Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 9, 2009

BAHASO MONUNJUKKAN BANGSO

Anonymous said...

Fuck u Mahazalim, Tradisi membela anak beranak. Allah taala maha kuasa, walau pun laki bini doktor tetapi sekor pun anak tak menjadi. Anak2 che det masa sekolah menengah semua bodoh2 belaka termasuk mirzan, mokzani dan mukriz. Anak2 semua disumbat pintu belakang Ke MRSM Kota Baru. Lepas tu semua di antar ke luar negara. Tak heran lah Ketika tu mantan Menteri Pelajaran. Anak2 kampong yg periksa MRSM pas pun tak sumbat masuk. Ini lah Tradisi membela rakyat. Ckp tak serupa bikin Podah pedukang.

March 9, 2009 2:38 PM
..........................................
Anonymous said...

Rafidah sekor lagi babi tua, adakah dia pandai2 nak kato orang Melayu di peralat oleh orang Cina melawan Raja Melayu. Tak ada akal ka Nenek ni, org pun ada akal tak lawan raja sendiri. Yang terang2 org melayu lawan Raja sendiri adalah UMNO Natang terengganu, Anuar Musa, UMNO Zaman Ghazali Jawi dan yg puncak nya, Mahafiraun yg ambil imuniti Raja. Terlaksanalah sudah agenda parti Neo Kolonial sehingga Karpal OKU pun nak saman Raja Perak. Sapa yg salah cik oii. Rafidah diam seribu bahasa bagi AP kat menantu, menantu pula jual kat cina. 50 thn DEB tak kemana tp masuk kemelayu elit ni. Mai kampung belakon mcm Mat Taib.

March 9, 2009 2:56
...................................

Sekali lagi Atok menyalin duo respon daripada penjongok 'paneh'. Di sini Atok mintak para pelawat 'paneh' ronungkan pepatah orang tetuo dulu.

"BAHASO MENUNJUKKAN BANGSO"

Atok pandai yo cakap orang putih, tapi Atok totap orang Melayu beragamo Islam.
Pencak Silat pun bocakap orang putih, tapi bilo makan totap boselo dan bosuap.

Daripada respon yang di ateh tu, tuan-tuan nilailah sendiri bahaso yang digunokan oleh keduo-duo ano tu. Tak perlulah Atok nak ulas panjang lebar. Atok sendiri malu nak nyobut pokataan tu. Seingat atok, kalau kocik-kocik dulu sobutlah pokataan tak senonoh tu, jawab eh menyonyonglah muncung diladokan dek omak Atok. Kurang-kurang eh duo ari minum teh tak raso manih. Bogitu sekali nenek moyang kito menjago tata susilo bahaso anak cucu. Sobab eh satu yo. Bilo kito mongoluarkan pokataan tosobut, mako seluruh dunio (dalam blog ni weh) akan botanyo "Sapo lah omak ayah eh budak ni?"

Satu lagi, Atok raso ano ni ado tuan guru yang ngaja dio ngaji Quran. Cubolah bayangkan bagaimano raso tuan guru eh tau anak didik eh pandai mengeluarkan fatwa yang si polan tu jadi babi, si polan tu setaraf dengan firaun, anak orang tu bodoh, anak dio yo yang corodek.

Takat tu jolah yang Atok dapek kobakan. Lain-lain tu timbang-timbanglah sendiri. Sapolah yang ngajar budak ni cakap cam tu. Selalu eh kok manyamokan Che Det ngan firaun tu orang Pas.

p/s: Esey pun layak yo.

7 comments:

  1. Salam Paneh,
    agak-agak mak tukang komen tu menangis tak tengok komen mereka tu ?
    sedih kumbang paneh,kenapa membenci begitu sekali.

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang teringin nak balik zaman awal 80-an... berebut bas nak pergi kerja... terlepas tiga kali sebab bas terlalu sendat dan esoknya terpaksa bersoal-jawab dengan pengurus. Tak ada masa nak main politik atau menjenguk suasana politik atau nak ambil tahu pasal politik sebab terlalu sibuk untuk mencari rezeki dan program kemasyarakatan selain waktu-waktu jamaah di masjid dan surau.

    sekarang, terlalu banyak masa terluang apabila budak-budak yang menjejak remaja sahaja sudah ada motosikal dan tidak perlu bersusah payah. Belanja mereka bukan lagi sekupang dua tapi beringgit-ringgit. Mereka benci buku tetapi mereka gemar melepak di pusat siber atau di hadapan laptop masing-masing untuk berhiburan cara baru. Dan yang paling terbaru adalah dengan menyertai perarakan dan demonstrasi jalanan bagi melampiaskan tenaga remaja tanpa sebarang tujuan melainkan keseronokan biarpun alasan yang diberikan adalah perjuangan.

    maka disebabkan kesenangan itulah, terhasillah satu HIBRID masyarakat Melayu kacukan yang bahasa pengantarnya seperti begitu...

    abah aku bercerita bagaimana manusia Melayu di Teluk Anson (Teluk Intan) bertindak selepas dua minggu bintang tiga berkuasa. Segala Melayu yang bekerjasama dengan komunis-komunis, ditangkap dan kemudian dimasukkan di dalam guni sebelum direndam dalam parit-parit tali air di seluruh Sungai Manik.

    sekadar terkenang, tahun-tahun 80-an, dan awal 90-an, masih boleh berjalan di lorong-lorong gelap di tengah-tengah Kuala Lumpur tanpa bimbang dengan perompak... sekarang, turun tangga rumah saja, sudah ada penyamun dan peragut yang menanti dengan pisau kalau tidak pun parang.

    ReplyDelete
  3. tu menunjukkan orang yang kecewa dan mempunyai perasaan hasad dengki.

    ReplyDelete
  4. sodeh raso hati den bilo ada orang cakap pemimpin kito macam tu.. seolah takdo sebutir pon jaso Tun kek kito.. Den hidup dan membesar dalam zaman pemerintahan "Mahafiraun" ni.. apo pon orang nak cakap kek dio, den totap menjanjung dio sebagai idola.. sebob kecerdikan akal yang dibori Allah kek "Mahafiraun" ni, den dapat belajar dan hidup dalam keadaan yang sonang dan tonang.. den sekolah x pandai mano pon tp ado juo colah-colah dari pemikiran "mahafiraun" untuk den melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. ini dinamokan rezeki.. jangan kito bodoh, orang lain yang disalahkan.. dio dah bukak banyak peluang dan banyak jalan untuk memajukan rakyat.. pado kito juolah nak terimo ey macam mano.. anak ey masuk MRSM macam mano pon lantaklah.. rezeki masing-masing.. kalau abah den kayo pon, tontu den diantar ey sokolah kek England jugak (umpamonyo jolah).. awak tak pandai menari, lantai disalahkan berjongkang jongkit..

    ReplyDelete
  5. Kadang2 yang buat komen tudoh orang tu babi, orang tu firaun, orang to bangsat; kemungkinan satu hari dia akan bersolat jumaah satu masjid bersama? Atau, orang yang di cerca dan di cela akan mungusung jennazah ke kubor?

    Menjadi satu keanihan sekarang orang melayu/Muslim menjunjung kasih kepda orang Kafir lebih dari saudar satu saf dalam solat jumaah. Apa dah jadi?

    Tak puas hati sebab tak dapat lamborgini sebiji? Tak dpat jadi jutawan Melayu? Frust sebab anak tak dapat biasiswa?

    kalu orang Karir memerintah, hidup akan jadi lebih baik? Sila teropong seberang Selat Terberau!

    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  6. KATO UWAN DEN,

    ' PEDULIK AN LAH BUDAK TU, DAH TAK GHOTI BAHASO'

    ReplyDelete
  7. Percakapan mereka tu seperti orang yang buta sejarah , buta bahasa dan bangsa.Kesian orang melayu...
    Tu pasal tun cakap MELAYU MUDAH LUPA.Saya cakap melayu mudah lupa diri...SOBA jolalllll.....

    ReplyDelete

Blog Archive