1. Di atas adalah soalan yang biasa ditanya oleh perompak dalam drama atau filem Melayu dulu-dulu.
2. Kebanyakan mangsa rompakan pasti akan menjawab wang. Kalau tak percaya tanyalah 304 perwakilan yang mengundi KJ sebelum ni.
3. Ataupun boleh juga kita sebut 'setiakawan'?
4. Paklah dalam ucapan dasar Presiden juga ada menyebut perihal setiakawan.
5. Antaranya ialah "memainkan peranan aktif dalam usaha mewujudkan persefahaman dan kesetiakawanan dalam kalangan negara-negara Islam di seluruh dunia" dan "Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan".
6. Warga Paneh Miang juga mementingkan semangat setiakawan. Kami ini bolehlah diibaratkan - ketuk kaki kawan, kaki sendiri pun terasa sakit.
7. Namun semangat setiakawan kami tidak menghalang kami untuk saling menegur sekiranya ada di antara kami berbuat silap.
8. Cara kami menegur antara satu sama lain pula boleh dikatakan 'brutal'. Kalau orang yang tak kenal kami, mungkin akan menganggap yang kami sedang bergaduh dan bagi mereka yang tidak biasa dengan cara kami pula pasti akan mudah berkecil hati.
9. Jika boleh dijadikan analogi - setakat komen provokasi daripada Edie, Wee Meng Tat, Anonymous mengaku tua, mahupun Anonymous muda ni semua...kami pakat-pakat gelak je. Setakat spesis provokasi picisan macam mereka ni dah beribu dan selalu sangat kami jumpa. Spesis macam ni hanya layak jadi bahan ketawa kami saja setiap kali berkumpul. Tapi kami tetap ingin berterima kasih kepada golongan ini kerana turut menceriakan kehidupan kami.
10. Namun antara kami, ada masanya kami akan gunakan cara lembut dan ada masanya kami menegur cara ganas. Ikut kesesuaian...tetapi kebiasaannya aplikasi 'brutal' yang menjadi pilihan.
11. Kerana kadangkala manusia ini tidak faham dengan sindiran atau kata-kata lembut. Adakalanya berterus-terang itu adalah kaedah terbaik penyelesaian masalah.
12. Namun itu semua tidak merenggangkan kami, malah menjadikan kami semakin akrab dan teguh.
13. Persahabatan itu sangat tinggi nilainya apabila kami saling menghormati dan saling memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.
14. Cuma yang membezakan sifat setiakawan kami dengan sifat setiakawan 304 perwakilan Pemuda Umno itu ialah, tiada faktor wang yang wujud antara kami.
15. Kerana kami sangat percaya bahawa persahabatan yang berasaskan kepada elemen material pasti tidak akan kekal lama. Brader Anwar Bin Ibrahim adalah contoh terbaik spesis manusia yang menggunakan faktor wang untuk menjalinkan hubungan dan persahabatan.
16. Kami juga percaya, individu yang naik ke mercu kuasa dengan pantas, pasti juga akan menjunam dengan cepatnya. Kronologi sejarah Brader Anwar Bin Ibrahim boleh dijadikan rujukan.
17. Namun kami juga percaya kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t.
18. Dan saranan kami kepada salah seorang panel jemputan Astro Awani malam tadi, terima sajalah takdir Ilahi. Bukannya apa..sebab malam tadi kami tengok blogger popular ni macam tak puas hati je bila kawan baik dia si Azalina Othman tu tak terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Bawak bersabar ya bro.
19. Bermacam perkara yang dijangka bakal berlaku selepas ini telah dimaklumkan kepada kami.
20. Ada yang menyebut individu itu tidak lama pegang jawatan la, dimaklumkan akan ada yang disabit dengan tuduhan la, kena dakwa la dan bermacam hal lagilah.
21. Kita tunggu dan lihat sajalah kerana firman Allah dalam surah Al-An'aam (ayat 67) menyebut; "Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya".

Bila kita berkuasa, segala kesilapan dan kelemahan lalu akan dapat disembunyikan / dilenyapkan.Setengah orang kata berhijrah kepada yang lebih baik, setengah orang pula kata " sweep under the carpet". So, tidak akan ada apa-apa tindakan kalau pun tuduhan itu benar.
ReplyDeleteCamno ni, MB ko kalah pulak ni jang.
Aku berdoa dan berharap Najib akan sedar semua ni dan tidak akan melantik sigampang tu apa2 jawatan dalam kabinetnya..bialah die sensoghang dengan pemuda 304nya tu..! memang hampeh..! manusia kalau takde basic agama yang kukuh..duit dan wang akan menjadi tuhannya..! itulah die Pemuda304...!!!!!!!!!
ReplyDeleteNT KJ Hampeh kau ni kalau aku kata bingai bengap kau marah. Kau tak nampak apa yg dikata Samat di atas tu, perli puak2 kita la ngok oii. Kita punya PM yg baru ni kau tak nampak aku tgk dia ucap sampai berapi2 merah padam. wakil bawah nampak tersenyum sinis. Ini lah sikap UMNO yh masih nak sweep under the carpet.
ReplyDelete