Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 22, 2009

MB PERAK: Gugurnya Yang Bathil

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." sahut Abu Hanifah.

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-Dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.


"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!", jelas Abu Hanifah.


"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.


"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.


"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.


"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam!!! Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.


"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya. Dahri dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat, Mazhab Hanafi.

p/s: Nizar telah diturunkan ke bawah mimbar (kuasa), manakala Zamry yang berhak telah ditakdirkan Allah untuk naik ke atas mimbar (kuasa). Redhalah dengan qada' dan qadar Allah Yang Maha Esa.

46 comments:

  1. Betul tu.....qada dan qadar hanya dr Allah punya kuasa...namun untuk kearah itu, kita harus berusaha dahulu, dan sblm pertimbangn qada' dan qadar maka org yg menghakimi memandang pelbg spektrum, maka spekturm yg tidak menunjukkan keadilan dan menjulang keadilan itu yg menjadi pegangan hakim...lalu jatuh lah qada' dan qadar yg mana qada' dan qadar itu ditentukan sendiri olh sang hakim !!!!..itu lah kisahnya, yg sudah diduga akan "KEADILAN" dlm menentukan qada' dan qadar manusia olh sang hakim di negara ini....

    ReplyDelete
  2. ADA HIKMAH DISEBALIK KEPUTUSAN HARI INI.KURNIAAN ALLAH HANYA PADA YANG HAK.SYUKUR ALHAMDULLILLAH BERKAT KESABARAN DENGAN BERSERAH KEPADA YANG EMPUNYA ,ITULAH KEJAYAAN KITA....SAMA SAMA KITA LAKUKAN SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA SEMUA.....SALAM PADA SEMUA BLOGGER YANG TIDAK KENAL ERTI JEMU UNTUK MEMPERJUANGKAN KEBENARAN...INGAT...KEMENANGAN BUKAN UNTUK BERGEMBIRA...TAPI UNTUK TERUS BEKERJA MENABUR KERINGAT BAGI MEMPERKASAKAN RAKYAT...INSYAALLAH KEJAYAANN AKAN MELIMPAHI BN KESELURUHANNYA..AMIN

    ReplyDelete
  3. Tolong bantai dr. tak sedar diri ni. Perasan!

    Ni ha blog dia.

    http://docpearl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. yg benar dah berpihak. moga ada hikmah dan pengajaran.

    ReplyDelete
  5. sejarah hang tu belom tentu sahih.
    Siapa Hak dan siapa yang batil.
    Ludah kelangit jatuh kemuka hang sendiri.

    ReplyDelete
  6. AHMAD ALBAB KATA :
    sejarah hang tu belom tentu sahih.
    Siapa Hak dan siapa yang batil.
    Ludah kelangit jatuh kemuka hang sendiri.

    AKU KATA PULAK :

    Memang betul saudara Ahmad Albab...anda betul2 betul....siapa yang berada pd landasan yang betul lg benar akan sentiasa dizalimi dan ditindas...ya lah..Nabi membawa dakwah kebenaran yg maha betul tidak lari dr penindasan, namun akhirnya kebenaran juga tersebar ke saentero dunia kini...syabas Ahmad Albab...

    Bg aku...apa nak dihairan kan dgn keputusan Zamry menang dlm kes rayuannya...tiada apa yang hairannya...tetapi ianya adalah lebih mengherankan ada lah...apa nak dihairankan bro, hakim bisa diatur, dan keputusan hakim juga sudah dicatur begitu pak!!!..kronologi rayuan zamry juga sgt mengundang beribu persoalan dan amat jenaka sekali yg sudah dijangka begitu keputusannya.One malaysia sudah tahu dan kenal siapa hakim yg membenrkan rayuan zamry.!!!!.....aku lebih hairan bila hakim tidak bisa diatur dan keputusan hakim juga enggak bisa dicatur, kok gitu ya....memang tepat sabda junjungan 2 dr 3 hakim akan dibenam dlm neraka....(sekadar gambaran sahaja...)

    ok berbalik kpd "judgment decision" juga menimbulkan persoalan yg hanya mengundang teka-teki yg lbh parah...ok...ok...kpd pihak yg menang..usahlah gelojoh bebeno, usahlah ganas sgt, usah jd monyet pulak,usahlah takbur,usah lah senang hati, usahkan ego, usahlah sombong, usahlah riak, usah lah gumbira kerana hari ini anda suka, esok PASTI anda akan menangis selamanya....PASTI....COMPULSORY...mahkamah
    rakyat, hakim rakyat adalah sebenar-benarnya hakim yg keputusannya TIDAK BOLEH DIRAYU olh zamry lg....hanya zamry sahaja tak henti2 merayu pd rakyat ini...hakim yg bijaksana yg bukan beruk!!!

    walauapa pun TAHNAH kpd DS Nizar krn memfailkan rayuan anda, sila bertindak segera.....!!!

    ReplyDelete
  7. hoi anon 10:13 pergi mampos la kau dengan nizar babi tu,,,, memang babi la kau ni

    ReplyDelete
  8. ANON KATA :

    hoi anon 10:13 pergi mampos la kau dengan nizar babi tu,,,, memang babi la kau ni

    AKU POST :

    KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DIATUR?

    Posting saya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

    Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

    Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.

    Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

    Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini? Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

    Tiga atau lima atu tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan.


    Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

    Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya.

    ReplyDelete
  9. STATUS MB : NIZAR KEMUKA RAYUA, KRISIS BELUM BERAKHIR

    PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

    Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

    Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

    Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

    "Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

    "Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

    Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

    Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

    Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

    ReplyDelete
  10. NEGARA KITA MEMPUNYAI HAKIM LUAR BIASA DENGAN KEBOLEHAN LUAR BIASA

    Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa
    Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

    Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

    Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

    Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

    Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.

    Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

    Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

    Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. .

    Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

    Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak.

    “Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

    Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik.

    Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

    Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

    Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. TANPA UMNO/BN, MALAYSIA AMAN DAN MAKMUR

    Maka hari ini terbuktilah pada seluruh rakyat Malaysia akan 1 perkara yang selama ini tak terlihat oleh ramai orang kebanyakan dan jugak orang-orang atasan.

    Aku berada di Penanti sejak dari subuh tadi seawal jam 1 pagi lebih kurang. banyak tempat aku ronda. boleh dikatakan seluruh DUN Penanti aku pusing dengan geng-geng blogger dan apa yang kami lihat jelas dan terang.

    Sejak dari subuh tadi, langsung tak ada langsung kekecohan, sikit pun tak dak insiden kalut macam yang selalu berlaku dalam pilihanraya baik DUN mahupun parlimen macam yang lepas-lepas.

    Kali ni aman damai, DUN Penanti cukup-cukup tenang tanpa kehadiran UMNO/Barisan Nasiyonal. kalau tak percaya, korang bukaklah mana-mana blog baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro UMNO/Barisan Nasiyonal dan korang carilah blog mana yang ada laporkan kejadian kekecohan di Penanti.

    Sebab apa jadi tenang?

    Sebab UMNO/Barisan Nasiyonal tak de kali ni. tanpa UMNO/Barisan Nasiyonal, anggota-anggota PDRM boleh bersenang-lenang, baik SB, JSJ, FRU, UTK atau mana-mana unit dalam PDRM bertugas dalam keadaan bersenang-lenang hari ni. rata-rata sangat-sangat santai hari ni.

    Tak perlu kejar sana-kejar sini.

    Air dapat dijimatkan, minyak dapat dijimatkan, tenaga dapat disimpan. Rilex...

    Sebab apa jadi lagu ni?

    Sebab UMNO/Barisan Nasiyonal tak ada.

    Jadi dari apa yang kita lihat dan berlaku hari ini, jelaslah selama ini yang menimbulkan kekecohan ialah UMNO/Barisan Nasiyonal, bukan Pakatan Rakyat. bukti dah jelas dan nyata.

    Maka dengan itu, dengan melihat pada apa yang berlaku hari ni, eloklah kita sama-sama membuat satu persepakatan demi keamanan negara Malaysia yang tercinta.

    Tolak UMNO/Barisan Nasiyonal secara total dalam PRU-13 nanti. tanpa UMNO/Barisan Nasiyonal di Penanti, dah terasa betapa amannya kehidupan. tu baru di Penanti. kalau UMNO/Barisan Nasiyonal tak de terus di Malaysia macam mana?

    Aku yakin Malaysia akan lebih aman, damai dan makmur tanpa UMNO/Barisan Nasiyonal di Malaysia.

    Korang tak nak ke hidup aman, damai dan makmur?

    Kalau nak, bulatkan tekad, tolak UMNO/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti..!

    Tak percaya ke? korang tanya sendiri la sape-sape yang ada di Penanti hari ni.

    ReplyDelete
  13. TANDA JELAS UMNO/BN AKAN BERKUBUR

    [kemaskini] Pilihan raya kecil DUN Penanti akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, Dr Mansor Othman dan tiga calon bebas, Aminah Abdullah, Naikhan Air dan Kamarul Ramuzi. Seorang lagi calon bebas, Mohd Seberi Othman ditolak kerana masala teknikal.

    Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang turut sama berada di temnpat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR, calon PKR Dr Mansor bakal memperolehi kemenangan besar.

    Katanya mungkin majoriti lebih besar daripada pencapaian PKR dalam pilihan raya lalu di DUN berkenaan. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mohamad Fairus Khairuddin memperolehi kemenangan dengan majoriti sebanyak 2,219. Manakala ditanya mengenai alasan UBN tidak bertanding, kata Zaid, budak-budak kecil pun suka mendengar alasan UBN itu.

    TINDAKAN UBN untuk tidak menyertai pilihan raya kecil Penanti hari ini memberi senario baru dalam politik dan sekaligus memberi isyarat seoah-olah UBN akan lenyap dari bumi Malaysia ini. Walaupun tindakan itu dianggap sebagai bijak namun ia memberi kesan lain apabila suasana yang terpamer di pusat penamaan calon sebelum ini sudah tiada di Bukit Mertajam pagi ini.

    Pagi ini ketika ribuan para penyokong Pakatan Rakyat bergerak ke pusat penamaan calon mengiringi calon mereka Dr Mansor Othman ke IKBN Bukit Mertajam dengan penuh bersemangat sambik menjujung bendera, membawa kain rentang dan sorakan, UBN yang selama ini menjadi parti harapan bangsa seolah sudah lenyap. Suasana seakan sudah diambil alih sepenuh oleh Pakatan Rakyat.

    Suasana di tempat penamaan calon yang sebelum ini meriah dan penuh ketegangan setiap kali kehadirian UBN dalam pilihan raya kecil juga tidak wujud lagi. Sedikit sebanyak tanpa UBN pilihan raya tidak meriah dan Pakatan seolah tidak berani lagi untuk ditentang.

    Mereka yang suka kepada provokasi, sorak menyorak, caci menyaci juga terasa pilihan raya kevcil Penanti ini tawar dan hambar saja.

    Mungkin kerana ingin memeriahkan dan menampakkan penamaan calon itu hidup menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat membina dua kumpulan, satu berada di bahagian kanan tempat penamaan calon itu dan sebahagian lagi di bahagian kiri.

    Seluruh kawasan penamaan calon itu dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun ada calon bebas yang mungkin direstui oleh UBN namun ia tenggelam dalam banjiran penyokong Pakatan Rakyat. Bendeara PKR berlambang mata, bendera Pas bulan purnam dan DAP roket menakluki setiap ruang. Manakala tidak ada satu pun bendera BN atau Umno yang berlambangkan keris telanjang.

    Melihat situasi ini menyebabkan timbul persoalan, apakah wajar UBN bertindak demikian? Dengan tidak menyertai pilihan raya itu menyebabkan tiada lagi bendera, atau jeritan hidup Melayu bergema di persekitara pusat penamaan calon itu. Apakah kesunyian suasana dengan jeritan tradisi itu menandakan UBN akan berkubur tidak lama lagi? [penanti 10: 00 am 23/05/09]

    ReplyDelete
  14. Ano-ano kat ateh ni pemikiran mereka telah dicemar dengan virus B.A.B.I. Cakap pun tak rasional.Pasal BN tak letak calon tanda BN nak berkubur. Pegi dah!

    ReplyDelete
  15. Apa yang terjadi ini sememangnya adalah kehendak Allah, ini adalah kerana, Allah akan memberi izin keatas 2 perkara iaitu yang baik dan yang buruk. sekiranya mereka berusaha untuk berbuat jahat kepada yang baik, mereka akan mendapat keizinan juga, akan tetapi segala perbuatan itu tidaklah Allah halalkan sekiranya ia bertentangan dengan ajaran islam.Walaupun kadang2 orang buat salah lebih berjaya daripada yang buat baik, itu semua adalah ujian pada hambanya yang beriman padanya. jadi jika kita menggunakan kaedah yang kotor sekalipun Allah akan mengizinkan juga, kerana manusia itu bersungguh-sunguh melakukannya. dan ingatlah setiap perbuatan yang salah dan bertentangan dari syariah akan tetap mendapat balasan daripada Allah kelak. Inilah kerja orang yang pandai ugama dalam umno cuba membuatkan orang menjadi sangsi dan keliru dengan fakta mereka. Apa yang mereka perolehi itu pada mereka adalah satu kemenangan, tetapi yang sebenarnya adalah saat kehancuran sedang menanti mereka, itulah yang mereka tidak nampak. Kepada yang berjuang untuk menumbangkan BN diharap bersabar dan redha dengan keputusan tersebut. Orang umno hanya memikirkan kuasa yang ada hari ini sahaja, tetapi kita hendaklah menyusun srategi disaat mereka dibuai mimpi2 indah dengan keputusan tersebut untuk merampas malaysia dari BN pada pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  16. Jelaslah......

    Bukankah benar tlh dikatakan bhw jika sesuatu yg menguntungkan dipihak PR akan adillah keputusan hakim dan mahkamahnya. andai tidak memihak walaupun terdapat 3 hakim yg menghakimi makanya luar biasalah hakim dan mahkamah itu. keputusannya memualkan, terdapat konspirasi tertinggi dsb. sebut pasal konspirasi teringat momokan tahun 1999 bhw berlaku konspirasi tertinggi penjatuhan TPM pd waktu itu. yg terlibat dlm konspirasi ialah PM, Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Hakim Mahkamah dah semuanya institusi kerajaan. blh dibayangkan bertapa ramainya org yg terlibat dlm konspirasi itu. agak2 senang ke nak konspirasi dgn penglibatan ramai org? yg perlu dipastikan semuanya sehati, sejiwa dan sekepala.

    Siapa yg menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kpd institusi kehakiman? siapa yg menyebarkan fitnah mengatakan bhw keputusan hakim tidak adil dan tepat? makanya adakah institusi kehakiman yg tidak adil atau penyebar fitnah yg tidak adil?

    kita tunggu pula slps ini permainan wayang pihak PR. jgn mudah cepat membuat keputusan sblm berfikir dgn waraas gunaka pertimbangan akal bukan pertimbangan nafsu.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  17. Mulai sekarang yg di Peruan Agong boleh pecat PM bila2 masa, Queh Queh Queh

    ReplyDelete
  18. Tak usah berhujah panjang dengan penyokong UMNO kerana mereka memang dah bebal toghut fanatik out habis. Budak UITM Dip In Law tergelak terbahak2.

    ReplyDelete
  19. Suku Sakat DachingMay 23, 2009 at 9:50 PM

    Yg hak tetap hak yg batil tetap batil. Yg batil dan dah sah adalah Awang Bathil Zambry, meloya aku tgk muka awang bathil ni, gelap.

    ReplyDelete
  20. Wa hakim beb Jgn marah beb wa gaji makan juga beb.

    ReplyDelete
  21. Sejiwa dan sekepala shit

    ReplyDelete
  22. Memang celaka bangsa Melayu dlm ni.Tak sedar lagi ke,yg duk protes nak bubar Dun cina-cina DAP.Hari2 duk buat demontrasi dari Penang hingga ke KL sampai Kuching.Cina-cina DAP ni yg terasa sangat hilang kuasa kat Perak.Cina-cina ni jugalah yg mengajar bangsa Melayu yg tak sedar diri menderhaka kepada Tuanku Sultan.Celaka ni duk tepuk tangan kat belakang kerana berjaya memecah-belah org Melayu Perak.Sedar tak bila Pilihanraya semula kat Perak org Melayu terpecah dua tetapi org Cina semua sokong DAP sbb menguntungkan mereka kerana dapat geran tanah kekal dan pajakan tanah 999 tahun.Sedarlah sikit bangsa Melayu yg ada kat blog ni.Jgn kerana taksub dgn parti poltik masing2 sampai tergadai bangsa sendiri.

    ReplyDelete
  23. Melayu mualap insapMay 23, 2009 at 10:46 PM

    Wa org islam beb, wa ikut ajaran islam beb, yg hak kato hak, yg bathil kato bathil beb. Wa takleh hiporit mcm sesetongah melayu islam beb. Hari ini dlm sejarah beb, penghakiman tak bertulis beb, paneh tak paneh beb, cumonyo terkilan dan malu beb pado sedaro cino yg bukan nya islam tapi mendokong yg hak beb. Kito hidup jgn paksa beb, bior org segan ngan kito sbb kito hurmati ilmu, hak dan kebenaran seperti ajaran kitab kito yg suci beb. Lu pikior le sendiri beb.

    ReplyDelete
  24. SEBENARNYA UMNO DAH KALAH DLM MENANGNYA DPT JWTN MB DI PERAK. MEREKA SEBENARNYA KALAH, NAMUN PR LAH YG MENANG DALAM KALAHNYA...

    apa nak hairan? kejadian di perak ini membuka satu lg lemabaran baru kpd generasi akan datang, iaitu cicit-cicit kita 100 tahun akan datang, betapa pd masa itu agaknya politik amat berlainnan spt skrg, apa yg pastinya keputusan ini akan direkod dan di sahkan sbg ikutan dan rujukan jika ada kebersamaan kes....jika begini lah kes nya nanti, maka mana-mana PM atau MB boleh disingkirkan tanpa melaui DUN hanya jumpa sultan/raja kata pihak kami dah cukup "courum" maka jatuh lah MB/KM sedia ada..."wah mudahnya undang disepak terajang"...ini lah yg akan berlaku nanti...pasti akan berlaku.. jika kepimpinan melayu sedikit nanti maka bangsa lain akan bersatu dgn group mereka untuk menjatuhkan org melayu, maka sultan/raja tengok bangsa lain dah cukup "courum" maka sultan / raja boleh lah gugurkan MB/KM melayu tadi, tidak perlu dibuat di DUN....sebab kes ini dah dibuat rujukan ....situasi ini lah yg akan berlaku nanti...pd masa itu, maka siapa yg akan disalahkan olh cicit-cicit kita? kitalah yg disalahkan! kita itu siapa ? iaitu UMNO, kerana keegoan dan tamak halobanya maka anak cucu-cicit kita akan merana nanti...memang, UMNO lah pemusnah generasi melayu masa akan datang....harap semua org melayu sedar dan tolak lah mereka (UMNO) secara total di PRU 13 nanti....tekad kah ke azaman kita tidak memberi undi walau satu pun kpd UMNO.....tekad dan berazamlah dr sekarang...sampaikan kpd semuanya ....

    ReplyDelete
  25. Wa org islam beb, wa ikut ajaran islam beb, yg hak kato hak, yg bathil kato bathil beb. Wa takleh hiporit mcm sesetongah melayu islam beb. Hari ini dlm sejarah beb, penghakiman tak bertulis beb, paneh tak paneh beb, cumonyo terkilan dan malu beb pado sedaro cino yg bukan nya islam tapi mendokong yg hak beb. Kito hidup jgn paksa beb, bior org segan ngan kito sbb kito hurmati ilmu, hak dan kebenaran seperti ajaran kitab kito yg suci beb. Lu pikior le sendiri beb.

    Aku pulak kata beb;

    Aku tak malu apa pun sbb aku tahu Tuanku Sultan memang berhak lantik MB.Ajaran Islam ajar suruh taat pada pemerintah yg adil.Ada ke Tuanku Sultan bertindak dgn tidak adail?Nizar je yg tak faham2,letak je jawatan bila Tuanku Sultan titahkan sbb Tuanku Sultan tahu dia takdo majoriti dah.Tak tahu lah Nizar ni Islam jenis apa snggup tgk rakyat Perak berpecah belah terutama yg Melayu Islam.Nga dan Ngeh tak guna tu duk hasut si Nizar supaya derhaka kat Tuanku Sultan supaya rakyat tolak pemerintahan Beraja,selepas tu DAP leh jadi MB, kalau Islam takpe la jugak.

    ReplyDelete
  26. SEBENARNYA UMNO DAH KALAH DLM MENANGNYA DPT JWTN MB DI PERAK. MEREKA SEBENARNYA KALAH, NAMUN PR LAH YG MENANG DALAM KALAHNYA...

    aku pulak kata :

    ko tahu tak undang2 tubuh kerajaan Negeri yg ada Sultan. Selagi Sultan ada kaum lain takleh jadi MB sbb syarat jd MB mesti Islam dan Melayu.Selagi itu kita pertahankan takkan rugi cucu cicit kita akan datang.Kalau tidak MB Perak dari DAP.Aku nak tanya parti Melayu dan Bumiputra Islam yg mana bertanding di 154 Kerusi Parlimen yg memang majoriti org Melayu & Bumiputra Islam.Setahu aku UMNO je,PAS bertanding di 67 kerusi je,PKR bukan parti org Melayu dan suatu hari nanti ia juga akan jadi seperti Part Gerakan.Hanya UMNO je yg boleh jaga org Melayu dan Bumiputra Islam.

    ReplyDelete
  27. Lucunya.....

    Pemikiran sesetengah dari melayu kita dlm blog ni. Byk sungguh menunding kesilapan kpd org lain. bukan sekadar menunding kesilapan lengkap dgn dalilnya keburukan dan hujahannya.

    Hebat2.....

    Hebat memperkatakan kedajalan org, ketoghutan org, kedegilan org, kebebalan org, yg sedihnya kesemua itu dilemparkan kpd org melayu serta umat islam. sehingganya juga terlupa akan musuh melayu dan islam yg pandai bermain2 muka. terlupakah firman yg mafhumnya tidak akan redho yahudi dan nasrani sehingga kamu wahai muhammad mengikut caranya. dah sememangnya tahu musuh akan menggunakan segala mcm cara utk merosakkan islam termasuk menggunakan berpura2 baik utk mempengaruhi org islam. bukanlah bijak musuh itu tp bodohnya melayu islam itu yg lupa sejarahnya. lupa peristiwa berdarah 13 mei.

    agak2lah siapa yg hatinya buta? siapa yg hatinya gelap? siapa yg toghut pahit? siapa yg x blh berfikir dgn waras? siapa yg bodoh membuat pertimbangan? siapa yg tlh dibentangkan kebenaran tapi tidak mahu menerimanya dgn hati yg terbuka?

    Fikir-fikirlah........dan insafilah.....

    ReplyDelete
  28. Watch and read mohammed t-shirt art from Sweden at,
    http://www.mohammedt-shirt.com
    Please read in English.

    ReplyDelete
  29. Malaysia dah sah negara islam, mulai skrg, agung ada kuasa pecat PM. Syukur perjuangan sudah selosai kato Mahakhinzir.

    ReplyDelete
  30. Penanti, terukir sejarah kebaculan UMNO, kuang3x.

    ReplyDelete
  31. kalau keputusan Raja menyebelahi engkau org, engkau org puji raja, kalau keputusan tak menyebelahi engkau org, kau kato Raja Natang. Engkau org londeh sepak terajang raja tu. Ini jonis islam apo dio, islam ketam batu ka? dasar dua alam atau islam fahaman peninggalan ponjajah British? Jgn pulak nak kenen aku tentang undang2sbb undang2 syariah pun mcm kau terap lipstick ajo.

    ReplyDelete
  32. Tapi dalam kes Perak, kuasa Raja blum timbul lagi sbb Dewan Adun masih ada. MB Nizar masih ada, begitu juga Spaker masih ada berdiri utuh. Raja hanya berperanan mendengar nasihat MB, itu aja. Nak pecat MB jauh sekali, ini Mahakhinzir tahu dan juga pelajar undang2. Tapi apo nok buek, apo nak jadi ngan Msia ini. Adun nak masuk dewan di kunci. Spaker yg masih di atas kerusi, di usung dikejar jatuh, nasib baik tak pecah kepala mati. Sodih bonar den tgk derama Perak, hinggakan terpaksa bersidang bawah pokok. Malu den malu walau terjadi pd Cino atau India. Cino dan India dlm BN yg hentam UMNO, UMNO pulak kona mintak maap apo dah jadi Jang?

    ReplyDelete
  33. Aik........!

    Apsal apsal skrg mcm dah beralih nada la pulak? Dah blh terima ke sultan mmg mempunyai kuasanya...
    Daulat Tuanku!

    Lucu juga membaca angan2 bhw agong memecat PM. Rasa2nya itu blh terjadi jika PM yg dilantik adalah B.A.B.I. krn dia menjadi boneka kpd musuh2 negara yg mengancam malaysia.

    Tak abes lg ke cerita di penanti? nampak benar buta mata, buta hati, buta akal. jelas UMNO tu bukan penakut tp penegak demokrasi. knp nak diikut rentak perosak demokrasi? bijaknya DS najib dan barisan jenteranya tidak terjebak dlm mainan politik PKR memperbodohkan rakyat. jadi jika rakyat penanti x nak menjadi rakyat yg bodoh pastikan PKR tidak menang dlm PRK itu. kpd semua pengundi BN/UMNO turunlah beramai2 mengundi calon bebas. pilih seorg calon bebas shj.

    Betulkah UMNO bacul dlm sejarahnya?
    UMNO tlh menunjukkan suatu tranformasi yg dijanjikan. berani dan bijak membuat keputusan. Manik Urai buktinya keberanian UMNO walaupun tahu ia merupakan kubu PAS berundur pantang sekali. kpd jentera UMNO tekadkan smgt buktikan UMNO tidak gentar berlawan ditempat lawan. bekerjalah dgn smgt waja membela agama, bangsa dan tanahair.
    kpd pengundi manik urai, Pade Doh puok2 PR membengongkan anda. jgn biarkan anda dibengongkan lg dlm PRK Manik Urai. Pade Doh.....

    Sultan tlh memberi isyarat bahawa org melayu perlu bersatu. seluruh org UMNO perlu bersatu, seluruh org melayu perlu bersatu, lupakan sengketa dan beza. rapatkan saf mendokong institusi beraja.

    Daulat Tuanku.....

    ReplyDelete
  34. supporter jejak tuahMay 24, 2009 at 2:39 PM

    Nasib baik ader jejak tuah balas komen bodoh-bodoh diaorang ni. Tak payah aku jawab, hidup jejak tuah!

    ReplyDelete
  35. Salam to all,

    Lets all GET BACK to WORK!!

    Real work.

    And for the MBs and all ADUNS too, especially in Perak. Enough time is wasted..All of you should get back to work for the rakyat and the State.

    There is a limit to everything.

    ReplyDelete
  36. JEJAK TUAH KATA :
    Tak abes lg ke cerita di penanti? nampak benar buta mata, buta hati, buta akal. jelas UMNO tu bukan penakut tp penegak demokrasi. knp nak diikut rentak perosak demokrasi? bijaknya DS najib dan barisan jenteranya tidak terjebak dlm mainan politik PKR memperbodohkan rakyat.

    Aku kata pulak :

    Siapa yg BODOH bro, UMNO dah buat dulu dah benda ni...masa tu engko masih mentah kot...eleh !! buat2 tak tahu plak....nyampah aku...!!Ya kes UMNO dulu tu iatu ONE MALAYSIA sudah tahu bhw UMNO/BN pernah mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada 1997 HANYA mahu memastikan TanSri Abu Hassan Omar menjadi MB Selangor bg menggantikan Mat Taib. Mat Taib pulak bawa lari duit juta2 kat Ausie, kan..kan...kan... blm lg sgt lg bro!!! 12 tahun baru....kok sudah lupa pak!!! Mat Taib yg asalnya sama juga dgn Soi Lek berdegil tak nak letak jwtn...tp PM bg amaran....kena lps gak....apa citer bro....ko jgn bodoh kan org la....Tp si Fairus lbh bermaruah krn dia dituduh rasuah dan terus ltk jwtn spy ianya tidak menjadi beban kpd PKR...tak cam UMNO...si Ali Ketam yg clear rasuahnya msh tertonggok kat situ, ADUN UMNO di Kedah yg sah muflis, masih tidak letak jwtn....apa ni bro....lu cakap kasi baik lah...jgn tipu olng la....
    Bila sejarah UMNO 1997 tu diulang dlm versi PKR...ko marah plak kata itu, ini...merajuk lah tak nak tanding....tp masa tu pembangkang tetap tanding gak kat Kuala Selangor....mereka tak pernah takut bro.....

    bg aku senang jer : UMNO NI KALAU DIA BYK SGT ALASANNYA, BERMAKSUD ADALAH YG TAK KENA TU.....

    ReplyDelete
  37. dah lah hompuk..
    namo anon kau banyak..
    tapi ko ingat geng paneh ni bodoh ko..
    semuo eh kao..
    yang paling kelak boleh support kenyataan sendiri...
    kekekkeke...

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete
  38. masyaallah.....

    Pastikah anda bahawa si mat taib tu membawa 'lari' duit? istilah 'lari' tu sangat luas tafsirannya. tp bila digabungjalin dgn corak tulisan tersebut maksud spt menyalahkan si mat taib je. atau dlm erti kata lain memfitnah mat taib. sepengetahuannya mat taib disabitkan dgn kes tidak membuat pengistiharan wang yg dibawa. dan pelepasan jawatannya pun bukan disebabkan oleh masalah pengistiharan tersebut. gabungjalin cerita yg tidak tepat dan penuh andaian adalah fitnah.

    tertarik juga dgn kata2 'sejarah UMNO 1997 diulang dlm versi PKR'. sudah terang lg jelas bhw apa yg dilontarkan oleh PKR kpd UMNO merupakan amalan yg dilakukan oleh PKR. boleh diandaikan jika PKR mentadbir negara semua yg dilakukan oleh UMNO akan dilakukan oleh mereka. dan akan ditunjukkan bhw perkara itu halal dilakukan oleh PKR tetapi haram oleh UMNO.
    al-maklumlah B.A.B.I pun dahulu pernah menjawat jawatan TPM jd semua maklumat dlm poketnya, maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dsbnya. tp sedarlah apa yg diketahui dan dimomokan oleh B.A.B.I itu adalah apa yg beliau lakukan sewaktu dlm kerajaan. beliau menuduh pemimpin negara rasuah kerana pada zmn beliau menjadi TPM amalan rasuah dilakukan. mana mungkin dia blh menceritakan apa yg tlh berlaku apabila diluar kerajaan. sandaran ceritanya adalah pada zmnnya.

    jika benar PKR itu hebat mengapa di tiru cara UMNO yg dikatakan bejat?. jika PKR yg melakukannya dikatakan hebat kenapa tidak diterima dan dinyatakan serta mengakui kehebatan UMNO? yg pasti peristiwa dipenanti bukti PKR perosak demokrasi. kenapa rakyat diperbodohkan dgn mengatakan pelepasan jawatan adalah utk melanjutkan pelajaran? itulah pemimpin yg ada dlm PKR yg sering menipu dan memperbodohkan rakyat. andai di penanti PKR memenangi kerusi jelaslah pula bhw rakyat penanti rela diperbodohkan. banganglah kita jika memberi undi kpd calon yg jelas memperbodohkan rakyatnya. makanya undilah calon bebas.

    marilah mari kita mengundi,.....

    ReplyDelete
  39. KO citer apa ni hompuk....

    aku tak de masalah nak antar komen lain, kemudian aku balas komen aku balik....gelak aku dongar eh....kelako boto ekau.....ha...ha...tp ekau pun pandai trick den....suko hati ekau lah....sorilah bro den tak buek kojo bangang cam tu...aku dengan aku punya pendirian.....tak libat org lain...tinggal lg ada org PRO PR yg melawat blog ekau ni dan beri komen...ko terima saja lah....bermakna UMNO makin byk msalah lah kerana kebyknan rakyat memang tidak suka pd UMNO...ko kena kerja keras lg lah nak convince rakyat yg tidak bodoh lg...apa yg ekau cakap, pemimpn UMNO cakap susan nak cayo dah jang...pembongak semuo eh...ekau pikir lah laie cam no nak goreng...org cam tu gak....sori...

    PD jejak tuah....usahlah ko kelentong bukan-bukan peristwa 1997 by-election UMNO nak lantik Mat Uban jd MB slngor...ONE MALAYSIA tahu kerusi u sengaja dikosongkan utk lantik dia sbg MB bari ganti Mike Tyson....ko kona sano kona sini...samo jo....sori...

    ReplyDelete
  40. Samolah......

    Kona... sano... kona... sini..
    yg tak samo iolah yg dok memburuk sano, yg dok mencari kebenaran sini. yg dok memfitnah sapo? yg dok menghino sapo? yg difitnah sapo? yg dihino sapo?

    Botullah...
    kalau selalu mendongak langit lupo pado bumi yg dipijak. siapo yg beri kuaso kato sorg yo yg menulis dlm blog ni pro PR satu malaysia dah benci BN? buktikan berapo ramai yg dlm blog ni yg PRO PR. kito tgklah lepas tu camno.

    buktikan dululah....

    ReplyDelete
  41. udah lah jejak tuah jgn cakap pandai ekau tu jonih sokong babi buto, buto sejarah dah buto hati. Kau sokg yg bathil pun kau tak kesah janji dapek gelaran dapek kolus dan fulus. Kalau tak cayo tanya KJ, lihat muko anak2 muda melayu UMNO yg lapar dan hauskan duit julang KJ. Kau patut jejak Jebat yg masih hebat di kenang anak melayu.

    ReplyDelete
  42. hompuk kaki fitnah, kaki provoke...

    ReplyDelete
  43. Sedihnya....

    Teringat satu babak dlm filem 1957:hati malaya. babak dimana adlin aman ramli mengatakan kpd rusdi ramli bhw rusdi tidak layak membela org melayu krn hanya tahu berkata2 hendak membela org melayu tetapi tidak melaksanakannya (sambil menunjukkan sekumpulan penggemis melayu yg kelaparan). sedetik slps itu rusdi ramli membawa kumpulan penggemis tersebut ke kedai mkn dan memberi penggemis itu mkn sambil berkata kpd adlin bhw adlin lg tidak layak utk membela org melayu krn dia nampak kumpulan penggemis itu kelaparan tetapi hanya melihat dan berkata2 shj masih tidak juga membela..

    moral dr cerita:

    1. merupakan org yg tak guna apabila hanya mengatakan menjadi pembela tapi tidak melaksanakan pembelaan.

    2. merupakan org yg paling tidak berguna apabila hanya berkata menjadi pembela tapi hanya melihat org yg tidak dibela.

    beza no 1 dan 2 ialah yg pertama tidak mendapat maklumat maka terlepas utk membela, yg kedua ada maklumat tapi tidak membela.

    ReplyDelete
  44. well said jejak tuah..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete

Blog Archive