Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 1, 2009

Apabila B.A.B.I. Selesema

GENEVAPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum. Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema B.A.B.I. yang telah meletus di Mexico dan merebak ke seluruh dunia.

"Saya mengambil keputusan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap pandemik influenza daripada fasa empat kepada fasa lima," umum Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan semalam.

"Langkah ini menjadi isyarat kepada kerajaan, kementerian kesihatan dan industri farmasi di seluruh dunia bahawa tindakan tertentu kini perlu diambil dengan kadar lebih segera," katanya.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat tergempar pakar pandemik agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Chan berkata, semua negara kini perlu segera mengaktifkan pelan persiapan menghadapi pandemik. Beliau menegaskan ancaman yang timbul berikutan wabak selesema B.A.B.I. yang tertumpu di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) 'mesti dipandang serius' kerana seluruh umat manusia terancam jika berlaku pandemik. Fasa lima, iaitu kurang selangkah sebelum fasa enam yang menandakan pandemik, digambarkan sebagai 'isyarat tegas bahawa pandemik boleh berlaku tidak lama lagi dan tempoh untuk menyiapkan langkah-langkah pengawalan yang dirancangkan adalah singkat', menurut WHO. Chan menjelaskan, pakar memutuskan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga itu kerana kes jangkitan 'berterusan' daripada manusia kepada manusia bukan sahaja berlaku di Mexico tetapi juga di AS.

"Apabila kita mendapati dua negara yang terletak di satu kawasan WHO menunjukkan penyebaran sedemikian, kita melangkah kepada fasa lima," kata beliau.

Sungguhpun boleh difahami bahawa penduduk kini berasa bimbang, isu kesihatan itu perlu ditangani dengan tenang.

"Adalah penting kita tidak bertindak secara keterlaluan, sebaliknya kita perlu mengambil sikap bertenang supaya kita boleh terus mengurus wabak ini secara rasional," katanya.

Beliau juga menegaskan, WHO tidak mengesyorkan penutupan sempadan atau mengehadkan pergerakan manusia atau barangan. Disebabkan persiapan yang dilakukan berikutan wabak selesema burung, negara-negara juga dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk menangani pandemik.

"Langkah-langkah persiapan yang diambil disebabkan influenza H5N1 merupakan pelaburan dan kita sekarang memanfaatkan pelaburan ini," kata Chan.

Di bawah peraturan WHO, fasa enam atau pandemik akan dicapai jika atau bila virus selesema B.A.B.I. didapati merebak secara berterusan antara manusia di pekan-pekan atau dalam komuniti lebih luas di sekurang-kurangnya sebuah benua lain selain benua Amerika. – AFP


p/s: Rupanya bahaya sungguh bila B.A.B.I. kena selesema. Berpura-pura sakit belakang pun Malaysia dah huru hara dibuatnya, apatah lagi bila B.A.B.I. ni selesema...terus bergolak satu dunia. Nasib baiklah B.A.B.I. tak bersin sekali, kalau tidak...mau gempa terus bumi ni. Marilah kita berdoa agar dilindungi daripada wabak B.A.B.I.

1 comment:

  1. Ramai rakyat Malaysia dah kena virus babi ini sejak beberapa tahun yang lalu, bila kena ada yang sanggup berguling guling di atas jalan, dan kini virus ini telah meresap kedalam sebuah parti yang ahli2nya ada yang masih asyik dan ada yang masih kebingungan.

    Harap Najib dapat mencari penawarnya 'once for all' bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi demi anak isterinya yang turut menderita kerana terlalu rapat dengan virus ini.

    ReplyDelete

Blog Archive