Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Sunday, March 29, 2009

Arahan KDN Diperlekeh

Walaupun permit Harakah dan Suara Keadilan telah digantung selama 3 bulan, namun mereka tetap berdegil untuk terus menjual newsletter parti pembangkang itu di tempat awam. Gambar Suara Keadilan di atas diambil pada 28 Mac 2009, jam 6.45 pm di sebuah stesen minyak Petronas di kawasan Salak. Jelas bahawa arahan KDN itu telah diperlekehkan oleh Biro Penerangan PKR serta pemilik stesen minyak tersebut. Apa pula tindakan KDN selepas ini?

13 comments:

  1. KDN AKAN TUNGGU ARAHAN umno UNTUK BUAT TINDAKAN TEGAS.

    ReplyDelete
  2. ala paneh, ko ni macam la tak kenal perangai bebal pembangkang tu...

    ReplyDelete
  3. tu lah rupo eh guru ekau orang, dulu abah eh suruh belajar kek um tu, tapi leko bodemo jo yang kau tau. konon eh ado orang mati tak makan nun kek kodah na.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa tindakan KDN terlalu keras, dan dari segi strategi, ia memudaratkan BN / UMNO.Biarlah orang baca dan buat tafsiran akan kesahihan berita di akhbar2,samada akhbar pro-kerajaan atau anti-kerajaan.Kalau berita yang tidak benar disiarkan atau kalau ada berita yang terlebih sudu dari kuah, pembaca sendiri akan naik meluat dan akan berhenti dari membacanya.

    ReplyDelete
  5. Bukan Suara KeAdilan,

    Suara Fitnah.

    ReplyDelete
  6. Pertama=Aku setuju..jika sesuatu akhbar tersebut buat fitnah dan laporan tak betul, lamakelaman orang meluat dan tak baca..tetapi pengikut totok ni lain sikit..kalu surat kabar tu kata kencing mereka akan ikut kencing..
    Kedua = Ini menunjukan sesuatu penguatkuasan itu "HANGAT_HANGAT TAHI AYAM" sebab itu juga kita boleh tengok banyak pendatang haram, orang melayu p main judi, Kedai CD haram belambak..budak beli mercun haram..macam, d Perak/Ipoh..Depa ni cakap je lebih.., Perjuangan juga hangat-hangat tahi ayam.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Bukan degil tetapi ingin memberitahu kebenaran kpd rakyat, dimana hak demokrasi yang di war2 kan oleh umno???

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Umno perlu mematangkan diri dalam menongkah arus moden berpolitik, lihat amerika setelah parti Obama menang mereka terus memikirkan bagaimana untuk membantu rakyat, bukannya berfikir bagaimana untuk merampas negeri pakatan rakyat...jika pihak umno tidak memulakan isu ini dan memberi peluang kepada PR memerintah dgn aman saya kira umno masih boleh berjaya menambat hati rakyat malaysia....

    ReplyDelete
  9. fitnah? yang sebetulnya umno takut banyak lagi rahsia sulit pecah.utusan dan berita suratkhabar malaikat ko? lagi disekat lagi meluap org nak tahu apa cerita disebalik sesuatu isu...TV3 kalau dah dasar penakut..kalau real jantan lawan di atas padang rata...diorang x da saluran TV, cuma tulah saluran yg ada. itupun dah gigil..sapa yg terkena paneh miang? kau ke paneh?

    ReplyDelete
  10. biaso lah ni fitnah lawan fitnah tak gitu paneh elok lah tu torus bergolok tu biar smpai PRU 13 nanti

    melayu boleh

    ReplyDelete
  11. Kenapalah bebal sangat penyokong PR ni. Siapa yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat?

    Dah sendiri punya orang (2 PKR dan 1 DAP) yang keluar parti sebab dah tak setuju dengan cara PR memerintah, kenapa nak salahkan BN/UMNO. Mereka hanya berhijrah dari yg buruk kepada yg baik, salah ke?

    ReplyDelete
  12. Puak-puak ini pulak tak tahu bahawa setiap akhbar ada syarat-syarat sebelum dibenarkan terbit dan dipersetujui oleh tuanpunya..tetapi akhbar-akhbar ini suka menyalahi perjanjian.."Seperti juga kaum Yahudi" yang suka memungkiri perjanjian..Mentelahan lagi Fitnah adalah sumber utama berita (aku memang selalu baca harakah) kadang-kadang ngeri... Ingat satu fitnah akan jadi satu sistem Piramid..Tak takut dosa ke??? Kalu d lihat Akhbar harakah dah x de cerita pasal PAS..semua cerita parti lain..dan ini menunjukan PAS mungkin akan berkubur ke??

    ReplyDelete
  13. shasha2020...awtlah hang bengap sgt....hang kata 2 katak tu melompat dari tempat yg teruk ke tempat yg baik.....hang tak tahu ka..yg dia org tu ade kes rasuah.....jadi depa rase lebih selamat....duduk kat tempat yg mane geng2 perasuah duduk dari duduk dlam PKR.....kan najib dah janji nak settle kes dia orang....biasaklah die bapak segala rasuah.....die peduli ape..altantuya pun die bunuh sbb tamak sgt komisen....nak makan sorang.....jadi melompatlah dua katak tu ke Kapal BN yg dah senget tu....hingga...Be eNd....

    ReplyDelete

Blog Archive