Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, May 15, 2013

WaR Room atau Wash Room

Kelemahan War Room BN
Ruslan Kasim

KUALA LUMPUR 13 Mei - Kegagalan Bilik Gerakan War Room menyalur maklumat serta memaklumkan kehendak pengundi menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, Bilik Gerakan 'War Room' BN Pusat gagal mengemukakan strategi yang boleh diguna pakai jentera BN bagi memenangi hati pengundi.

Selain itu ujarnya, jentera BN juga gagal menangkis fitnah dan menjawab segala tuduhan pembangkang terutama yang disebar menerusi media sosial.

"Petugas Bilik Gerakan 'War Room' BN Pusat juga tidak turun ke peringkat akar umbi bagi mendengar keluhan rakyat selain didapati kurang bekerjasama dengan petugas di peringkat bawahan dalam merangka strategi parti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi supaya BN menilai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 terutama dalam mengenal pasti kelemahan sehingga gagal memperoleh majoriti dua pertiga.

Menurut Mohd. Puad, langkah itu perlu berikutan kekalahan BN di beberapa kawasan dikatakan berpunca daripada kelemahan Bilik Gerakan 'War Room' parti itu sendiri.

Menurut Ruslan, pihaknya turut mendapati bahan-bahan kempen BN hanya sampai di Bilik Gerakan Utama Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dua atau tiga hari sebelum tarikh mengundi.

Katanya, kebanyakan bahan itu juga disimpan di Bilik Gerakan Utama dan tidak diagihkan kepada pengundi.

"Saya juga hairan bagaimana seseorang yang tidak pernah bertanding di peringkat cawangan dalam UMNO boleh mengetuai Bilik Gerakan 'War Room' seperti yang berlaku di beberapa kawasan," katanya. - Utusan.

INGATAN KERAS HINGGA PRU-14***paling ketara, AMAT LEMAH di negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka****

Tengku Adnan, APOLAH TAK CERODIK kau nie...yang sibuk menjawab dalam media dan diketahui satu dunia, apasal. Macam ini ke kualiti seorang Ahli Parlimen Putrajaya, merangkap Setiausaha Agong UMNO? Lain kali, isu-isu ini tak perlu jawapan. Cukup dengan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Ruslan Kassim, WR ialah Safe House jadi kalau dia tahu lemah, maknanya WR BN berlaku kebocoran. WR BN ialah paling kuat dalam mana-mana Parti siasah di Malaysia. Tak perlulah kau heboh nak cerita kan orang luar bagaimana kau orang kerja KUAT di WR tu. Osah BANGANG kau jang.

Nampaknya DS Najib akan menghadapi masalah dengan senario Ahli Politik UMNO yang lopong lagi mudah dibodohkan oleh Orang Luar. Cobaan...cobaan...

3 comments:

  1. Saudoro,
    Kira OK lah tu,strategi dio orang.Tactic is common sense,when you win the war that shows you have a good and balanced tactic.Tak baik homtam tak tontu pasal,dah monang dah,langkah yang paling baik bagi cadangan,baiki kelemahan,buat appreciations dan formulate new plan.Yang duduk dalam dan menggangotai War Room jangan jadi Bodoh Sombong,buka mato,telingo,turun on the ground,dapatkan fakta secara real dan praktikal,jangan pandai main ideas atas kertas ajo,banyakkan baca blog macam blog Paneh ni dapat kan input dan buat rumusan.Kalau rumusan tak bagus,bagi keputusan yang botul,jangan nak bodek boss ajo semuo baik dan OK nanti KO jadinyo.A Leader needs good imformation and realiable facts in order to make a good and successful decision.Eh, macam Sun Tzu lak den ni bincang the Arts Of War...lantaklah.

    ReplyDelete
  2. tak boleh buat ape dh,bw lah konsep penyatuan kaum dgn apa jua slogan ats dasar perkongsian,adaikta masih wujud pengkhianat bangsa dan agama,tetap belaku undi populasi ats dokongan undi populis.Sepatutnya org melayu tambah shj calon di kaw parlimen sbnyk 151 utk berhadapan d pru 14.Mca,gerakan,ppp dn kompenan parti lain,biar fokus kaw majoriti cina atau india.Biar umno dgn kompenan parti sabah srwk berada d barisan hadapn skali,utk tewaskan pengkhianat bangsa dn ngra yg terbesar di dlm mlysia

    ReplyDelete
  3. akibat daripada undi populis maka wujudlah terjemahan undi polarisasi akibat dari sunami kesedaran yg tinggi di kalangan pengundi2 luar bandar.Maka, tabik spring la pada pengundi2 luar bandar yg lebih bijak dan tidak beremosi serta lebih mengenali tunggak kepimpinan negara yg terbaik(lebih mengenali watak2 conman di persekitaran mrk) berbanding dgn penggundi2 di dlm bandar.

    ReplyDelete

Blog Archive