Seperti yang telahpun kita ketahui Mohd Ali Rustam berserta 14 orang lagi ahli Umno telahpun disabitkan bersalah kerana politik wang manakala 14 yang lain didapati tidak bersalah.
Apa yang menjadi persoalan ramai ketika ini ialah walaupun Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin didapati bersalah kerana melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, hukuman yang diterima oleh kedua-duanya jelas amat berbeza sama sekali di mana Ali Rustam tidak layak untuk bertanding di dalam pemilihan Umno sedangkan KJ hanya dikenakan amaran.
Analogi yang diberikan oleh Ahmad Rithaudeen ialah Ali Rustam dan KJ kedua-duanya didapati bersalah kerana membunuh dengan bukti-bukti yang kukuh di bawah seksyen dan akta yang sama, tapi bagaimana pula seorang di dapati bersalah dan dihukum mati manakala seorang lagi didapati bersalah tetapi tidak dikenakan hukuman mati. Tidak kiralah sama ada 'strongly involved' mahupun 'not strongly involved' pada dasarnya kedua-duanya tetap terlibat.
Seolah-olah ada 'double standard' di dalam keputusan ini kerana ada mangsa yang dijadikan sebagai kambing hitam. Selepas ini seharusnya ada tindakan susulan daripada SPRM kerana mereka telahpun disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno dan mereka yang didapati bersalah ini perlu diarahkan atau diminta bercuti bagi memudahkan siasatan SPRM. Apa pula alasan yang akan diberikan oleh para pemimpin tertinggi Umno yang lain?
Kenapa tiada parti-parti lain yang mengikut jejak Umno? Apakah Umno nak jadi seperti Pak Kaduk; Menang sorak kampung tergadai. Dek kan lonjak kopiah posuk?
Bagi aku, Lembaga Disiplin Umno tidak langsung berwibawa kerana mengenakan hukuman yang agak meragukan dan bodoh. Kalau sebelum ni Ahmad Rithaudeen begitu lantang mengatakan bahawa Pemuda, Puteri dan Wanita Umno sepatutnya dimansuhkan, tetapi bagi aku yang selayaknya dimansuhkan ialah Lembaga Disiplin Umno yang dikepalainya itu. Eloklah dia balik jaga cucu kat rumah.
Kalau beginilah hakikatnya, bersedialah Umno untuk menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil di beberapa DUN tidak lama lagi. Rakyat bukannya bodoh. Jika Umno kalah lagi selepas ini maka orang yang selayaknya dijadikan kambing hitam ialah Ahmad Rithaudeen dan ahli Lembaga Disiplin yang lain.
Maka....lu fikirlah sendiri.

Memang kelakar lembaga disiplin ni. mungkin patut ada satu lagi jawatankuasa yang memantau nya. Ataupun mansuhkan saja, buat semak je
ReplyDeleteJawatankuasa Disiplin mungkin dirasuah apabila keputusannya meragukan - elok SPRM siasat.
ReplyDeleteJawatankuasa Disiplin tidak diperuntukan sebarang kuasa untuk menjatuhkan hukuman sebaliknya sekadar siasat dan mencadangkan/rujuk kepada Majlis Tertinggi untuk membuat keputusan.
Perkara ini sengaja dielakkan untuk memastikan MT tidak membincangkan dan membuat keputusan hukuman yang lebih berat.
KJ diselamatkan dan terhutang budi pada Najib.
Salam,
ReplyDeleteKalau sesiapa yang tengok astro awani, petang tadi penasihat undang-undang UMNO telah menerangkan perkara ini.
Datuk Ali digantung kerana agen direct iaitu setiausahanya yang melakukan tetapi YB KJ bukan agen direct iaitu ketua pemuda UMNO sabah yang hanya mengaku menjadi agen YB KJ.
Kalau macam ni lah penilaian Jawatankuasa Disiplin bermakna saya pun boleh mengaku menjadi agen dan memberi wang bagi pihak calon tersebut untuk menganiayainya.
T. kasih
Teman amat-amat bersetuju dengan idea dan cadangan mike ni. Memang nampak sesangat LDU 'double standart', walaupun yang beri rasuah tu orang yang berbeze kedudukannya ... tetapi deme dihukum pada perkare yang same ... RASUAH POLITIK. Aku ghrase memang LDU ade agenda tersendiri ... dulu suruh kedua-dua sayap termasuk PUTERI dimansuhkan... ni alamatnye Tengku nak hancurkan Umno. Dalam keadaan ini takkan le SPRM nak diam diri... nanti SPRM akan digelo 'Double standard' sebab ape.. bile oghrang PR buat, cepat-cepat deme siasat (cthnya di P.Pinang : walaupun tiada direpot kepada SPRM). Kalo macam tu ape akan jadi yek? Ramei pemimpin Umno akan diseret ke mahkamah ... ate ape jadi dengan pemilihan di Bahagian dan Cawangan dulu ... SAHke? Kalo tak sah ... Perhimpunan UMNO kali ni pun mungkin tak sah. Kome ingat yang kene tindakan tu pulak akan berdiam diri? Alamat peristiwa 1988 akan berulang. Mungkin Najib akan tubuh Parti baru yang namanya UMNO (baru-baru)untuk buang segala perasuah-perasuah macam Tun buat dulu... sentiasa berpikio
ReplyDeleteKepada ROSHATIKA,
ReplyDeletePenasihat Undang-Undang yg namanya Dato' Hasfarizam tu di bayar retainer fees setiap bulan oleh UMNO.Oleh itu apa saja LD buat dia akan jadi macam burung kakak tua mengiakan sahaja.
Dulu pernah dia bagi legal opinion tentang individu yg didakwa oleh SPRM tapi masih belum di dapati bersalah, dia kata masih boleh bertanding utk jawatan dalam umno.katanya " Everyone is innocence until proven guilty".Tp lepas mesyuarat Pengurusan,dia kata x boleh bertanding pulak.Pirah!! Keadilan yg boleh dijual beli!
aku sokong TAR dah patut retire dan jaga cucu kt rumah. All decisions by LD appeared to be inconsistent and ridiculous! Aku rasa TAR dulu blaja law kat India,keputusan belit2.
Perkara 10.1 Tataetika itu adalah mengenai anggapan kebersalahan kepada prinsipal jika ejen didapati bersalah.Dah jadi ejen mesti ada prinsipalnya. Dlm kes ini KJ di dapati bersalah kerana wujud bukti ejennya melakukan kesalahan. Oleh itu sah bahawa KJ salah.Persoalannya kalau dia salah kenapa dia diberi amaran sahaja tapi Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding. Bukankah ianya suatu perkara yang tidak konsisten?Al Rustam pun sama,kantoi sebab ejennya kantoi.
Tahu, LD boleh bagi jenis hukuman yang berbagai dan ini dibenarkan oleh Perlembagaan UMNO. Tapi genre kesalahan sama, fakta kesalahan hampir sama,kenapa hukumannya x sama?
Kredibiliti LD dan UMNO adalah diragui.....
ha ha ha..lagi puak yg 'cintakan' rasuah..patutnya yg bubar UMNO..bukan LDU..syabas LDU..wajarnya lepas siasat dan jatuh hukum terus susulkan pada SPRM..dan Polis..lagi baik!
ReplyDelete