Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, May 28, 2009

PAS & PKR PATUT TERUSKAN PUASA

Hari ini masuklah hari ke-3 wakil rakyat serta penyokong PAS dan PKR berpuasa bagi memenuhi rancangan mogok lapar yang dianjurkan oleh DAP. Tujuannya tidak lain ialah untuk menarik perhatian Sultan Perak bagi membubarkan DUN supaya pilihanraya kecil dapat diadakan. Apalagi yang hendak kita perkatakan kepada mereka, apatah lagi ulamak telah menyatakan bahawa mogok lapar ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan akhlak Islamiah serta tidak ada kena mengena dengan ibadah. Namun atas rasa kasih sayang sesama Islam, marilah kita terus berusaha menyedarkan wakil-wakil rakyat PAS dan penyokong mereka agar insaf dan menerima hakikat bahawa di negara ini kita hanya mendokong satu sistem iaitu Sistem Demokrasi Berparlimen - Raja Berperlembagaan.

Mungkin juga rakyat Perak mahukan Sultan Azlan Shah mengambil alih kuasa pemerintahan negeri agar kembali kepada sistem monarki dan membubarkan semua parti politik di Perak, supaya rakyatnya boleh hidup aman damai tanpa berlakunya perebutan kuasa untuk memerintah.

Semua orang maklum BN telah mendapat sokongan paling banyak di PRU-12 dalam DUN Perak iaitu sebanyak 28 kerusi dan saingan utamanya ialah DAP iaitu 19 kerusi. Persoalannya, kenapa PAS dan PKR pula yang bermati-matian hendak memerintah Perak, sedangkan PAS cuma memperolehi 6 kerusi dan PKR pula hanya ada 4 kerusi?

Semua ini berlaku apabila MB yang diperkenankan Sultan Perak adalah daripada parti PAS kerana memenuhi tuntutan undang-undang tubuh negeri Perak. Apabila Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah kerana direstui Sultan Perak, maka Nizar dan penyokongnya menjadi terlalu KECEWA walaupun mereka hanyalah golongan minoriti dalam DUN Perak. Orang biasa pun dengan mudah dapat menilai kenapa Nizar dan penyokongnya begitu kecewa - tidak lain dan tidak bukan ialah kerana NAFSU. Ya, nafsu amarah yang berkobar-kobarlah yang menyebabkan setiap wakil rakyat PAS tidak dapat berfikir dengan rasional bahawa mereka adalah minoriti dalam DUN Perak dan tidak mungkin dapat membentuk kerajaan; kerana hakikat ini sebenarnya adalah pertarungan di antara BN dan DAP.

Persoalannya, bagaimana pula untuk mengawal hawa nafsu dari terus menguasai pemikiran rasional supaya pembangkang dapat menerima hakikat bahawa BN merupakan parti yang paling layak memegang tampuk pemerintahan Perak kerana mempunyai wakil rakyat paling ramai di dalam DUN. Maka kita kena lihat dahulu asal-usul kejadian nafsu supaya dapat diberikan jawapannya.

Menurut seorang ulamak tasawuf yang terkenal di NSDK ini, asal-usul kejadian nafsu ada dinyatakan dalam kitab-kitab tasawuf yang menurutnya;

Apabila Allah swt menjadikan nafsu, maka Dia bertanya kepada nafsu "Siapakah Aku" dan nafsu dengan angkuhnya menjawab, "Siapakah Engkau". Begitulah sifat nafsu yang amat jahat dan degil, maka Allah swt telah memerintahkan supaya nafsu dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam selama 1000 tahun. Apabila genap tempohnya maka dibawa nafsu mengadap ke hadrat Allah swt dan Allah pun berfirman, "Siapakah Aku", maka dijawab oleh nafsu, "Siapakah Engkau". Sekali lagi nafsu dilempar ke dalam neraka iaitu Neraka Dingin yang teramat sejuk selama 1000 tahun. Apabila genap 1000 tahun dalam Neraka Dingin, maka dihadapkan semula nafsu kehadrat Allah swt dan Allah pun berfirman, "Siapakah Aku", dan dijawab kembali oleh nafsu, "Siapakah Engkau". Begitulah hebatnya kedegilan nafsu ini walaupun telah dimasukkan selama 1000 tahun ke dalam neraka panas dan 1000 tahun ke dalam neraka dingin; dan sekali lagi nafsu dicampakkan ke dalam neraka iaitu Neraka Lapar yang teramat lapar selama 1000 tahun lagi. Setelah genap tempohnya, maka nafsu dibawa mengadap kehadrat Ilahi dan Allah swt pun berfirman, "Siapakah Aku", maka dijawab oleh nafsu, "Engkaulah Tuhanku".

Setelah mengetahui asal-usul kejadian nafsu ini maka jelaslah bahawa nafsu hanya boleh ditundukkan dengan proses berlapar dan berpuasa.

Jadi kepada wakil rakyat PAS dan penyokongnya khususnya Nizar, teruskanlah amalan berpuasa ini bukan setakat 3 hari saja, tetapi kalau boleh selama yang mungkin hingga saudara sekalian dapat menundukkan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kebencian, kedengkian, kemarahan serta tamakkan kuasa. Marilah kita semua berdoa ke hadrat Allah swt agar memberi hidayah kepada mereka yang berpuasa supaya redha dengan ketentuan Ilahi dan diberikan kekuatan untuk mengawal hawa nafsu daripada terus terpesong serta mampu berfikir dengan fikiran yang tenang. Amin.

16 comments:

  1. bagusla kalau mcm tu . ajak DAP tu poso sekali.manola tau berubah lak de.

    ReplyDelete
  2. Tak habih2 ko rang ni...apo ko kesah an dio nak poso ko, mogok ko....jgn ambil tahu hal org lah sedaro...biarkan...biarkan dio nak poso, mogok ko sampai mati ko...jgn pedulikan...ekau buek kojo ekau...dio buek kojo dio...kok ekau nak join sokali ko??? isi lah borang...botolah org kato...UMNO ni bapak ponyibuk eh...tu kek ponanti selambo yo dio kempen...walhal tak masuk PRK...tu lah namo eh UMNO rajin menyibuk hal org....tak monyibuk tak UMNO lah kan...

    parti jahat...kato eh...

    ReplyDelete
  3. Jeng... jeng... jeng...

    parti jahat... kato eh...?
    alamak apa ni?

    setuju sgtlah tu berpuasa sbg pembendung nafsu. Makanya betullah bahawa puak2 PR sememangnya bernafsu besar. Tahniahlah kpd PR kerana membuktikan bhw anda semua mmg bernafsu apabila diberi kuasa dan nafsu itu sudah tidak dpt dibendung lagi sehingga kena berposa (itu pun nasib baik ada yg tahu cara nak bendung nafsu). Dan rakyat kena bantu PR dgn tidak menjadikan mrk terus menjadi hamba kpd nafsu. biarlah golongan PR ni jd hamba allah yg baik2 dan BN menjadi hamba yg x baik dlm mengurus negara. Sayangilah PR dgn tidak memberi undi kpd mrk maklumlah khuatir bila dah berkuasa, nafsu semakin besar dan blh menjerumuskan ke lembah kehinaan. nanti rakyat akan disoal krn menyebabkan PR menjadi golongan yg sesat (mafhum yg dipetik drpd ulamak PR).

    Fikir-fikirlah

    ReplyDelete
  4. Ketua Umno Bahagian Pandan Didakwa Terima Rasuah RM200,000


    Didalam kesibukan media massa cuba untuk menuduh gejala rasuah melanda PAS, Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.

    Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.

    Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.

    Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

    Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.

    Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.

    ***: kalau UMNO biasalah semua ni fitnah belako.....

    ReplyDelete
  5. Umno menyebok????? Hahahahaha. kelakor jogok mamak ni.Bila masa Umno ngepen kat penanti. Setahu kawe PR yng duk gilo ngutuk Umno kat penanti.Xpayoh la nyebok hal UMNO. G layan kak min tu. banyoK lagi yang perlu PR kena jawab. Demo tolong la eak.....heheheheheh

    ReplyDelete
  6. ADUN BEBAS TERIMA RM 3 JUTA DARIPADA NAJIB DLM KES PERAK :


    Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

    Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

    Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

    "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

    Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

    Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

    "Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

    Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

    Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

    Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

    Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

    Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

    Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

    Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

    Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

    "Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.

    ******
    Ni nak tanyo sikit???
    Osman Jailu dan Kamarudin yg jadi BEBAS kat PERAK tu bilo nak bicaro kek mahkamah...kalau pembangkang tu kojap-kojap yo bicara kek mahkamah ..

    ReplyDelete
  7. asri zainal abidinMay 28, 2009 at 12:00 PM

    bodoh betul penulis article nih..
    rugi baca. malas nak komen kat org bodoh sebab kalo dah bodoh tak paham apa yg org cakap..bodoh macam umno dan umno sememangnya bodoh dan pemimpinnya bodoh2 belaka

    ReplyDelete
  8. Yang salah biarlah dihukum. Saya juga orang Umno bersetuju jika ada pemimpin yang membuat salah dihukum. Dari segi dasarnya UMNO itu baik tetapi yang menjadikan UMNO kelihatan buruk adalah segelintir ahlinya bukan semua.UMNO juga perjuang ISLAM, UMNO juga anti rasuah, UMNO juga benci penyelewengan dan yang pastinya UMNO juga parti yang berjuang ke jalan ALLAH S.W.T.

    ReplyDelete
  9. ANON KATA :

    Umno menyebok????? Hahahahaha. kelakor jogok mamak ni.Bila masa Umno ngepen kat penanti.

    AKU KATA PLAK :

    28 May 2009
    PRK PENANTI : BN GILA TALAK

    BN/Umno bagaikan suami gila talak apabila mengadakan kempen di Penanti sedangkan mereka tidak bertanding.

    Nampak jelas bahawa pemimpin mereka dari pelbagai peringkat gian untuk turun berkempen sehingga tidak perasan bahawa BN/Umno tidak bertanding. Mungkin mereka tak perasan bahawa sebenarnya BN/Umno tidak bertanding kali ini.

    Laporan dari Penanti menyebut bahawa beberapa siri ceramah diadakan oleh pemimpin Umno antaranya Exco Pergerakan Pemuda Umno, Lokman Nor Adam; Ketua Umno Bukit Mertajam, Musa Sheikh Fadzir dan lain-lain.

    Kalau dah gila talak macam itu, lain kali jangan bercerai atau lain kali jangan boikot pilihanraya kerana takut.


    **** APO CITO KO WE, UMNO GILO TALAK?????? HE...HE...HE...HE...HIK...HIK...HIK...SODIH BONA DEN...

    ReplyDelete
  10. Huh! dlm UMNO semua ada....hantu raya ada, hantu jerangkong pun ada, ular pembolit pun ada, jin bertanduk menghisap darah pun ada, QORUN memang lah ramainya...pendek kata...UMNO SEMUA BOLEH DAN SEMUA ADA....SATU PAKEJ LENGKAP UNTUK ONE MALAYA>>>

    ReplyDelete
  11. hahahaha. dia buat dah, sendiri komen sendiri sokong.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  12. Yang pasti terbukti.....

    PR ialah Penipu rakyat
    PR ialah Pembelit rakyat
    PR ialah Perosak rakyat
    PR ialah Pembodoh rakyat

    insaflah rakyat bhw peluang dan amanah yg diberi kpd PR tlh tidak dilaksana dgn jayanya. pembelotan dan pengkhianatan tlh terang dan nyata. jika sblm PRU 12 kelihatan amat sempurna PR mendedahkan segala-gala kebejatan BN tetapi slps PRU masih lg mencari salah dan silap kerajaan sehingga terlupa mrk juga kerajaan di 4 negeri. Jika asyik membuat pendedahan bilakah masa berkhidmat utk rakyat?.

    Cukuplah.....

    Peluang tlh diberi kotakan segala janji, di pulau pinang hapuskan miskin tegar yg dijanji, di selangor mana air free? mana subsidi bg ibu mithali?, mana biasiswa pelajar institut pengajian tinggi? di kelantan mana peluang perniagaan utk anak negeri? mana kilang yg menjana ekonomi? mana universiti usaha kerajaan negeri? dikedah bgmn ladang babi? adakah kedah maju 2010nanti?. Diperak BN vs PR mengapa rakyat yg dianiayai? bilakah rakyat akan menikmati janji?

    Rakyat jgn tersilap lg, buat keputusan jgn ikut kata emosi, janji yg ditabur senang diberi, nak laksana sikit punya banyak alasan diberi. Cukuplah rakyat jgn diperbodohkan lg...

    cukuplah.....

    ReplyDelete
  13. Ano ano yang tak setuju ngan artical ni sapo suruh baco,lopeh tu bodohkan orang,ekau tu yang bodah sobona eh.Suko hati lah paneh nak tulis apo blog dio eh.Ekau orang buehlah blog sendiri lopeh tu kau nak kutuk umno kutuklah,apo kau ingat orang puduli na kek kau ko.Sebona eh anon anon ni tak betolo kan paneh,pakailah namo boto barulah pejuang sebonar ini pakai namo anon....kau orang poso jolah sampai ramadan nanti banyak pahalo kau orang....selamat berpuaso...

    ReplyDelete
  14. ye lah UMNO aje yang xbetol..... Yang PR semua betol kerana apa yang dilakukan mengikut Al-Quran dan Sunnah kan. Tahniah orang2 PR. Buat la apa pun, anda akan sentiasa dilindungi......Moga mendapat rahmat dari Illahi.

    ReplyDelete
  15. PAS baik kan...Kita akan hapuskan arak jika kita berkuasa....Takbir. Semalam Abg Ronny cakap apa eak. Sape yang tau. Boleh tolong jelaskan saya x berape dengar......

    ReplyDelete
  16. pok,

    orang dah tau la ko suka tiru nick orang lain.. sekilas ikan air sudah tahu jantan betino.. kekekek
    pok.. buek la banyak2 nick dengan sokong statement sendiri.. den suko dongar.. terhibur eden.. kiro kalau tak tengok ko punyo statement raso sunyi hidup..
    kiro buleh ngalahkan rajolawak la..

    - parti jahat, kato eh -

    ReplyDelete

Blog Archive