Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Tuesday, March 10, 2009

Serangan Waktu Subuh - Bukit Carcosa

1. Bukit Carcosa dahulunya pernah dihadiahkan oleh Tunku Abdul Rahman kepada kerajaan British sebagai penghargaan kepada persahabatan yang terjalin antara kedua buah negara.

2. Namun hasrat untuk mengambil semula Bukit Carcosa daripada pihak British telah disuarakan dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-33 pada 11 September 1982.

3. Hasrat itu disuarakan berikutan kejayaan kerajaan sebelum itu dalam mengambil alih Guthrie Corporation menerusi "Serangan Waktu Subuh" di London Stock Exchange (LSE) melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981. Semua sedia maklum bahawa sebelum ini Guthrie dimiliki sepenuhnya oleh British dan memiliki kira-kira 200,000 ekar ladang getah, kelapa sawit dan koko di Malaysia.

4. "Serangan Waktu Subuh" telah mengembalikan kuasa milik ladang itu kepada rakyat Malaysia dan turut menyelamatkan beratus juta ringgit Malaysia daripada berterusan mengalir ke tangan pemegang saham asing. Kejayaan Malaysia itu juga telah menyebabkan kerajaan British bertindak serta merta meminda peraturan untuk mengambil alih syarikat melalui pembelian saham terbuka. Peristiwa ini merupakan satu kemenangan manis buat Malaysia dan terima kasih kepada Che Det serta semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kejayaan Malaysia "mempermainkan" British itu.

5. Berbalik kepada kisah Bukit Carcosa, Rahmah Osman iaitu wakil Pergerakan Wanita Umno dalam ucapannya di Perhimpunan Agong Umno ke-33 mengatakan, "Tidak ada gunanya kerajaan memberikan terlalu banyak kepada orang yang telah menjajah negara ini begitu lama sedangkan negara ini tidak langsung mendapat apa-apa faedah daripada mereka".

6. Hakikatnya, suara Rahmah Osman itu adalah suara Che Det yang telah mempertikaikan semenjak sebelum merdeka lagi akan keputusan Tunku Abdul Rahman memberikan tanah seluas 7.2 ekar yang terletak di kawasan tertinggi di Kuala Lumpur itu kepada British. Kedudukan Bukit Carcosa seolah-olah memberikan taraf keistimewaan yang begitu tinggi kepada British berbanding wakil-wakil asing lain dan ianya secara tidak langsung memberikan kesan psikologi yang buruk kepada rakyat Malaysia.

7. Tuntutan perwakilan UMNO itu telah menyinggung perasaan Tunku Abdul Rahman kerana beliaulah yang telah menghadiahkan tanah tersebut kepada British. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mac 1984 di ruangan 'As I See It', Tunku menyatakan bahawa tuntutan itu merupakan satu usaha untuk melupakan jasanya. Katanya, "Suatu ketika saya dituduh menjual negara ini kepada orang Cina dan sekarang Carcosa pula kepada Inggeris. Apa ada kenangan terhadap diri saya setelah saya mati. Mungkin hanya celaan".

8. Pada peringkat ini, Che Det selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri hanya bertindak mendiamkan diri dan tidak menjawab kritikan yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman.

9. Berikutan cadangan mengambil alih Bukit Carcosa dalam Perhimpunan Agong Umno ke-33, maka pada 10 April 1984, satu rundingan telah diadakan antara wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, Wisma Putra serta Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.

10. Pada 12 Mei 1984, Che Det telah mengumumkan bahawa kerajaan British telah bersetuju untuk menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada kerajaan Malaysia tanpa sebarang pampasan dan sebagai gantinya kerajaan telah menawarkan sebidang tanah di Jalan Ampang untuk kediaman Pesuruhjaya Tinggi British.

11. Penyerahan rasmi Bukit Carcosa kepada kerajaan Malaysia telah dibuat pada 13 Julai 1986 melalui upacara menandatangani satu memorandum penyerahan semula di Wisma Putra.

12. Pengambilan semula Guthrie Corporation dan Bukit Carcosa oleh Malaysia tidak merosakkan hubungan antara kedua buah negara, sebaliknya ia telah menambahkan lagi penghormatan British terhadap Malaysia.

13. Walaupun pada peringkat awalnya Che Det hanya mendiamkan diri terhadap kecaman Tunku Abdul Rahman berkenaan isu Bukit Carcosa, namun setelah Tunku meninggal dunia, Che Det telah mengarahkan pembinaan Memorial Tunku Abdul Rahman dan memulihkan residency yang sangat disayangi oleh Tunku. Memorial Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur itu merangkumi tiga bangunan iaitu bangunan residency yang dikekalkan mengikut bentuk asalnya sebagai bangunan utama dan dua buah bangunan baru yang mengandungi ruang pameran bahan-bahan sejarah. Nama Putrajaya juga diberikan oleh Che Det bersempena dengan nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj demi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia Pertama itu.

14. Walaupun diketahui umum bahawa hubungan Che Det dengan Tunku Abdul Rahman tidak pernah mesra, namun Che Det tetap memandang tinggi akan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan dan pengasas Dasar Ekonomi Bebas Malaysia.

15. Semasa melancarkan projek Memorial Tunku Abdul Rahman pada 7 Julai 1992, Che Det dalam ucapannya menyebut, "Kejayaan paling besar yang pernah dilakukan oleh Almarhum Tunku dan akan dikenang sepanjang hayat oleh rakyat ialah mewujudkan kerjasama kaum melalui parti-parti politik".

16. Ayat den pulak, "Kejayaan paling besar yang pernah dilakukan oleh Brader Anwar Bin Ibrahim yang akan dikenang sepanjang hayat oleh rakyat ialah memecah-belahkan hubungan sesama Melayu serta menimbulkan konflik antara kaum di Malaysia".

7 comments:

  1. Wow! memang orang akan kenang B.A.B.I. ini selama-lamanya sebagai pemecah belah masyarakat dan Raja Liwat.

    ReplyDelete
  2. Teringat kepada perbualan penulis dan cacing merah mengenai serangan waktu subuh. By the way, cacing merah macam tak berminat main boling je.....

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua...
    ayat den pulak: umno BAPAK PENDERHAKA raja raja melayu.

    ReplyDelete
  4. hehehe. ano atas ni dah paneh.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  5. paneh sobab tuh dia tak berani guno nick eddie...maklumlaaaa eddie pengurat pompuan yg tak laku:P
    miahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. Hehehe, berderet anon.. macam-macam ada! (macam iklan astro). Tahniah PM dan semua warga N9 atas pertabalan YDPB baru yg sangat saya hormati & sanjungi..

    ReplyDelete
  7. Saya hanya nak bagi ingatan:

    Orang yang mengumpat atau memfitnah tak akan masuk syurga tau....Tsunami sekarang dah menyerang negara paling moden dan paling selamat sistem kawalan negaranya tau...tapi apa dah jadi..negara tu hampir hancur...semua penduduk negara tu dah tak hirau dahhh masalah dunia, semua nak selamatkan nyawa dan berusaha nak makan untuk hidup ...jadi ingat2 sama pembalasan Allah. Dahsyat balasanNya.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Blog Archive