Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, March 20, 2009

ISA SAMAD: TWO THUMBS UP FOR ALI

Terbaru Dato'Seri Ali Rustam menafikan wujudnya pakatan jahat untuk menjatuhkannya dalam UMNO. Beliau dengan bangga menyatakan bahawa UMNO parti yang bersih dan menyatakan kesetiaan beliau kepada parti dan hanya akan gunakan saluran parti. Inilah namanya pejuang Melayu yang tinggi integriti. Tidak mudah dimakan hasutan golongan2 picisan dan pengadu domba.

Tan Sri Isa Samad mesti gembira dengan perkembangan ini. Sekurang-kurangnya ada yang ikut jejak langkah beliau dan mengambil contoh yang baik yang beliau tampilkan tak lama dahulu. Kekal dan terus berjuang.


Tapi yang tak tahan ialah melihat penyokong2 DS Ali yang emosi tak tentu pasal. Lebih sudu daripada kuah...Kenapa? Takut kepentingan masing2 terjejas ya? Projek2 konpem banyak hilang pasni kan? Tu lah, Rasulullah dah pesan, dalam perniagaan mesti jujur dan amanah. Korang tak nak ikut...dok mengipas je tahu...sekarang baru nganga melopong semuanya. Cuma yang bagusnya untuk DS Ali, skang dia boleh tahu lah sapa yang setia dan sapa yang makan dalam...tak gitu DS Ali?


p/s: Agak2 DS Ali akan bertindak 'gentlemen' tak melepaskan jawatan MB?

5 comments:

  1. pembetulan : bukan jawatan MB, ttp ketua menteri..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya orang yang nyata-nyata pernah buat penyelewengan spt Isa itu yang dilarang dari ikut serta bertanding, kerana sudah sah beliau seorang yang pernah membuat salah. Kenapa tak dilarang?. Mana kelogikannya?

    ReplyDelete
  3. Salam sdr PM,
    Pembetulan: Ali Rustam bukan MB tetapi KM Melaka.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan bungaraya.

    Kalau dah dijatuhkan hukuman,larangan berebut jawatan sepatutnya kekal sampai bila2 pun, dan atas prinsip moral, mereka yang telah dijatuhi hukuman tidak sepatutnya menawarkan diri untuk bertanding lagi, carilah rezeki dibidang lain pula. UMNO patut melarang mereka dari bertanding sampai bila2 pun.Nampaknya saban kali Perhimpunan Agong, mereka yang yang telah terbukti hilang integriti masih juga menawarkan diri untuk bertanding.

    Dengan 4 juta keahlian, UMNO tidak ketandusan pemimpin pelapis. Beri mereka peluang menunjukkan kemampuan.

    ReplyDelete
  5. terima kasih untuk pembetulan...DS Ali sebagai Ketua Menteri...

    Maklum lah...hari Jumaat...mood lain sket ;)

    ReplyDelete

Blog Archive