Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Monday, March 16, 2009

Di mana Melayu

Di mana boleh dicari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Di mana-mana duit rasuah pun Melayu sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja menari macam hantu
Demonstrasi juga Melayu ramai di situ

Boleh tak jumpa Melayu ramai di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada, tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa, ibu bapa atau guru
Pemimpin negara atau Raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Agaknya sampai bila kita nak tunggu,
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju?

5 comments:

  1. Good one. kena batang hidug sendiri tak?

    ReplyDelete
  2. Samat...samat...menyedihkan betul komen you ni...

    anyway paneh, good piece of work...

    ReplyDelete
  3. Salam untuk semua...
    Segalanya tu adalah hasil dari pemerintahan AmEno@Bn selama ni.konon2 AmENo pembela melayu..tapi kesudahannya menjahanamkan melayu... APO NAK D KATO??

    ReplyDelete
  4. anon 5:46

    awat lawak sangat hang punya kesimpulan? Sendiri masalah yang dicari, awat salahkan kat kerajaan? Atau pemikiran Sosialisme Komunisme sudah meresap kerana kerajaan perlu melakukan segala-galanya dan rakyat hanyalah patung yang digerak-gerakkan tanpa perlu berusaha dan berfikir?

    kalau nak menyokong mana-mana pihak pun, tak payahlah guna hujah cenggini... nasihat aku, banyakkan membaca dan tidak tertumpu pada blog-blog politik saja... takkan hang tak rajin membaca pun, salah kat kerajaan jugak kut?

    ReplyDelete

Blog Archive