Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Friday, May 10, 2013

Malayuwiyah @ Bani Jawi

 


Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
'Takkan Melayu hilang di dunia'!


*********


Kalau anda adalah seorang yang minat dengan sejarah anda pasti dapat menangkap beberapa maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam gurindam ini. 

Terima kasih Tuan Semantani Jones.


PAK SEDARO MERAKAM TAHNIAH DI ATAS GURINDAM TUO ini. Moga Allah pelihara Bani Malayuwiyyah nasab keturunan Nabi Ibrahim A.S. bersama Siti Qanturah.

5 comments:

  1. melayu telah membuktikan mempunyai perdagangan yang kukuh di akhir kurun 14,dan kurun 15,16 ada lah kemuncak kejayaan melayu dalam perdagangan hanya dikhianati oleh penjajahan dan orang asing. perdagangan negeri cina pula jatuh pada kurun 18,19 disebabkan candu. kurun ke 20 penghijrahan cina mula keluar dari negeri cina di sebabkan politik,sengsara hidup dan kemiskinan dan kekurangan tanah. yang pelik nya kenapa tanah melayu salah satu dipilih nya.

    ReplyDelete
  2. Sedar atau tidak...

    British datang ke Tanah Melayu bukan kerana kerana membolot kekayaan, tapi mereka sudah tahu siapa bangsa Melayu yang sebenar.

    Kalau tidak, kenapa "devide dan rules" itu dijalankan di Tanah Melayu, semata-mata melemahkan bangsa Melayu dengan membawa masuk Cina dan India dengan tujuan melemahkan perpaduan Melayu dengan melakukan pengasingan bangsa mengikut tempat dan keadaan.

    Dah berkurun, berpuluh kerajaan yang bangsa Melayu bina, semuanya dihancurkan oleh musuh Melayu dan petualang dalam bangsa Melayu.

    Kita perlu faham, British adalah freemason.

    Persoalannya masih ramai tak faham kenapa Portugis, Belanda, British menyerang secara berterusan.

    Fahamilah kenapa beratus-ratus manuskrip Melayu lama di bawa keluar dan disimpan di negara mereka. Kerana manuskriplah menceritakan keadaan sebenar siapa Melayu yang sebenar..

    Sebab, MEREKA TAK MAHU MELAYU SEDAR AKAN KEKUATAN SEBENAR.

    Kita bangsa bijak dan kuat, tapi dikaburkan sejarah yang ditulis oleh Barat.

    Tulisan mereka menyebabkan Melayu terpedaya dengan sejarah ciptaan mereka.. sedangkan Sejarah Melayu yang sebenar terletak pada manuskrip yang mereka telah bawa lari..

    Ingatlah, Barat mahu kita terus "tidur" dan terus memimpikan kita dengan idealism dan doktrinisasi mereka.

    Tapi percayalah. Bangsa ini akan dibangkitkan dari tidurnya pada akhir zaman.

    ReplyDelete
  3. awal ugama megenal diri,
    bukan pula mengikut parti,
    pegang Al Quran sepenuh hati,
    kerna dalamnya rahsia tersembunyi,

    ayuh bangkit wahai melayu,
    demi kepentingan ugama yg satu,
    genggam erat persaudaraanmu,
    demi kesejahteraan anak dan cucu.

    hahaha,,
    sesi berbalas pantun la pulak.
    Pikirkan.

    ReplyDelete
  4. menarik pantun semangat nie,boleh bagi versi baru mengikut zaman merangkum gambaran masa hadapan,baru holistik matlamatnya.Hidup islam melayu

    ReplyDelete
  5. make nasi ikan bilis badan sakit nak di operate nok gi spital tak do pitih musim pru dh abis bereh

    ReplyDelete

Blog Archive