Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, May 22, 2013

Geng bakar jambatan

1. Kami ingin kongsi kisah benar pengalaman sendiri bersama sekumpulan bakal doktor yang baru pulang ke Malaysia dari pelbagai negara (oversea).

2. Ketika itu kami dijemput untuk bagi 'talk' selama beberapa jam bersama lebih kurang 200 bakal doktor yang terdiri daripada 40% Pribumi, 25% Cina, 25% India dan selebihnya lain-lain. Dipendekkan cerita, tibalah kepada sesi soal jawab.

3. Seorang doktor Cina lulusan Ireland bangun dan bertanyakan soalan dengan pelat, "Mengapa Perkara 153 dalam Perlembagaan perlu dikekalkan? Bukankah perkara itu seolah menghina orang Melayu terutama dalam dewan ini yang jelas setara dan mampu bersaing dengan kaum lain? Bukankah lebih ramai doktor Melayu dalam dewan ini sekaligus membuktikan Melayu tidak perlu dilindungi dengan sebarang hak istimewa untuk mereka berjaya seperti kaum lain?" Lebih kurang begitulah maksud soalan doktor Cina itu kerana ayat yang digunakan untuk bertanya soalan ketika itu sebenarnya tunggang-langgang - macam cakap bahasa pasar Cina jual ikan.

4. Nasib baik doktor Cina tu tak tanya pasal corruption, kalau tak kompom kami gelak guling-guling. Cina nak cakap pasal korup dan rasuah?!...Memang maharajalawak la.

5. Sebelum menjawab soalan tersebut, kami terlebih dulu bertanya 2 soalan. Soalan pertama, "Berapa ramai dalam dewan ini yang merasakan mereka memang benar-benar layak belajar medic untuk jadi seorang doktor?" Jawapannya - hanya 3 orang Melayu saja yang tidak mengangkat tangan. Yang lain semua merasakan mereka layak. Soalan kedua, "Berapa ramai yang sokong Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan?" Dan jawapannya juga sama, hanya 3 orang Melayu saja yang tidak menyokong dihapuskan Perkara 153. Doktor Melayu lain...SOKONG HAPUSKAN!!

6. Adakah maksudnya Melayu kini sudah mampu bersaing dengan kaum-kaum lain? Adakah ini juga bermakna Melayu kini bersedia menghapuskan hak sendiri semata-mata ingin dilabel berkemampuan untuk 'duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan kaum-kaum lain?

7. Kami tak berhasrat untuk menulis di sini jawapan yang kami berikan kepada doktor Cina itu kerana ia melibatkan OSA. Lagipun kadangkala agak sukar nak menerangkan sesuatu perkara dalam bentuk penulisan.

8. Namun usai memberi jawapan dan sebelum sesi tamat, kami bertanya sekali lagi soalan, "Sekarang angkat tangan berapa ramai yang masih setuju Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan?" - Dan seperti jangkaan, tiada seorang pun yang mengangkat tangan. Selesai satu bab.

9. Pengalaman bersama para doktor muda ini sebenarnya turut kami alami di beberapa organisasi, terutama institusi pengajian tinggi yang kebanyakan anak mudanya mengaju soalan yang sama, "Apa perlunya lagi Perkara 153?" Yang sadisnya, soalan seumpama itu ditanya oleh graduan Melayu!!

10. Sama ada kita sedar atau tidak, kini sudah wujud ramai Melayu liberal di luar sana. Spesis Melayu liberal yang merasakan perjuangan bangsa atau kaum itu sudah tidak penting lagi...tak relevan. Pemikiran generasi moden yang merasakan "Aku berjaya sebab diri aku sendiri, bukan sebab orang lain, bukan sebab ibu bapa mendidik aku, bukan sebab kerajaan bagi peluang kepada aku, bukan sebab hak istimewa yang diperuntukkan untuk bangsa aku, bukan sebab masyarakat di sekeliling aku. Aku jadi hebat sebab memang aku hebat."

11. Pemikiran sedemikian hakikatnya turut dikongsi sebahagian besar generasi muda urban hari ini. Ramai generasi pribumi liberal yang segan nak mengaku mereka Melayu/Bumiputera terutama apabila berada dalam kalangan bukan Melayu. Sebab itu mereka sering bersikap apologetik, kurang sifat sayang pada bangsa sendiri, menganggap hak sama rata itu lebih adil, merasakan demonstrasi dan LGBT itu adalah gaya hidup moden serta hak asasi manusia yang perlu dipertahankan, menganggap Perkara 153 adalah penghalang kepada kemajuan bangsa, malu mempertahankan hak sendiri dan merasakan mempertahankan hak sendiri sebagai racist semata-mata nak jaga hati kaum lain.

12. Kelompok pribumi liberal ini jugalah yang berperanan untuk memudahkan tugas kaum lain semata-mata ghairah untuk menjadi JAGUH memperjuangkan hak sama rata dan demokrasi tanpa kawalan bagi pihak bukan Melayu.

13. Siapa sebenarnya yang suburkan fahaman sebegini?

14. Pribumi merupakan penduduk dominan di negara ini dan bersandarkan kepada faktor dominan itulah, maka sebarang perkara yang mengancam dan memudaratkan mereka pasti akan memberi kesan yang besar kepada negara.

15. Realitinya pribumi sudah terlalu lama hidup selesa dan tidak peka lagi terhadap isu yang menyentuh masa depan bangsa sendiri. Mereka beranggapan bahawa hak dan keistimewaan mereka akan sentiasa dilindungi dan dipertahankan buat selamanya bersandarkan hujah mereka adalah peribumi yang mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Mereka merasakan bahawa perjuangan bangsa adalah satu sifat yang bertentangan dengan Islam kerana kononnya ia mencerminkan sifat asobiyyah jahiliyyah. Isu bangsa bagi mereka tidak relevan dengan zaman ini yang mengagongkan prinsip kesamarataan dan hak asasi manusia. Akibatnya mereka lebih rela berbalah daripada berusaha mencari titik persamaan bagi menjamin masa depan generasi pewaris bangsa.

16. Jika sudah berjaya menyeberangi 'jambatan', perlukah nak dibakar pula 'jambatan' itu disebabkan kita sudah tidak memerlukannya lagi? Bagaimana pula dengan nasib mereka yang masih belum berpeluang menyeberang 'jambatan' yang sama?

17. Ada sahabat kami bukan Melayu yang sangat terdesak untuk diterima sebagai Melayu. Dia kahwin dengan wanita Melayu, bercampur gaul dengan orang Melayu, tidak pernah lagi bertutur dalam bahasa ibundanya, berpakaian seperti orang Melayu, menjadikan makanan Melayu sebagai makanan kegemaran, serta pelbagai cara yang dilakukan dengan harapan para sahabat dan bangsa Melayu menerimanya sebagai Melayu. Namun sahabat dan handai taulan masih juga sukar mengiktiraf beliau sebagai "Melayu".

18. Tetapi hari ini sudah wujud kelompok Melayu yang kebanyakannya "so-called professional", "so-called elite" yang nak jadi lebih Cina daripada Cina. Apa cer?

7 comments:

  1. Salam Paneh,
    Bykkannyo sobab 2 sobab:

    pertamo x sodar diri sobab 'jambatan tu la dio dapek poie soborang, x mcm org len kono boronang, buek rakit sampan bagai nak poie soborang.

    keduo x sodar diri jugak sobab x mikir generasi kendian ni apo nasib diorg kalau dio bakar jembatan tu. ni jonih x do ati porut sobab mikir kan tembolok dio yo. dlm kepalo otak tu, janji den dah lopeh, yg kendian tu pandai sendiri la. dio x sodar kot x togah dek otai2 dulu la mikirkan generasi skrg ni punyo susah sng, x meraso la dio nak jadi doktor.

    ReplyDelete
  2. Artikel yang bernas tapi punchlinenya tidak ada. Apo masalahnyo dengan OSA kalau diceritokan ?

    Bukankah LEBIH RAMAI para graduan Melayu Liberal diluar sano yang tidak mendapek ponerangan seperti yang tuan borikan pada doktor2 muda itu ?

    Sekironyo tuan berjayo mentarbiah doktor2 mudo itu, bayangkan kosannyo yang pasti lebih meluas jiko dapek ditulis dalam bentuk artikel dan disebarkan secaro meluas ?

    Kalau takut OSA, tuan biso ajo pakai blog baru yang tidak bernamo.... den boleh jugo tolong sebarkan !

    Serius ni... kongsikan bersama !

    ReplyDelete
  3. As salam mazli dan din.

    Sorilah den buek ekau raso antiklimaks ngan post ni din. Tapi bab keselamatan ni ado bondo yang kito boleh citor public dan ado bondo tak bulih. Takut tesalah citor kang, ado kutu berahak mano dok passing bondo ni kat read bean army, masak kerajaan nak jawab.

    Anggaplah tok moyang kito dulu dah cukup bijak buek perlembagaan persekutuan yang begitu 'cantik' demi nak jago waris keturunan Melayu. Ado hikmah pembesar negara yang terawal dulu punya latar belakang undang2.

    Tapi kalo den jumpo ko personal nanti din, kompom den tak akan sorok apo2. Den bagitau sumo. In shaa Allah. Dan den harap lopeh tu, ekau bulih karang ayat camno nak bagi sebarkan info ni.

    Tapi nengok la camno, pelan2 kok ado maso den cubo karang sikit2 hint.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Asyik2 cerita bodoh LBGT...

    Woi melayu....
    cerita la pasal Ekonomi... bukan pondan macam Aznil Nawawi, azwan ali dan dee yang muncul kat TV3 dan astro...

    sape sokong pondan2 ni selama ni... Stesen Tv3...

    Yang India MIC pulak asyik cerita sekolah tamil... bile nak masuk bab universiti... wei, orang da hantar roket ke bulan laaa...

    Bodoh betul la UMNO dan penyokong bodoh nya...

    ReplyDelete
  5. Salam...
    Perkara yang menyebabkan berlakunya 'tsunami cina' ini lah dia..dok nak mengkelamkan pemikiran orang je,tak de ke nak bagi kebenaran dalam atau sekurang2 nya kelebihan sikit untuk rakyat??!!zaman sekarang dah berubah tapi pemikiran pemikir2 kita masih dalam lamunan...ada satu contoh nak disampaikan...kat tempat keje aku rata2 anak cina yang baru lepasan U mengeluh kene bayar utang sebab mak bapak diorang boleh dikatakan 50% keje makan gaji macam kebanyakkan orang kita jugak..ada anak tokey petrol pam pun anak keje kilang lepasan U tu..yang menjadi persoalannya berapa gaji dia..sama dengan anak melayu yang lepasan U jugak..jadi siapa tak nak benda free adalah orang berpemikaran kolot lagi bangang tahap gaban la tu...selagi macam ni la sistem kerajaan .. selagitu kerja untuk masa hadapan anak2 bila kala nak hidup senang sebab jenerasi akan datang sama macam kita dan seterusnya...dan seterusya...fikir2kan la..

    ReplyDelete
  6. Saya sependapat dengan dinturtle, ramai kawan2 saya yang terkesima dengan liberalisme, konsep samarata yang mana menyebabkan mereka rasa boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih kuat drpada segi ekonomi.
    Perlu disedarkan mereka2 ini dengan hujah yang kuat dan dekat di hati mereka.

    Please give the hints obvious, and please do try to take your next vacation at tganu. Dinturtle will definitely be there hehe

    ReplyDelete
  7. dress macam perempuan pulak, buruk betul rupanya..

    .................................
    Sokong Blog Anti Fesyen Maksiat Di Bawah..
    http://wanitamelayuseksa.blogspot.com

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive