Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, March 5, 2009

Pakar Terjemahan Diperlukan Segera

Berikut adalah terjemahan istilah teknologi komputer ke dalam Bahasa Melayu.

Hard Disk = Cakera Keras

Mouse = Tetikus

Keyboard = Papan Kunci

CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP)

Monitor = Ketua Darjah

Modem = PEModulasi, PENDemodulasi

Motherboard = Papan Ibu

Sound Card = Kad Bunyi

Sound Blaster = Peletup Bunyi

Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup

Local Bus = Bas Tempatan

VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA

Flatbed = Katil leper

www = Sarang labah-labah selebar dunia (SSD)

Daughterboards = Papan anak perempuan

*laf* = Pancutan Dakwat

Hardware - Barang Keras

Software = Barang Lembut

Port = Lubang

Server = Pelayan

Client = Pelanggan

Plug and Play = Cucuk dan Main

Joystick = Batang Gembira atau Batang Ria


Contoh ayat:-

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Apabila diterjemahkan:-

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

p/s: He he he..! Inilah natijahnya jika PPSMI dihalang perlaksanaannya lebih awal kepada generasi muda. Kami menyarankan anda membaca artikel ini untuk renungan kita bersama.

8 comments:

  1. itu lah pasal...

    tapi yang aku peliknya, institut terjemahan negara tu ditubuhkan untuk apa kalau bukan untuk membantu meningkatkan mutu penterjemahan buku2 ilmiah yang relevan dan sangat diperlukan untuk sistem pendidikan kiat ni???

    Sibuk dok terjemah buku lat, pasarkan ke luar negara...memang la bagus usaha tu untuk memperkenalkan budaya bangsa kepada masyarakat luar negara, tapi yang aula skang ni yang mana???

    sesapa yng kenal org ITNM tu tolong sound sikit...jgn dok makan gaji kerja tak buat...

    ReplyDelete
  2. Selalunyo sey masuk golak kek blog Husin Lempoyang dengan Abe Mie Terjah jo, kali ni ekau pun pandai jugak jang buek lawak kartun. Pocah porut sey golak kek ekau "direct translate" macam tu.

    Berkenaan PPSMI ni saya pun masih belum tulis apa-apa ulasan lagi tapi insya'Allah nanti akan saya tuliskan di blog saya untuk berkongsi pandangan secara logik.

    Teruskan penulisan anda.

    ReplyDelete
  3. UMNO Kono Tojomah dulu botuui2 Undang2 Tubuh Negeri Perak dik oii!!!

    ReplyDelete
  4. Malaysia; A Place where the blind can see. Aden tak pandai tojomah eh, tolong eden zaman kapal layor

    ReplyDelete
  5. Salam Bro,

    Saya telah acap kali menyentuh iosu PPSMI ini dan akan terus menyokong PPSMI dan antara yang trawal meletakkan banner PPSMI diblog saya. Yang kemudiannya diikuti oleh beberapa kawan-kawan blogger yang lain, ada yang ambil terus dan ada yang modify. Itu tak penting, tetapi masa depan dan kemajuan ilmu anak-anak kitalah yang terpenting!!! Melayu harus malu dengan India diestet yang sanggup ikat perut demi pelajaran anak-anak mereka dengan mengutamakan kelas tambahan mereka dari memikirkan kemewahan lain.

    ReplyDelete
  6. Kalau cam ni lah maso den belajar ambik diploma marhgin, tontu balik kampung noreh gotah jawab ey.. x sampai den kek afrika ni.. hahaha.. pandai che din buek lawak yo.. hahaha..

    Pado Ano 5 mac, 4.44 PM..
    kenapa nak UMNO lak terjemahkan semua tu?? kalau kita x pandai sekolah, UMNO gak salah ke?? kalau berminat nak tau dan nak berhujuh, kena ambik inisiatif belajar dan fahamkan benda tu sendirilah.. xkan berak pon org nak galikan lobang ey..

    ReplyDelete
  7. hahahaha
    tapi kalau ayat mcm ni ado tak??

    kau pakai ibu papan jonih cucuk dan main ko??

    ReplyDelete

Blog Archive