Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Friday, May 3, 2013

Gantung Lesen Akhbar Sinar Harian!

KDN sudah halal untuk bertindak berasaskan perundangan, khusus merujuk kepada Artikel 149, Perlembagaan Persekutuan iaitu usaha mengembang anasir subversif, ke atas Penerbit Sinar Harian, Editor SH, Ketua Pengarang SH dan rakan sekutu Sinar Harian.

Pada 2 Mei 2013, mukasurat 13, SH menjadi Agen Propaganda Verbatim Isme-isme Komunis, apabila tanpa rasa bersalah dan malu untuk menyiarkan iklan bergambar Tamrin Ghafar. Usaha ini dilihat sengaja ditonjolkan untuk dijadikan "kambing hitam" agar rakyat mula mempertikai Integriti Laporan MAGERAN, Jemaah MAGERAN, Parlimen Malaysia yang bersidang 1970-1972 hingga isu-isu ini dibahaskan dalam Parlimen pada 2009, Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia ( khasnya Rejimen Askar Melayu Di Raja), Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman Negara, Pejabat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada 3 Mei 2013, mukasurat 33, SH menjadi Agen Provokator Sembrono Melampau isme-isme Komunis, apabila menyiarkan iklan bertajuk "Melayu hilang kuasa kalau PR menang di NS"?...dengan memaparkan gambar Institusi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Ini merupakan penghinaan terbuka kepada institusi Kerajaan Negeri di bawah payung Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. 

Apakah orang Melayu tidak sensitif (hilang daya fikir dan keprihatinan serta kebimbingan), bahawa, permainan media cetak Sinar Harian ini sudah melampaui batas dan susila perpaduan dan kesatuan ummah. SH sudah melanggar adat dan adab dalam penerbitan surat khabar. 

Andai ini  liberalisasi akhbar yang diperjuangkan, maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu diperkasa semula. Permainan provokasi dan propaganda media secara halus yang cuba ditelanjangkan oleh SH, amat merbahaya kerana inilah punca-punca meletusnya tragedi perang saudara.

Pak Sedaro minta semua yang prihatin kepada kesopanan dan kesusilaan, melancarkan "image damage" kepada Sinar Harian yang tampak tidak rasional dan bijaksana dalam penyiaran.

Editor dan Ketua Pengarang Sinar Harian sudah menjadi alat adu domba paling kufur dalam pilihanraya ke-13. Apakah ini agenda tersirat Komunisme, Freemason dan Syiah melalui media ortodoks yang diselia oleh anak-anak sawo mateng yang lupa asal-usul dan menafikan kehebatan keturunan yang dimuliakan Allah jua...

KDN sumbat manusia durjana dan lahanat ini SEGERA. Sebelum Nasi jadi bubur BASI.


6 comments:

  1. Ekau takut sangat knpo...banyak bona kopontingan ko ni jang oii...mca dlm BN x plk ko takut jang...jang..jang..

    ReplyDelete
  2. Salam warga Paneh,

    Saya dari Shah Alam, saya berdoa agar BN akan menang di N9.

    Pengalaman saya Selangor 4 tahun lebih di bawah PR amat memeritkan. Paling 'tak sedap' bila pada tahun 2009 saya ke pejabat Mufti Selangor kerana ada urusan dan lihat sendiri Cha Ya Nun Alif2 berkeliaran di sekitar pejabat dengan berskirt dan pada saya sesuatu yang 'janggal'.

    Masalah paling ketara ialah mereka tak boleh buat kerja. Termasuk kerja semudah penyelenggaraan SAMPAH SARAP. Mungkin terlalu banyak berpolitik dan sibuk menggali kesah lama untuk disensasikan. Masalah Air jangan ceritalah.

    Dan jalan keluar yang standard ialah 'itu kerja BN' pada hal masa tu kuasa di tangan mereka.

    Saya amat berharap N9 tidak akan mengalami apa yang kami alami.

    You all don't have to learn the hard way like we did! Talking Talking Talking is one thing, Doing the actual work on the ground for the rakyat is totally another different thing!

    ReplyDelete
  3. Undi adalah hak individu. While exercising your rights to do so.. Do not be fooled to be trapped in current ugly political landscape of this country. I am not convinced that our political landscape is clean no matter if u look at it from current govt perspective or opposition perspectives. Too much flaw and self interest ... Its a choice between evil and evil. Only Him will judge me in d most fairest manner as He knows best.

    ReplyDelete
  4. salam....sy penyokong umno dulu..kini dan selamanya..tp ada yg sy tak suka pasal umno..kat kelantan org ramai munajat kul 3 pagi...tp bn buat konsert yg melalaikan anak muda kat Sikamat...Tolong bg tahu org atasan sikit kurangkan konsert2 dan artis ni..

    ReplyDelete
  5. 0700 pm dongar ni den nak sekolah an kau sikit mca dlm BN masih bawa kawalan persiden parti BN masih bangso kito agamo kito den nak tanyo kau gabungan pr ni sapo presiden eh tigo pati lam tu den tak nampak pun .... Kau pililah sorang sapo nuar ko, hadi awang ko atau lim komini ko......

    ReplyDelete
  6. Standard blogger Bn..post article then comment sendiri.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive