Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 23, 2009

PEMENANG: Mat Taib, Isa dan Khir

Berikut adalah keputusan poll yang dimulakan oleh blog ini sejak bulan Disember 2008;

1. Siapakah calon Timbalan Presiden Umno pilihan anda?

-Seramai 364 orang pembaca blog ini telah mengambil bahagian dalam undian.
-Semua sedia maklum bahawa Ali Rustam telahpun terkeluar daripada senarai calon untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana telah disabitkan bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno.
-Daripada 364 pengundi, 291 orang atau 79% daripadanya telah memilih Muhyiddin Yasin sebagai calon pilihan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada sesi Perhimpunan Agong Umno 2009 dan sekaligus dijangka bakal mengenepikan seorang lagi calon iaitu Muhammad Muhd Taib yang hanya diundi oleh 29 orang atau 7% daripada keseluruhan undian.


2. Siapakah calon Ketua Pemuda Umno pilihan anda?

-Seramai 363 orang pembaca blog ini telah mengambil bahagian dalam undian.
-Mukhriz Mahathir telah mendahului senarai pilihan Ketua Pemuda Umno dengan 273 undi (75%) daripada keseluruhan undian dan sekaligus juga dijangka bakal mengenepikan 2 calon lain iaitu Khairy yang memperolehi 59 undian (16%) dan Khir Toyo memperolehi 36 undian (9%).


Walaupun keputusan undian maya ini berpihak kepada Muhyiddin, namun dikhabarkan bahawa Mat Taib yang sebenarnya akan memenangi pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno kali ini. Ceritera mengisahkan bahawa penyokong Ali dikatakan sepakat untuk memberi undi kepada Mike Tyson atas arahan Ali. Penyokong Ali turut akan mengundi Isa Samad untuk dipilih sebagai salah seorang daripada Naib Presiden Umno.

Manakala khabar yang bertiup juga mengesahkan bahawa Khir Toyo bakal memenangi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Khir Toyo kini dikatakan mendahului senarai dari segi populariti dikalangan perwakilan berbanding 2 pencabarnya. Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman, kelicikan Khir Toyo tidak boleh dipandang rendah. Beliau tentu sudah 'masak' dengan pelbagai pertandingan untuk merebut jawatan dalam Umno jika dibandingkan dengan Mukhriz dan Khairy.

Bagaimanapun, segalanya kini bergantung kepada 'selera' perwakilan dan takdir Allah s.w.t. Manusia mampu merancang, namun Allah yang akan menentukan. Esok akan bermulanya Perhimpunan Agong Umno 2009. Kami ingin mengingatkan perwakilan Umno bahawa segala keputusan dan tindakan anda hari ini pasti akan mempengaruhi takdir kami hari esok. Selamat bersidang.

5 comments:

  1. Apa salahnya kalau Najib dapat berganding dengan Mat Taib dan KJ untuk terus menguburkan UMNO dan kita buka satu lembaran baru politik tanah air.

    ReplyDelete
  2. Kalau Mat taib menang pun ,najib akan lantik juga Muhyidin jadi TPM. Manakala KJ kalau menang akan diberi jawatan CEO Alam Flora (bahagian kumbahan).Kalau Khir toyo menang, akan dilantik jawatan menteri MITI (bahagian tempe for world).

    ReplyDelete
  3. Lagu sedih mendayu
    Puisi sayu pilu
    Merintih nasib

    Itu semua menunjukkan tahap emosi yang tebal didalam hati dan jiwa orang Melayu.

    Dan emosi juga akan memainkan peranan didalam pemilihan UMNO nanti.Tidak menjadi kejutan jika orang yang tidak ada integriti dan kurang berkemampuan akan menang.

    Bak kata kawan saya (orang putih), "The Malays always tend to go against the grain".Maksudnya, orang Melayu mempunyai tabiat membuat keputusan yang menyonsang.

    ReplyDelete
  4. ape kata buat poll lain bertajuk, Sape yg akan jadi PM, tmbalan PM, Menteri kerjaraya dan sebagai nye,, bila PR menang PRU 13, mesti hangat,,

    ReplyDelete

Blog Archive