Tahniah KJ di atas kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru menggantikan Dato' Hishamuddin yang tidak mempertahankan jawatannya. Walaubagaimanapun, yang menang perlu menjalankan tugas seamanah yang boleh. Jangan leko kek jawatan yo....nanti nyusahkan orang.
Berikut adalah senario pada malam pengumuman keputusan pemilihan:-
1) Hampir 90% pemerhati di luar dewan menyokong Mukhriz. Hampir kesemua pemerhati seramai 300 orang bersorak apabila ternampak kelibat Mukhriz.
2) Apabila ternampak wajah KJ di layar besar hampir kesemua pemerhati menjerit sambil mengatakan RASUAH....RASUAH....!
3) Semasa pengumuman dibuat, ramai perwakilan keluar dari dewan, semacam tidak bersetuju dengan keputusan pemilihan.
4) Apabila nama KJ disebut sebagai pemenang bagi jawatan Ketua Pemuda, ramai pemerhati diluar kecoh..menjerit..malah ada yang menitiskan air mata dan tak kurang juga mereka yang menghamburkan kata-kata kesat.
5) Rusuhan dan pergaduhan terjadi di luar dewan sehingga memaksa polis mengawal keadaan.
Saya tertanya tanya kenapa ini semua tidak terjadi semasa pengumuman keputusan pemilihan Wanita UMNO? Adakah keputusan Wanita UMNO itu menggambarkan suara akar umbi?
Sama-sama kita lihat keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Silambau dan Batang Ai.
BEGUNO KE TAK KEMENANGAN SI KJ NI NANTI.....

Assalamualaikum Anakku Paneh,
ReplyDeleteOrang Melayu Islam di Malaysia ini sama ada apa Parti pun memang ada sifat:
1. Susah nak rido akan Takdir Illahi.
2. Jealous, cemburu dan dengki.
3. Suka percaya fitnah
4. Suka cucuk orang lain benci siapa yang dia tidak suka.
5. Suka jatuhkan Pemimpin
6. Buruk Sangka sesama sendiri.
7. Taksub.
8. Cepat pelajari apa sahaja yang buruk, senang terpengaruh.
Mak Cik suka KJ menang. Berilah dia Peluang. Undian telah dibuat, kalau rasuah mesti dia menang dengan majority besar.
Janganlah dengki tidak bertempat.
Den tompang gombiro orang sonogori den monang.
Alhamdullillah akhirnya terjawab semua persoalan siapa yang menjadi pilihan pemuda umno.Dengan berkat doa seluruh pemuda umno dan pemuda pemuda khairy telah mendapat mandat untuk memimpin pemuda umno.Ini adalah satu kemenangan kepada seluruh pemuda yang mahu kesinambungan pemuda itu dapat diteruskan oleh khairy.
ReplyDeletePemuda telah menunjukan semangat SETIAKAWAN itu penting untuk membawa pemuda itu kekelompok rakyat agar pemuda itu sendiri menjadi tonggak kekuatan untuk memertabatkan agama,bangsa dan negara.
Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.
Insyaallah dengan kesekapatan pemimpin pemuda marilah kita lupakan perebutan ini kerana pemuda ada tugas yang sungguh besar dalam pilihanraya kecil ditiga kawasan nanti.
Akhir sekali marilah kita bersatu ,ibarat buang yang keruh ambil yang jernih....
kak melayuangkat..
ReplyDeleteden kek nyomborang sungai yo dh sampai ghombau. den memamg konar dak ni, hampeh!
dah kono chokup rasuah pitnah po laie. kono jd daging cincang la umno kek bukit gantang.
mat loban
8-8 sifat yg abg cakap mmg tepat ado pdo Pantet Miang. Semlm ajo aden tgk abg hentam KJ kiri-kanan belakang, kununnya sokg anak mahashit. Hari ni dah kalah bunyi mcm abg sokg anak Nogori ajo. Mcm ni boleh abg jd ahli politik mcm Ibrahim Ali katak, wuah, wuah wuah.
ReplyDeleteKalau sokong MM pun apa lah salahnya, bini MM pun arang nogori...
ReplyDeleteKJ sebenarnya terlalu rakus dalam berpolitik... itu yang akar umbi tak suka kepada beliau,,, setiap aktiviti yang KJ buat memang ramai yang datang tetapi datang kerana dapat habuan oleh KJ dengan RM dan jaminan projek... lepas tu.. dalam PRU 12 tak semua yang bersama-samaKJ dimajlis sebelum ni memilih BN.. itu yang sebenarnya berlaku...
Makcik 8:21
ReplyDeleteEden tak suko org kenogorian ni.. Eden rawo, rawo yg memadang kedepan bukan utk rawo jo..tapi yg lebih bosar melayu..
Eden tak suko lahai kenegerian ni.. buek gadoh bosar ajo.. kalau dah setan tetap setan walaupun org den...
org macam makcik ni lahai ..buek negaro kucar kacir.
x yah cakap banyak la.. kalau x sobab palor agong x monang doh kj.
ReplyDeleteCdo setuju dgn melayuangkat tetang sifat melayu tu, tetapi Cdo tak setuju dengan kemenangan Ketua Pemuda tu. Pertama pasal dia dah didapati bersalah atas politik wang, lepas tu dibenarkan bertanding...lagipun dia tidak dapat sokong sampai 50% pemuda UMNO. Dah tu susahlah orang nak ikut kepimpinannya nanti...Cdo rasa dia tak sesuai jadi KP UMNO.
ReplyDeleteSEKALUNG TAHNIAH buat pemuda UMNO kerana usaha untuk membuktikan kepada orang-orang MELAYU dan masyarakat dunia bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan dan memertabatkan amalan RASUAH didalam parti yang amat kita cintai ini telahpun berjaya.
ReplyDeleteSebagai anak MELAYU dan ahli biasa yang langsung tiada berkepentigan, rasa amat berbangga dengan langkah-langkah serta tindak-tanduk yang telah di ambil oleh LEMBAGA DISIPLIN PARTI dan para perwakilan untuk memantapkan usaha murni kita ini.
SEKALUNG TAHNIAH juga untuk LEMBAGA DISIPLIN PARTI.
HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO...
tanpa rasuah......
MATI MELAYU, MATI UMNO...
Semoga kita berjaya di 2 Bukit 1 Sungai dan meraih kejayaan besar di PRU13 kelak.
SEKALUNG TAHNIAH buat pemuda UMNO kerana usaha untuk membuktikan kepada orang-orang MELAYU dan masyarakat dunia bahawa perjuangan kita untuk mendaulat dan memertabatkan amalan RASUAH didalam parti yang amat kita cintai ini telahpun berjaya terlaksana.
ReplyDeleteSebagai anak MELAYU dan ahli biasa yang langsung tiada berkepentigan, rasa amat berbangga dengan langkah-langkah serta tindak-tanduk yang telah di atur rapi oleh LEMBAGA DISIPLIN PARTI serta para perwakilan bagi memantapkan dan menjayakan usaha murni kita ini.
SEKALUNG TAHNIAH untuk LEMBAGA DISIPLIN PARTI.
HIDUP MELAYU, HIDUP UMNO...
tanpa rasuah......
MATI MELAYU, MATI UMNO...
Semoga kita berjaya di 2 Bukit 1 Sungai dan meraih kejayaan besar di PRU13 kelak.