Esok, Pemuda Umno Malaysia bakal menerima nakhodanya yang baru. Di sinilah segala amanah yang terletak di bahu setiap perwakilan Pemuda akan diterjemahkan melalui undi yang bakal mereka berikan pada setiap calon yang bertanding. Apa yang pasti, majoriti bahagian Umno di seluruh Malaysia telah memberikan pencalonan yang tertinggi kepada Mukhriz Mahathir, namun semua itu sebenarnya terletak kepada para perwakilan Pemuda yang bakal menterjemahkan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Seandainya kemenangan bukan kepada Mukriz, maka sudah jelas bahawa para perwakilan Pemuda yang telah dipertanggungjawabkan untuk membawa amanah daripada bahagian masing-masing telah mengkianati amanah yang terpikul di bahu mereka. Maka impian dan harapan Najib Tun Razak bagi membersihkan Umno daripada gejala politik wang hanya tinggal sebagai omongan kosong. Sudah tentu pemimpin yang dipilih bukannya mengikut majoriti pencalonan bahagian adalah seseorang yang tidak amanah kerana perwakilan yang memilihnya terlebih dahulu telahpun mencerminkan imej tersebut. Begitupun, aku rasa para perwakilan Pemuda Umno secara keseluruhannya pasti tidak sanggup untuk dilabelkan sedemikian rupa.
Desas desus yang didengar baru-baru ini telah mengatakan bahawa Khir Toyo bakal memenangi pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda Umno. Khir Toyo kini dikatakan mendahului senarai dari segi populariti dikalangan perwakilan berbanding 2 pencabarnya. Apapun aku rasa dari segi kewibawaan sudah jelas dan nyata bahawa Khir Toyo sememangnya tidak layak untuk memimpin sayap Pemuda kerana untuk mempertahankan sebuah negeri pun (Selangor) beliau gagal, inikan pula untuk mentadbir sayap Pemuda yang ahlinya adalah dari seluruh Malaysia. Dikatakan juga bahawa Pemuda tidak mahu orang yang pengecut dan mudah mengalah berdasarkan perletakan jawatan Khir Toyo sebagai Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor apabila pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut.
KJ pula seperti yang kita semua sudah maklum telahpun disabitkan kesalahan di dalam politik wang tetapi hukuman yang diterimanya tetap menjadi pertikaian. Ramai yang mengatakan bahawa KJ sememangnya dilindungi Pak Lah. Namun KJ tetap menafikannya dengan menyatakan bahawa beliau berdiri di atas kakinya sendiri dan mempunyai ciri pemimpin Pemuda yang berpengalaman membantu jentera-jentera pilihanraya kecil di beberapa kawasan Dun dan Parlimen. Kenyataannya itu secara tidak langsung mencerminkan kredibilitinya yang mampu membawa sayap Pemuda bagi membantu parti menghadapi pilihanraya pada masa hadapan.
Mukhriz pula dikatakan menjadi calon pilihan kerana rasa hormat orang ramai kepada bapanya, Tun Mahathir. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Walaubagaimanapun, isu yang ditimbulkan berkenaan Mukhriz ialah keupayaan dan gaya kepimpinannya belum lagi benar-benar teruji. Sungguhpun begitu, beliau tetap mendapat pencalonan yang tertinggi daripada bahagian-bahagian Umno seluruh Malaysia yang merupakan petunjuk jelas harapan dan impian yang tinggi dari peringkat akar umbi.
Kesimpulannya, sesiapa sahaja yang bakal menerajui Pemuda Umno bermula esok secara tidak langsung membawa imej kepada perubahan yang cuba dibawa oleh UMNO. Mungkin ramai yang berharap para perwakilan Pemuda dapat membuktikan keikhlasan dan kejujuran mereka di dalam melaksanakan amanah yang mereka bawa. Seperti biasa, lu fikirlah sendiri.

Tiada yg lebih buruk dari bangsanya dijajah oleh bangsanya sendiri. Ceramah pilihanraya di tembak water canon dan gas. Surat khabar pembangkang di haram. Jaws beasar di lepas spt kes Perwaja zaman rasuah sifar. Rekod imigresen di padam. lapuran masih dara ditolak. Ini lah yg dikatakan emokrasi terpimpin spt di kata oleh allahyarham AR Tompel dan Mantan Mahakhinzir. Tapi tak apa kita bersatu kita bersatu nyayian lagu karat biru seluar tongkang mari.
ReplyDeleteapa lak ar tompel yg cakap demokrasi trpimpin. tarak tgk 3 abdul ka. mangkuk punya ano.
ReplyDelete