Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Saturday, March 7, 2009

Murshidah Yang Terlampau

1. Semasa mendengar ceramah pembangkang baru-baru ini, Saifuddin Nasution ada menyentuh berkenaan kes ADUN Bukit Selambau. Bermacam fitnah yang dilemparkan terhadap BN, antaranya konon ADUN itu telah diugut dan diculik oleh MIC. Terdapat juga dakwaan bahawa ADUN itu telah ditawarkan RM5 juta untuk melompat parti dan pelbagai teori serta tuduhan turut dilemparkan.

2. Ramai yang mengetahui berkenaan perletakan jawatan bekas ADUN Bukit Selambau iaitu V.Arumugam, namun tidak ramai yang tahu punca sebenar beliau meletakkan jawatan.

3. Hakikat sebenar hanya diketahui oleh penduduk Bukit Selambau kerana mereka sendiri yang telah menghantar memorandum kepada Sultan Kedah dan mendakwa Arumugam bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga memperolehi anak.

4. Penduduk Bukit Selambau telah mempertikaikan kredibiliti Arumugam selaku ADUN kerana mempunyai "isteri tidak sah" atau "perempuan simpanan" dan rentetan itu maka beliau telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi ADUN Bukit Selambau. Beliau kini dimaklumkan berada di India, kononnya untuk menenangkan fikiran.

5. Jadi, apa pula kaitannya dengan Murshidah?

6. Murshidah Mustafa adalah rakan serumah serta tinggal bersama dengan "isteri tidak sah" Arumugam dan Mursyidah ini juga adalah isteri kepada Mohd Ismadi Abd Kadir iaitu Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah.

7. Ini bermakna Ismadi dan Arumugam telah menyewa rumah yang sama untuk isteri mereka itu.

8. Jika Pegawai Khas MB Kedah sendiri pun sedia maklum akan hal ini, maka mustahil pula dikatakan Azizan tidak mengetahui perihal Arumugam dan "isteri tidak sah"nya itu?

9. Lagipun Murshidah Mustafa juga adalah salah seorang Board of Director, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd atau STDC yang turut dipengerusikan oleh Azizan selaku Menteri Besar Kedah.

10. Patutlah Azizan serta pemimpin Pas yang lain tidak banyak komen berkenaan kes Arumugam ini. Rupanya mereka sudahpun sedia maklum akan perihal yang sebenar.

11. Hanya geng PKR saja yang tampak bersungguh memfitnah BN sebagai punca kepada perletakan jawatan Arumugam.

12. Perkahwinan antara Ismadi dan Murshidah juga dikhabarkan bermasalah, sepertimana kes pernikahan Aziz M. Osman dengan isteri keduanya dahulu. Jelaslah bahawa Murshidah dan "isteri tidak sah" Arumugam ditempatkan serumah disebabkan mereka berkongsi kisah yang sama.

13. Secara tidak langsung Azizan dan pemimpin PAS yang lain turut bersubahat menyembunyikan hakikat ini.

14. Demi kuasa, Pas sanggup menggadaikan prinsipnya?

8 comments:

  1. Matlamat menghalalkan cara. Ia berlaku dimana-mana dan oleh sesiapa jua. Kita harus ingat semua parti politik adalah sama, biar pun PAS, UMNO, DAP, PKR dan lain-lain. Semua parti mempunyai idealisma yang baik,cuma yang membuatkan ia rosak ialah mereka2 yang menerajuinya, yang mempengaruhi pengikut-pengikutnya bukan untuk menghayati idealisma parti, tetapi untuk mengikut telunjuk pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum dan salam sejastera..

    Kini apa kita lihat kerenah pemimpin dlm parti itu yg telah merusakan parti. Sejauhmana baiknya dalam pelembagaan parti itu kalau dikalangan pemimpin dalaman parti itu rakus pd kuasa, nercaya suatu masa akan hancur juga.

    Saya menyokong pdgan Samat. Umno dri dulu lagi menjadi tunjang kekuatan dalam BN. Umno juga parti terbesar org melayu di negara ini. Memandangkan ia sdh lama wujud dan jumlah ahlinya ramai maka sebab itulah kalau kita tgk dihari ini mcm2 kerenah yg ditimbulkan oleh pembangkang. Tetapi jika kita berfikir sejenak betullah kerana Umno sdh lama dan jumlah ahlinya ramai.

    Soalnya kenapa antara kita memperbesarkan perkara sedemikian? kenapa pula tdk mengambil kira jasa2 Umno yg sekian lama kpd kita di negara ini?

    Jika kita nak bandingkan Umno dgn parti2 lain yg ada dihari ini sdh tentulah tiada bandingannya. Parti pas setakat hari ini masih samar lagi arahtujunya wpn pas sdh lama juga terbentuk selepas Umno. Tetapi atas dasar perjuangannya kpd islam seolah2 tdk menampakan kecacatannya pd kita. Sepatutnya jika benar parti itu berjuang utk agama kenapa pas selalu tersimpang dgn Umno dalam perkara2 bersabit dgn islam? (terbaru dalam soal perkataan Allah, Pas menyokong kehendak PKR sebaliknya tdk setuju dgn dasar Umno menghalang perkataan Allah itu digunakan dalam kitab2 keristian)

    Pas setiasa mencari helah dgn Umno seboleh2nya mahu juga memperlotikan sesuatu yg baik yg dibuat oleh Umno semata2 mahu mencari pengaruh politik dikalangan kaum lain di negara ini...soalnya kenapa Pas terlalu rakus pada kuasa? itulah namanya manusia yg bergelar pemimpin yg rakus pd kuasa sanggup lakukkan apa cara sekalipun waima sampai memecahbelahkan sesama islam...

    Pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Malayu kucing kurap, kunun nak berjuang utuk org Melayu, KJ dah jadi mad percent,semua orang tahu, Khir Toyol dah ada 20 lapuran rasuah dan Mukriz dah ada tanah bungalow satu kaki persegi RM2200,kat Bukit Bintang kroni bapak dia bagi dari 22 thn perintah. Ha Ha. Podah deey, Tradisi Membela rakyat, bela apa, bela perut anak bini hangpa la.

    ReplyDelete
  4. KUASA, WANG dan WANITA (KW2) akan mengatasi segalanya. Kita boleh lupa diri, lupa kawan, lupa keluarga dan prinsip perjuangan hanya kerana KW2. Justru itu apa-apa pun boleh berlaku, hari ini hari orang, namun hari esok belum tentu.

    Oleh itu berhati-hatilah kita semua dan yang paling penting untuk menang umno mesti berdiri sendiri tanpa mengharapkan cerita-cerita sensasi pihak lawan.

    ReplyDelete
  5. anon 4.46 tulah salah satu contoh manusia yang telah buta hati yang kononnya pembela negara walaupun maksiat di depan mata

    ReplyDelete
  6. puak pr ni memang haprak. bila depa buat salah, depa akan tuding jari yang pihak bn pun ada melakukan kesalahan.

    isunya sekarang ialah puak pr pun ada juga melakukan kesalahan dan maksiat. selama ni depa rasa depa ni maksum.

    seperti kata sdr samat, matlamat menghalalkan cara.

    itulah sebenarnya slogan depa terutama kepada parti pas.

    ReplyDelete
  7. http://murshidahmustafa.blogspot.com

    Nampaknya blog ini mendapat perhatian ramai, baguslah tu, sebab Murshidah ini memang sukakan populariti.

    Kita sambung lagi cerita, para pembaca semua selalu-selalulah jenguk blog ini, sebab selepas ini akan ada berita yang lebih menggemparkan dan bisa mengegarkan jantung dan hati, rasa-rasanya nanti bergoyang juga pejabat MB Kedah...kerana seorang wanita bernama Murshidah...

    Itulah tuan dan puan, kita pun hairan bagaimana Murshidah "anak sedara" kepada MB Kedah yang merupakan pemimpin yang menegakkan Al Quran dan Sunnah dalam " Negeri Islam" Kedah boleh duduk serumah dengan perempuan simpanan Arumugam?

    Aku ingat mereka ini berpakat, Murshidah bersuami dua, Arumugam pula beristeri dua. Murshidah beragama islam, Arumugam pula beragama hindu. Bersuami dua istilahnya POLIANDRI. Beristeri dua (atau lebih) istilahnya POLIGAMI.

    Dua-dua amalan ini memang wujud dan diamalkan dalam masyarakat. Syariat poligami wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama islam.

    Syariat poliandri pula wujud dan dibenarkan dalam ajaran agama Hindu. Alkisah dalam keyakinan orang Hindu, ada seorang Dewi bernama Dewi Drupadi punya sumai 5 orang dalam satu masa. Lima orang suami Dewi Drupadi ini adik beradik Pandawa iaitu Pandu, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Jadi dalam syariat Hindu, isteri bersuami lebih daripada satu itu memang wujud dan dibenarkan.

    Alahai nampaknya Murshidah dan Arumugam sudah betukar dan berkongsi syariat. Syariat poligami untuk orang Islam sudah dipakai oleh Arumugam. Syariat poliandri untuk orang Hindu telah dipakai oleh Murshidah. Direstui pula oleh Ustaz Azizan MB Kedah. Toleransi sungguhlah kerajaan PAS ini nampaknya. Syariat Islam dan Hindupun boleh ditukar-tukar.

    Inilah nasib bila belajar syariat, undang-undang dan toleransi agama, tapi tidak takut Tuhan. Digunakan pula agama itu untuk dapat kuasa memerintah dan hidup nafsu nafsi dan sesuka hati.

    Bila Tuhan tidak ditakuti, macam-macam boleh terjadi.
    p/s : Ada lagi pembohongan dahsyat Mursyidah, nantikan cerita ini tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  8. Kahwin Siam
    Aku suka nak komen cerita Mursidah ni. Cerita pasal nikah kahwin memang seronok! Selalunya jadi gossip pelaris media. Artis kahwin, anak raja kahwin, dato kahwin, menteri kahwin, kahwin sebulan cerai balik dan satu lagi yang cukup popular: KAHWIN SIAM
    Ramai lelaki Malaysia yang nak kahwin poligami pergi kahwin di Siam.Bahkan tak payah pergi pun dapat sijil nikah Siam. Ada pitih adalah sijil nikah.
    Ala...itu biasalah, bukan berita paneh. Dah banyak giler orang buat kerja tu.
    Na..yang ni baru paneh: pompuan Melayu Islam (MM) yang dah boring dengan suami lama, lari dan kahwin dengan suami baru di Siam.
    Ha..tulah kaum jantan. Ingat korang jer dapat faedah dari kahwin Siam? Jangan tak tahu, kaum betino boleh gak pi Siam kahwin lain.

    ReplyDelete

Blog Archive