Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, May 3, 2013

TDM Bidas Pembangkang

Lawaklah Tun...hehehe!

12 comments:

  1. Jangan lupo undi Tok Sahak di Longgeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan kemenangan Tok Sahak utk membersihkan parasit2 dlm kerajaan.

      Delete
  2. Melihat dari hati, ternyata kehadiran tidak menampakkan harmoni. Ada yang bawah umur sibuk dengan handset, ada yang membelek ipad, semua yang hadir tiada konsentrasi.

    Datang sekadar memenuhi ruang. Riuh rendah melayu kelas bawahan, mendengar lawak bodo dari pemimpin lanjut usia yang terang mata 2020 tapi gelap hati.

    Pada panglima yang pengampu, rugi jadi panglima kalau tak dapat bawa mesej dari Maha Perkasa, jadi panglima bukan takat nak cium kaki bekas2 menteri.

    Panglima bukan bertugas 5 tahun sekali.

    Hebatnya Nik Aziz dapat menarik kasih sayang rakyat.

    Husam berani, tok det yang lari. Dah kata tera, turunlah gelanggang.Takat Ku nan tu kacang je bagi Husam..

    Kesian kat Mahathir mencari-cari dahan berpaut demi menyelamatkan anak-anaknya.Lupa asal usul tu takat dok juai kacang puteh.

    Doa rakyat dizalimi dengan penyelewengan harta khazanah bumi milik Allah sudah tidak ada hijabnya lagi. Langit terbentang luas...

    Rakyat nak ubah kerana Allah.

    ReplyDelete
  3. Tum M dh retired dekat 10 th dah tak de sorang pun yg bust pengakuan yg tun buat x betui....tp nuar 48 org beb....kkate nuar memang kaki liwat......ingat ti 48 org.....yg tetakhir SIDIK BABA.....

    ReplyDelete
  4. Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
    Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

    “Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

    Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.

    Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

    Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.
    Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.

    “Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

    “Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

    ReplyDelete
  5. Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan biru (IC).
    Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
    Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984.Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.


    Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.
    “Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir (beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
    Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo, selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.
    Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.
    Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.

    ReplyDelete
  6. Mengata dulang, paku serpih.Mengata orang, awak yang lebih! Begitulah ungkapan yang boleh kita katakan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 yang begitu mudah sekali menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaumnya sendiri menderita.

    Selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003), banyak perkara yang dilakukannya mengkhianati orang-orang Melayu. Antara perkara penting tindakan UMNO yang boleh kita kategori sebagai tindakan khianat terhadap bangsa dan agamanya adalah :

    1. Mahathir telah menghapuskan kuasa raja

    Bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.

    Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

    2. Mahathir telah meminggirkan Bahasa Melayu.

    Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.

    3. Mahathir telah berusaha untuk menghapuskan Sekolah Agama Rakyat [SAR]

    Beliau telah memberhentikan pemberian perkapita tahunan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai usaha untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama ini.

    Tujuan sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.

    4. Mahathir Menghina dan menyekat Islam

    Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam; Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi; Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan; Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama; Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

    Sewaktu ditemubual oleh wartawan pada 18 Ogos 1991, Mahathir berkata, “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

    5. Mahathir Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    Kes Anwar Ibrahim; Kes fiasco Tun Salleh Abbas; Percutian Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin bersama Datuk VK Lingam; Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu.

    DUN Likas; Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim; Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran; Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Datuk Seri Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan Perlantikan Datuk Arifin Jaka dan Datuk Agustin Paul sebagai Hakim Mahkamah Agung.

    Ah! Terlalu banyak pengkhianatan yang Mahathir lakukan terhadap kita semua, rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  7. Tenyata komen2 panjang adalah drpd org yg sama. Project ic DSAI yg perkenalkan tp sengaja mengaburi mata rakyat mengatakan poject tu TUN punya. Maka tertipulah lagi TUN dan rakyat masa tu dek kelentong DSAI.Tiada perkataan lebih baik drpd 'KHIANAT' yg sanggup bersengkokol dengan musuh Islan iaitu Yahudi. Sebusuk2 TUN, Tun tidak menggadaikan maruah bangsa dan negara pada pelobi2 Yahudi.

    ReplyDelete
  8. Anwar dan prngikutnya takut bils tdm bersuara......
    (

    ReplyDelete
  9. Ni qaseh bonda anak beranak mak bonda,jgn dok melalut. Tok garu nik ajis ni special sikit,maklumlah consultant Allah. Mana taknye,org lepas toron dlm keretapi dosa dah di ampunkan, org dah toron pungoq dosa dah diampunkan,peliaq org kena ice cream dosa dah diampunkan,dosa spender putih pun dah diampunkan. Dasyat jugak tok garu punya consultant.

    ReplyDelete
  10. Salam Anon 6.30 pm. Terimalah dengan berlapang dada dan berbaik sangka.

    Melayu kelas bawahan saja yang terus sokong umno sebab upah pasang bendera tinggi dan hadir cermah dapat makan free.

    Lihatlah persekitaran rakyat bangkit melawan kerajaan lemah,kerajaan korupsi. Melayu yang tinggal dalam umno macam anon yang suka maki, baling batu sembunyi tangan dengan tidak bernama.

    Terimalah hakikat peranan ulama seperti tok guru Nik Aziz. Tanpa contoh pemerintahan seperti Nik Aziz, mana munkin pakatan dibentuk dalam 4 buah negeri dan akan bertambah lagi PRU 13 nanti.

    Melayu yang tinggal dalam umno hanya melayu malas, melayu tak habis mengaji, melayu menagih subsidi dan suka maki-maki macam yang tidak bernama 6.30 pm.

    Jangan marah-marah. Marah dari setan. Setan dari api. UMNO dah didik dari kecil bagi main api, bila besar jadi macam anon 6.30. Cermin umno lihatlah pada pengikutnya.

    Mampukah Mahathir menarik pengikut seperti kehadiran rakyat bersama tok guru, membanjiri masjid Putrajaya dan Ustaz Azhar Idrus dimalam yang sama
    program dengan mantan PM.

    Terimalah kenyataan rakyat bangkit kerana Allah, niat nak ubah kerana Allah.

    Sudah sampai masanya UMNO duduk di kerusi pembangkang. Bangkanglah habis2an dah kata pakatan tak pandai perintah.

    Susah sangatkah nak terima kalah??

    Kita nak bergaduh tak pasal2. Rakyat tunggu minyak turun, tol dihapuskan, kereta turun harga, PTPTN semua dah tak payah bayar dan banyak lagi janji pakatan. Tok guru jadi sandaran, janji mesti ditepati.

    Nak ke tak nak???





    ReplyDelete
  11. Tok sahak nak monang cam mano jentera kempen jalan tongah malam dah tu poie kek umah yg toktok umno apo jadah eh... Nak poie umah pengundi ateh pagar takut kono sombor mampoeh lah kalau tok sahak monang laie ... Den nak posan kau agak hak kau tak kuar kek pantai kau leh monang ko ghontianlah

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive