang Besar - dengan lebih 150 ahli.

    Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada ahli baru itu datang dari kalangan ahli MCA ataupun tidak.

    Manakala empat cawangan lagi masih dalam proses pengumpulan ahli untuk membolehkan penubuhan secara rasmi.

    Katanya, keempat-empat cawangan tersebut, masing-masing satu di DUN Kuala Perlis dan DUN Beseri, manakala dua lagi cawangan di Parlimen Arau.

    Majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan telah disempurnakan oleh ahli parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang dua minggu lalu, tambahnya.

    ReplyDelete
  5. Harap Jejak Tuah dapat menangkis apa yang mereka dakyahkan. Saya sebagai pelajar IPTA bersetuju bahawa kerajaan pada hari ini banyak menolong kami pelajar dan jika PR memerintah negara, sudah pasti Dato' Seri Anuar Ibrahim akan menjual negara.

    Pandangan ihklas dari pelajar UM

    ReplyDelete
  6. Jika PR memerintah, sudah pasti DAP benarkan Chin Peng kembali.

    KUALA LUMPUR 20 Mei – Parti-parti politik terutama berasaskan kaum Cina di negara ini diingatkan supaya tidak menggunakan isu bekas pemimpin komunis, Chin Peng bagi menarik sokongan daripada kalangan kaum itu.

    Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al-Haded Nik Mohd. Salleh berkata, tindakan bersimpati terhadap bekas pemimpin komunis itu merupakan politik murahan yang hanya digunakan oleh pihak-pihak yang terdesak.

    “Saya harap, semua parti politik berasaskan kaum terutama Gerakan tidak lagi akan menyentuh mengenai kebenaran Chin Peng pulang ke Malaysia.

    “Tindakan itu mampu memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan ketegangan, berbahaya buat keselamatan Chin Peng sendiri, apatah lagi mahkamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau mengulas permintaan Gerakan terhadap kerajaan supaya membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia.

    Hari ini, media melaporkan, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi merupakan ancaman keselamatan kepada negara.

    Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani pula meminta Gerakan lebih sensitif dengan kenyataannya, supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama golongan bekas anggota tentera dan polis.

    Katanya, selepas media terutama portal berita menyiarkan kenyataan Hock Nan itu, beliau menerima tidak kurang 20 panggilan telefon daripada bekas-bekas anggota tentera yang membantah permintaan tersebut.

    “Kesemua yang telefon saya menyatakan perasaan tidak puas hati serta meminta saya menghantar memorandum kepada kerajaan agar kekal dengan keputusan mahkamah yang melarang Chin Peng kembali ke tanah air.

    “Jadi saya nak tanya Hock Nan, adakah kepulangan Chin Peng akan membawa faedah kepada negara dan kerajaan BN, yang sekarang ini melaung-laungkan konsep Satu Malaysia?,” jelasnya.

    Sumber: Utusan Malaysia, Mei 20hb, 2009

    ReplyDelete
  7. public opinion & persuasion always relate to assumption & perception. It's strecthable, inconclusive, opinionated & when it comes to pilitics, usually it's partisan & bias.

    I was a student of the previous millennium. At times, as we learn & being taught abt how to behave like a Melayu, it's common for Malays to respect other. Nonetheless one thing I personally dislike abt the way we respect others is that our elders tend to believe that we have to avoid differing views thus agree with our guests for the sake of respect.

    Nevertheless when I was a student I tried my best to respect the elders. That's the kind of student I was. My different opinions were always succumbed to others for the sake of respect particularly amongst formal & official ghetto. I know it's hypocritical but this is how it works in Malay culture.

    So, the writer's assumption to political preference of UUM students (as quoted in this article) maybe true & yet, maybe they are just like the old me.

    note: perhaps it's because of this attitude to simply assume people 'likeness' over the ruling party + Malay culture of dual partisan, UMNO gets carried deeper into this egocentric mess.

    ReplyDelete
  8. Salam.....

    Kalo diteliti dan diselidiki berdasarkan kpd sejarah akan dpt difahami hujah2 yg dinyatakan tersebut.
    Kata2 Gila Jawatan, Politik Wang, Kaki Samseng, Bermati-matian utk jawatan, politik cantas-mencatas, tak ingat kematian adalah cerminan kpd apa yg pertahankan. Ingat lagi susur sejarah dr mana asalnya UMNO? slps UMNO adanya NEGARA, PAS, terbit juga Semangat 46, muncul parti HAMIM, AKIN,ISLAH, BERJASA, IPM dan terkini PKR.

    apa maknanya? sebenarnya bukan UMNO yg terkhilaf sebaliknya adalah Melayu itu sendiri yg mempunyai kehendak dan keinginan yg haloba.

    sekadar bertanya, mengapa B.A.B.I beria2 menjadi ketua pembangkang jika tidak gila kuasa. mengapa tun ghafar tertewas jika tidak B.A.B.I dgn politik wangnya. siapa samseng sewaktu PRU Ijok? melontar segala yg ada. dan semuanya blh di teliti dan diperhalusi lg.

    perasan atau tidak semuanya itu melanda kpd umat melayu dan islam adanya. berpecah melayu tetapi bersatu musuh2 disekeliling yg menanti utk membaham pribumi ini.

    bersatulah....

    ReplyDelete
  9. Jejak tuah :

    Macamana org melayu nak bersatu...Org UMNO pun berpecah belah bro...dia akan ikut ketuanya, dia tidak akan ikut org lain...punya lah degilnya....dlm UMNO sendiri pun berpuak-puak demi kepentngan peribadi senang cite la...demi poket sndiri...umno sendiri tak hormat sesama dia...cam ne ko nak minta org lain yg tak ada kena mengena dgn ko nak bersatu...org nampak lah bro...buka buta...eleh...mcm lah nak sorok plak...

    dalam saf pemuda umnonya...ada org KJ, org mkriz, org toyonya...masing2 tak blh duduk dekat..dekat jer alamatnya bergasaklah mcm ajnjing dgn kucing...apa ni?....ko pegi warning dulu pemuda dan umno ko dulu....dlm wanita lg lah dasatnya...eiii...seram aku tgk....sudahlah bro...insaf lah ko,,,,jgn subahat bro....

    aku tak tahu lah ko ni...kalau ko tahu umno tu dah lumat skrg ni dgn pelbg bala Allah...sepatutnya engko tinggalkan saja, dr ko mendapat dosa kerana subahat dgn perbuatan munkar UMNO.....aku nasihat saja....terpulang...ye la dosa pahala masing2 tanggungkan...tp UMNO memang byk dosa dlmnya....hijrah lah bro....tak yah tunggu lg dlm umno....lg lama ko tunggu lg byk dosa ko....aku bg tau jer...lepas dah tgjwb aku......jgn mare bro...

    ReplyDelete
  10. biarlah deh hompuk,
    tak guno kao provoke kek sini,
    mereka totap bersamo UMNO,
    usoho kau ni ibarat mencurah air di daun keladi,
    ko poie la site lain.. site sjs ko bodohland ko.. site B.A.B.I ko.. poie la sanun...
    ko kutuk la, hino la, maki lah UMNO pueh2..
    sekurang-kurang eh ko ado geng nak kutuk UMNO sampai la PR monang PRU-13 sok..
    buleh yo sultan bagi anugerah kebesaran kek kau atas usoho murni kau ni..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  11. Al-hamdulillah.....

    Terima kasih dgn nasihat dan ingatan, murni sungguh niat tuan krn nak mengajak agar org lain tidak berdosa. sungguh tinggi ilmumu tuan sehingga menentu dosa dan pahala.

    teringkat kisah yg diceritakan seorang ustaz ttg dosa dan pahala iaitu kisah si pelacur yg memberi minum kpd anjing yg kehausan, lantaran budinya itu ia mendapat balasan yg baik diakhirat. moral yg dpt difahami ialah ttg balasan allah tidak dpt ditentukan didunia, walaupun pelacur itu nampak hina dan berdosa ttp keikhlasannya membantu anjing membawanya ke syurga.

    mmg susah utk menyatukan melayu jika melayu yg nak disatukan itu hanya melihat akan keburukan sesuatu sehingga lupa mensyukuri kebaikan yg diperolehi. kenapa diletakkan syarat utk bersatu?
    adakah nak tunggu melayu merempat atau melayu ditindas baru nak bersatu? adakah nak tgg mlayu dijajah baru nak bersatu?

    teringat kata2 guru silat, memarang sblm kita diparang, jika dah diparang tak guna nak memarang pasal dah x blh nak pegang parang.

    Busuknya BN, hinanya BN anak cucu merasai nikmatnya perjuangan BN, bebas merdeka, maju jaya, aman damai, sihat sejahtera. Wanginya PR, mulianya PR, susah nak lupa peristiwa 13 mei 1969, rusuhan sana, tunjuk perasaan sini, bakar sana bakar sini,lontar itu lontar ini, sampai ada rakyat negara ini yg sanggup membakar lambang negaranya (peristiwa kuala terengganu).

    Tak sanggup rasanya nak membuang air ditempayan hanya kerana mendengar guruh dilangit, tak sanggup rasanya seperti dikejar x dapat yg dikendong berciciran. sedih rasanya jika lari dr mulut buaya masuk pula ke mulut naga.

    tarima kasih la.....

    ReplyDelete
  12. Posted by a friend to me.

    Subject: my post @ your blog on 'Pakatan Rakyat'

    public opinion & persuasion always relate to assumption & perception. It's strecthable, inconclusive, opinionated & when it comes to pilitics, usually it's partisan & bias.

    I was a student of the previous millennium. At times, as we learn & being taught abt how to behave like a Melayu, it's common for Malays to respect other. Nonetheless one thing I personally dislike abt the way we respect others is that our elders tend to believe that we have to avoid differing views thus agree with our guests for the sake of respect.

    Nevertheless when I was a student I tried my best to respect the elders. That's the kind of student I was. My different opinions were always succumbed to others for the sake of respect particularly amongst formal & official ghetto. I know it's hypocritical but this is how it works in Malay culture.

    So, the writer's assumption to political preference of UUM students (as quoted in this article) maybe true & yet, maybe they are just like the old me.

    note: perhaps it's because of this attitude to simply assume people 'likeness' over the ruling party + Malay culture of dual partisan, UMNO gets carried deeper into this egocentric mess.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive