Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 16, 2009

PPSMI LAGI

Kenyataan mantan PM, iaitu Dr Mahathir berkenaan PPSMI perlu direnung dengan hati yang terbuka. Walaupun kelihatan seperti beliau mempertahankan dasar tersebut kerana beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar PPSMI, namun terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih menggangap PPSMI telah membelakangkan Perlembagaan Fasal 152 berkenaan Bahasa Kebangsaan. Harus diingat bahawa bahasa merupakan tunggak kemajuan bangsa dan perpaduan rakyat. Manakala PSSMI pula adalah alat untuk rakyat Malaysia mengorak langkah agar bertambah maju dalam pelbagai bidang.

Bahasa Inggeris perlu diterima hakikat sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai cabang pengetahuan dan merupakan antara bahasa lingua franca. Malahan negara China yang merupakan gergasi baru dalam ekonomi dunia juga turut menggalakkan rakyatnya mempelajari Bahasa Inggeris dan ia juga menjadi dasar negara Korea. Difahamkan bahawa perkembangan ilmu di dunia ini sentiasa berubah setiap jam dan kederasan perkembangan ilmu ini mustahil untuk kita terjemahkan dalam masa yang singkat ke dalam bahasa kita. Lihat sahaja berapa banyak istilah ilmu baru yang telah berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu?

Kita harus berfikiran lebih positif dalam pelaksanaan PPSMI kerana dasar ini amat baik untuk rakyat sebenarnya. Barangkali hanya perlaksanaannya sahaja yang mungkin bermasalah. Masalah utama ialah guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains kelihatannya masih mempunyai kelemahan dalam menguasai bahasa Inggeris. Namun guru-guru juga perlu belajar untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Takkan lah guru juga malas nak belajar bahasa Inggeris? Guru sewajibnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu menjayakan dasar PPSMI ini. Tanggungjawab ini jika dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa wujud perasaan berbela-bagi, pasti akan menjadi salah satu elemen dalam membantu negara ini mencapai taraf negara maju 2020. Sasaran kita sebagai sebuah negara maju ialah mempunyai rakyat yang maju dalam pelbagai bidang termasuklah emosi, intelek, rohani dan juga sahsiah.

Saya amat bersetuju dengan pendapat mantan PM kita iaitu Dr Mahathir yang menyatakan bahawa tidak luntur semangat keMelayuan jika kita belajar bahasa Inggeris. Kebanyakkan yang menentang PPSMI ini hanya menjadi alat pihak tertentu untuk mencapai agenda politik masing-masing. Melayu dengan agenda Melayunya....Cina dengan agenda Cinanya...India dengan agenda Indianya. Hairan juga apabila ramai yang kelihatan menentang PPSMI ini terdiri dikalangan pemimpin yang majoritinya berpendidikan Inggeris.

Saya percaya bahawa dasar PPSMI ini adalah semata-mata untuk kemajuan generasi akan datang. Jika benarlah PPSMI akan dibubarkan pelaksanaannya, maka sudah pasti negara ini akan kembali mundur ke belakang dalam pelbagai bidang ilmu. Kita harus akur bahawa kemajuan dan perkembangan ilmu dalam bahasa Melayu amat perlahan jika dibandingkan dengan kemajuan cabang ilmu Inggeris dan pasti ianya akan terus meninggalkan kita jika kita masih lagi lena dengan mimpi indah umpama mat jenin.

5 comments:

  1. salam,

    saya memang sokong sangat..tq

    ReplyDelete
  2. apa salahnya dilaksanakan demi kepentingan dan masa depan nak bangsa kita sendiri.. bahasa melayu kita julang tp penguasaan bahasa inggeris perlu kerana itu bahasa ilmu.. kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi.. cuba yg bertelagah ni, buang sekejap pehaman politik masing2 dan fikir secara realiti.. jgn sebab nak menjulang bahasa kononya sempai tergadai masa depan pewaris bangsa dan negara.. hanya pandangan peribadi..
    salam.

    ReplyDelete
  3. alah, bukannya semua subjek pelajar kita belajar dlm english......

    -huhu-

    ReplyDelete
  4. Kepimpinan kerajaan hari ini amat pupus dengan pemimpin yang 'vokal' untuk mempertahankan sesuatu isu dan inilah keistimewaan Tun dalam melaksanakan sesuatu dan mempertahankanya dengan penuh berilmu, serba tahu dan berhemah berbanding dengan paklah yang sekadar 'saya mahu perkara ini diselesaikan' - hujah dangkal dan dungu.

    Melihat senario semasa, kepimpinan UMNO diketuai Najib di masa akan datang dijangka terus mempertahankannya dengan beberapa penyesuaian dan di harap jika Muhyiddin terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO beliau juga dapat melembutkan suara UMNO Johor yang begitu ghairah mahu PPSMI dihapuskan.

    ReplyDelete
  5. pelik betul... dalam orang lain di seluruh dunia sibuk terus menggali dan mempelajari sesuatu yang lebih sukar, kita di sini cuba berundur dengan mengetengahkan idea memundurkan bahasa Melayu dan melanggar Perlembagaan.

    Tidak hairanlah mengapa artifak-artifak bertulisan Kawi sehingga sekarang tidak dapat diterjemahkan dengan tepat oleh pakar kajipurba buatan tempatan selain terpaksa bergantung kepada arkeologis luaran walaupun Kawi adalah tulisan asal bangsa Melayu sebelum ditukarkan kepada Jawi.

    ReplyDelete

Blog Archive