Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, May 4, 2013

AMBO MENULIS TANPA FAKTA, TAPI HANYA PENGALAMAN DIRI SENDIRI. BACALAH SAMPAI HABIS!!


Ambo setuju dengan Tok Guru. Orang lain pun mungkin setuju jugak. Ambo anok Kelate, jadi ini ulasan ambo berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Betul, ada segelintir orang Kelantan tak perlu pembangunan, tapi mereka perlukan kerja. Tidak dinafikan peratusan orang Kelantan berniaga sangat tinggi, macam ayah ambo sendiri, pun berniaga. Dari tahun 1984 hingga sekarang, kaya tu tidak tapi boleh dikatakan senang. Ramai anak kelantan berada di perantauan. Kerja di luar, dan belajar di luar. Macam ambo dan adik ambo dan sahabat-sahabat ambo. Di luar kelantan pesat dengan pembangunan infrasrtuktur dan bermacam-macam lagi. Jadi ada sesetengah mereka berfikiran "Tak mengapalah Kelantan tak maju, time cuti kita balik kampung boleh release tension, tenang" dan sebagainya. Itu salah satu punca mereka mengekalkan Pas.

Kelantan Negeri Serambi Mekah dan memperkukuhkan keislaman? Betul, macam-macam pentadbiran Kelantan buat untuk mencegah dan memahamkan serta menerapkan budaya Islam pada semua masyarakat. Ada saman dan denda dikeluarkan pada kesalahan tidak menutup aurat, peniaga kena bertudung, billboard iklan yang ada pompuan mesti bertudung. Silalah ke Kelantan kalo nak tengok Rozita Che Wan dan artis-artis lain bertudung. Bagus!! Ingat, Kelantan Melayunya paling ramai di antara negeri lain.

Tapi, jika ambo imbas kembali sekitar tahun 1998 dan ke atas, susah untuk ambo lihat pompuan naik motor bersama boipren *monggek*, susah juga nak tengok pompuan anak muda yang freehair ketika itu. Kalau ada, volumenya sangat rendah. Tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ini, ambo sebagai rakyat Kelantan tengok dengan mata sendiri, berlambak-lambak anak remaja sebegini terutama di KB.Ini KL ke KB? Salah siapa? Orang akan cakap salah diri sendiri, kerajaan Kelantan dah buat macam-macam sehingga dulu Jom Heboh tak boleh masuk Kelantan, sekarang dah boleh. Walau Kelantan tak ada GSC panggung wayang (dulu ada LIDO). Ambo setuju, itu salah individu. Sama juga di dalam Malaysia, kalau apa pun jadi ianya salah silap individu sendiri. Tapi orang suka menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Kenapa???

Walau Kelantan tak ada kedai nombor ekor, tapi orang sanggup kirim dan pergi beli di Grik, Perak. Hari ini anak muda masih ada yang berkhayal dan memabukkan diri dengan minum carlsberg yang dibeli di 7E. Kalau dulu terkenal dengan ganja (kurap), pil kuda dan ubat batuk,gam kasut serta tuak masam. Tapi kini ada jalan mudah.

Buka mata wahai orang luar dan orang Kelantan sendiri. Kelantan sendiri pun tidak perfect dari segi pencegahan ke arah perkara negatif sebab sikap manusia itu, inikan pula Malaysia yang lebih ramai anak mudanya. Kalau saudara rasa saya menipu tak mengapalah. JEMPUTLAH KE KELANTAN, seminggu pun sudah cukup. Kita bukan bercakap soal agama suku, politik suku. Tetapi agama itu dan budaya baik itu bermula dari rumah. Bukan berpunca dari pemimpin yang ada. Pemimpin akan berusaha sebaik mungkin. Tapi di Kelantan, dah lama dah...Orang Kelantan, mohon sahkan kenyataan ambo.

P/S: Tunjukkan pada saya bekas YB yang tidak lagi bertanding yang kini muflis, miskin, tak kira dari parti mana sekalipun.

Sumber.

12 comments:

  1. Tujuh sebab mesti undi PR

    Tujuh sebab mengapa rakyat perlu mengundi Pakatan Parti Rakyat, PAS, PKR dan DAP demi untuk pastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama, adat resam dan keturunan mendapat hak mereka sebagai warga negara Malaysia yang selama ini kurang diberikan perhatian atau hampir dipinggirkan.

    Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat.

    Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan 'kekebalan' dan keistimewaan' saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan.

    Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita.

    Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya.

    Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu.

    Keenamnya - rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya.

    Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya - mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.

    Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya.

    ReplyDelete
  2. gua peniaga ikan kat pasar. Kalo ikan datang harga RM20 takkan gua nak jual RM18? Macam mana lu cakap harga barang nanti boleh murah? Sama mcm barang lain juga. Lu orang PR cakap mcm pakai kepala lutut.

    ReplyDelete
  3. 7 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TOLAK PR

    1) Isu Kalimah Allah.. Sanggupkah anda menjadi salah seorang yang murtad kerana menyekutukan Allah? Jika PR menang maka Kristian akan dibenarkan menggunakan Kalimah Allah dalam Bible mereka.

    2) Kebebasan Agama - Adakah anda ingin melihat anak-anak anda diberi hak untuk memilih agama mereka sendiri apabila mereka berumur 18 tahun? Sanggupkah anda menerima anak anda keluar dari Islam?

    3) Pluralisme Agama - Mampukah anda menyatakan bahawa Semua Agama Adalah Sama? seperti yang di laung-laungkan oleh Anwar Al Jub? Sedangkan dalam Islam kita diajar bahawa Agama Islam itu dimenangkan dari semua agama didunia ini.

    4) LGBT - Rasullulah menyatakan bahawa bukan umat aku mereka yang meliwat. Sanggupkah anda menjadi salah seorang dari mereka yang tidak menjadi umat Nabi Muhamad? Bersekongkol dengan peliwat samalah seperti dengan melakukan liwat itu sendiri.

    5) Politik Rusuhan - sanggupkah anda hidup dalam keadaan dimana rusuhan berleluasa? Lihat saja Himpunan Bersih yang Kotor.

    6) Hak Orang Melayu - DAP terang-terangan menentang hak orang Melayu. Adakah anda Melayu yang menyokong dasar ini?

    7) Manifesto Bukan Janji - Setelah semua pendedahan tentang penipuan janji-janji PR yang dilakukan, sanggupkah anda memperbodohkan diri anda untuk menyokong sesuatu yang SUDAH PASTI tidak akan ditunaikan?

    ReplyDelete
  4. JAWAPAN : 7 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS TOLAK PR

    1. Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir. Nabi2 sebelum baginda juga telah menggunakan nama ALLAH. Bible yang ada sekarang adalah terjemahan bukannya bahasa asal.
    2. PR tidak pernah memperjuangkan kebebasan agama sebagaimana yang anda sangka.
    3. Faham baik2 apa yg Anwar kata. Tiada perjuangan ke arah PLURALISMA sebagaimana yg anda faham.
    4. itu hanya TUDUHAN. Bagaimana pula dengan tuduhan ke atas pembunuhan ALTANTUYA? Jika anda percaya tuduhan liwat anda juga kena percaya kes pembunuhan tu.
    5. RUSUHAN dan DEMONSTRASI tak ada kaitan langsung.
    6. Bukan DAP tapi semua bukan Melayu menentang. Jika kita berada di tempat mereka pun kita akan menentang sama sebab tak dapat keistimewaan.
    7. Jangan 'SUDAH PASTI' jika masih belum menjadi kenyataan kerana usaha ke arah itu sedang dijalankan. Masanya akan tiba.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan Kelantan sudah berusaha mengekang maksiat di Kelantan. Tapi kena ingat juga Syaitan pun berusaha supaya manusia menjadi rakannya di neraka. Kalau dah suka sangat ngikut syaitan tuh ada saja jalan yang syaitan tunjuk untuk menyesatkan manusia. Syaitan takkan pernah berhenti menghasut dan mengajak manusia untuk bersamanya.

    ReplyDelete
  6. to anon 5;40

    1.dr Adam A.s. sampai Muhammmad S.A.W. semua nya mmbawa agama yg 1.Islam.cuma kitab yg berbeza.sbb itu kalimah hak umat Islam.p debat ngn harun din isu ni.
    2.sila lihat semula video ucapan nurul izzah di mana salah seorg ahli panelnya ketua pemuda pas sndr.
    3.setuju.faham baik2 apa anwar pnh kata.
    4.bagaimana anda bleh pcy pmbunuhan altantuya tp xpcy tuduhan liwat??heh...
    5.ad ketika xberkaitan.tp selalunya ad.maklumla bila ramai2 ni berani dy len mcm.tambah ad plak yg dok cucuk.
    6.anda buta kerana xmlihat kpd realiti
    7.byk usaha pemulihan yg dilakukan kerajaan yg sengaja anda butakn mata dn pekakkn telinga utk terima.

    ReplyDelete
  7. Kita semua mahu pemimpin yang bersih...
    Kita semua mahu pemimpin yang berakhlak mulia....
    Kita semua mahu pemimpin yang mementingkan orang yang dipimpin....
    Kita semua mahu pemimpin yang jujur dan transparent....
    Kita semua mahu pemimpin yang berkaliber....
    Kita semua mahu pemimpin yang bijak dan cekap....

    Ya... memang semua orang mahu pemimpin yang terbaik..

    Tapi untuk esok tidak ada pemimpin yang memenuhi kesemua criteria yang kita mahu..TAPI..

    Kita mahu pemimpin yang lebih baik dari yang lain...

    Saya sokong BN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... Best among the worst..

      Delete
  8. Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    Sekumpulan doktor lepasan Cambridge di United Kingdom berpendapat, cara terbaik menyelamatankan BN adalah dengan menjadikan mereka sebagai pembangkang sekaligus menjadi penyelia kerajaan yang berkualiti.

    Mereka berkata, BN perlu melalui proses tersebut sebelum boleh menjadi kerajaan semula yang cemerlang.

    “Masalah terbesar BN ialah mereka tidak pernah menjadi pembangkang dan kekurangan latihan sebagai penyelia.

    “Hal ini menyebabkan jabatan kerajaan kekurangan pemantauan dan menyebabkan berlakunya penyelewengan sehingga harta kerajaan dibeli dengan harga yang berlipat ganda daripada harga asal,” kata Dr Chan Jinhooi dalam kenyataan bersama Dr Lee Chernyang, Dr Chin Shinliang, Dr Tan Jimmy PangHoaw serta Dr Low Choonpei.

    Kata mereka, hanya melalui cara tersebut dapat menyelamatkan BN agar mereka jadi lebih kuat supaya diterima seluruh rakyat Malaysia sekaligus dapat kembali semula ke zaman kecemerlangannya.

    “Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

    “Tidak mungundi BN tidak bermakna kita mengenepikannya. Ini merupakan suatu peluang keemasan BN untuk menghidupkan BN sekali lagi,” katanya.

    ReplyDelete
  9. Kasihan CYBER TROOPER UMNO .... selepas ini matlamat untuk meneruskan perjuangan pun akan hancur luluh.... gaji dan elaun yang dikejar dengan setiap fitnah dan kata nista tidak akan berbayat lagi ....

    .... dan yang lebih penting setelah PR menerajui pemerintahan Malaysia Baru ... CYBER TROOPER UMNO tidak akan relevant lagi .. orang yang melawat blog pun dah tak hendak baca ....

    .... mungkin seminggu lagi semua CYBER TROOPER UMNO akan mengalami rasa yang amat sangat dan berkahir dengan berpaling tadah dari UMNO kerana ....

    [1] Gaji minima naik,
    [2] Harga minyak turun
    [3] Pakai Jalan TOL pun tak payah bayar lagi,
    [5] Dapat menikmati bekalam air percuma .... dan berbagai lagi pengalaman baru ...

    POLIS akan buat kerja dengan penuh tangging jawab,
    PENDATANG HARAM akan pulang ke negara asala kerana IC mereka akan dibersihkan .....


    Mudah-mudahan CYBER TROOPER UMNO tak bunuh diri kerana kecewa .... kerana NAJIB dan ROSMAH akan menaiki JET mereka untuk melarikan diri ... dan tinggal lah CYBER TROOPER dengan segunung kekecewaaan

    ReplyDelete
  10. Ha..ha..meroyan tak tentu hala macai2 lembu pas ni..kesiann...

    ReplyDelete
  11. Cakap pasal menyekutukan Allah. X payah tunggu isu kalimah allah. Ramai org muslim kat malaysia ni yg oredi menyekutukan Allah - directly n indirectly. Tp x sedar diri!

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive