Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Thursday, May 23, 2013

Martabat Kuasa DYMM Raja-Raja Melayu

Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.

“Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya. Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan,” titah baginda. Sultan Johor juga bertitah bahawa sebagai pemerintah yang menaungi semua rakyat Johor, baginda tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak memandang rendah mana-mana pihak.

“Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya,” titah baginda dan menambah, sebab itulah baginda telah mengarahkan supaya mesti ada wakil daripada masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor.

Dua wakil masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco Johor adalah Datuk Tee Siew Kiong (Adun Pulai Sebatang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dan R.Vidyanathan (Adun Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.

Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja lain, anggota Majlis Jumaah Diraja, anggota Dewan Undangan Negeri termasuk daripada pembangkang dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Di Istana Alam Shah Klang, DYMM Sultan Selangor pula dengan kaedah paling tradisional dan Kuasa Kesultanan Selangor iaitu memegang sebilah tombak Sang Buana yang dititah ke atas Khalid Gagap, seterusnya melafazkan Sumpah Janji Perkhidmatan Eksekutifnya ke hadapan DYMM Sultan Selangor.


*********

Pengajaran penting kepada umat Melayu;

1. Bahawa Wa'ad tua masih terpakai walaupun Negara sudah berada di zaman serba moden dan teknologi.

2. Bahawa lambang kuasa yang terjurai daripada tamadun Islam tua semakin terserlah di Balai Rong Seri, Istana-Istana Raja dan Sultan Malayuwiyyah.

3. Bahawa Bani Jawi yang tersurat keturunannya akan terus menuntut bahawa Islam mesti nombor Wahid. Melayu ialah Tuan Kuasa Tersurat dan Tersirat.

Baca lanjut perihal Raja-Raja Melayu di sini, sana dan sinun.

16 comments:

  1. ado kuaso ko raja kito ni..jadi pak pacak bolehla..kalau iyo ado kuaso tak payah la nak ado plihanrayo..biar jo rajo yang pilih sapo yang porintah nogori n nogaro..askar n polis kan ateh namo rajo..polis dirajo malaysia..tapi konapolak montori yang mlantik ketuo polis n panglimo tentoro..kenapo rajo tak lantik..pasal tu anak mudo skrang dah tak poduli dongan krajaan..pasal malaysia ni dah tunggang trbalik..

    ReplyDelete
  2. malam mggu tok sahak buek majlis kek pantai..dio berucap macam orang gilo..nak sombolih kit siang n karpal singhlah,,lopeh tu di barua ae montori bosar..di lancau ae..macam tu ko wakil barisan nasional...bodoh boto sahak ni..kalau montori bosar tu barua ..orang yang pilih mb tu perdano montori n timbalan ae..biar den panggil lak yang memilih mb tu bapak barua..sobab pilih barua..lopeh tu yang bagi restu kek mb tu yamtuan bosar..panggilak dio pakcik barua kan baru adil..korang kek paneh ni tolong ajar tok sahak tu..maso dio berucap tu budak2 kocik pun ado..esok dah bosar habis sumuo rajo dipanggil ae barua..belajar dongan tok sahak

    ReplyDelete
  3. Saudara Anon 3:48pm, 23 May 2013. Ekau jang, jangan raso mogah bonar jadi hamba rakyat. Ekau kok tak faham, makna RAJA. Jangan hadirkan diri dalam lembah yang Allah laknat. Pesen kau cuba "jentik" melambangkan bahawa ekau ini, gelap hati, gelap iman. Ekau kok Muslim yang taat Agama Allah, mako, bertawassul-bermunajat-berdzikir-berkhalwat mencari "pandangan hidup" lebih bermakna. Jenis manusia berfikiran senteng dan kufur nikmat akliah sebegini amat MERBAHAYA dalam sebuah Negara Bani Jawi. Bahaso gelandangan yang acap kali digunakan "KOK BANGANG- BERGURU, KOK BODOH-BERILMU, KOK LOPONG-BERAMAL"...Siapkan jiwa, amal, iman, takwa dan ehsan supaya faham "Ruqyah-ruqyah...Rajo kepada Hamba Rajo"...

    ReplyDelete
  4. Anon 3:56, yo ko. Sey ado hal kek Senaling malam tu, jadi tak dapek poie. Mesti ado yang rekod bondo nie. Kok ado, tolong siarkan. Kito samo-samo nilaikan.

    ReplyDelete
  5. negaro tunggang terbalik kan pasal dek rajo. pasal dek politician bangang cam nuar brahim tu. kang dihasut eh anak mudo, anak mudo bangkit te'eh. yg mano akal tak cukup pikir main sauk yo nerimo. nak buat republik, nak rasa bonar republik duk la singapore, cuba acu an tgk duk sebulan sano. bangan takleh nak ikut.
    tanah melayu, tanah jawo, seluruh nusantara semuo ado berajo. China tu pun ado dinasti eh. ko jgn baco internet yo jang, mengaji la sikit tanyo kek org tuo2. main fesbuk yo kojo kau.

    ReplyDelete
  6. Den ado dulu eh Maharaja kutty yg lucut kuasa raja den. lamo bonar perintahnyo eh sampai lotak jawatan pun derama dulu ateh ponteh, skrg den dongar pejuangan dio dah solosai dah tak nyalak laei sobabnya eh anak botak dio dah jadi montori tongkat skrg kobarnya eh dah poei makan angin oversea. Msia kito ni hanya ado kapitalis dan rakyat marhaein mcm anon 8.36 perjuangan perut dan anak2 dah kayo, depan marah cino tapi belakang tokey2 ini lah yg dia kucup tak cayo tanya mendiang tokey perwaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bangang 9:46, bukan lucut koso rajo, Ngurangan kodo rajo yg mano rajo x leh laie ngambil bini org duko2 ati, x leh, nyubo an org betino sesuko Ati, tak leh munoh org sesuko ato......x kan tu pun salah.....klau kau bangang x tau jgn becakap....yo kau nonga cakap nuar yg ghoma nyubo an org tu.....tu sbb kau mada.....

      Delete
  7. wahai cucu cicit kamat..kok pandai bona kuaso apo yang ado kek rajo skrang ni..dalam kamus dewan..yang ado kuaso iolah orang yang momorintah..sapo yang morintah skrang..rajo ko atau ahli politik..rajo jadi pak turut jo.apo kono mongono taat kek rajo macam taat kek agamo..rajo ko yang tanggung doso rakyat..cubo kau torang kan.

    ReplyDelete
  8. den sokong rajo kek malaysia ni...suruh jo rajo bubarkan parlimen semulo...biar jo rajo yang morintah..apo macam cicit kamat setuju tak..perlembagaan tu sumo ae manusio yang tulis..dah mati pun orang yang tulis tu..buek jo bondo baru..biar rajo yang porintah nogaro...sokong rajooooo

    ReplyDelete
  9. alak bangang nak kono tanyo org mati lak ni bhai. apo burak ko ni? ado gak sorang lam PR seh tgk nak jadi rajo ni. Raja Dajjal yg ditunggu2 oleh pengikut blackout eh, hampir 70000 jumlah eh. Pakai baju hitam serupo mcm kristian katolik mourning ketiko menghantar jenazah org mati ke kubur mereka. cubo ko pandang. Surga jd nuraka, nuraka jd surga. merintah negri air takde. adakah kering psl dek bala? gereja evangelist tumbuh merata. kata org mkn rasuah dia pun ada buat juga. pasir, tanah habis di radah. tp bilang org punya salah. takpo kau makan laie laungan ceramah eh tu.

    ReplyDelete
  10. tapi yg pasti eh bhai non, bendera cap dajjal eh tuh. mato satu pandang dunio, kaler biru ko tgk la kaler bumi ni, maksud eh keseluruhan hidup semuo nak ngojar dunio bab akhirat jarang skali di sebut. namun yg pasti non kiri kanan MERAH melambangkan nuraka utk para pengikut tegar. Pilih lah sendiri non, jgn jobor bongkak bonar.

    ReplyDelete
  11. kot kalau yg kaler hijau pun samo gak, dunio gak jalan eh, tapi guno ilmu agamo, matlamat eh sampai ke bulan yo, nak lopeh ateh laie tak pasti lagi. kot ceramah crito bohong, sombong, caci, perasan baik taktau lah mano keahlian eh. dio ngan member eh lebih kurang yolah. tapi bab syurga, pahala burak eh. ko pikir la sendiri torang kek kau byk pun kau akal kan byk mano pun. ngan marah yo. peace.

    ReplyDelete
  12. Dengan tersiarnya komen diatas jelas menunjukan bahawa anak muda melayu terlalu chetek dan dengkelnya pengetahuan berkaitan istilah raja berpelembagaan. Hanya inilah satu satunya peluru yang harus dipertahankan bagi menjamin orang melayu kekal tetapi jelas menunjukkan bangsa melayu menuju ke arah kaum minoriti .. Di negara sendiri

    ReplyDelete
  13. anak muda melayu pandainyo bai,,tapi yang bodoh ae orang politik tuo jo..ksmi yang mudo ni memang sokong rajo tapi kenapo nak babitkan rajo dalam hal politik negaro..knapo rajo tak ngundi sekali..tak jadi calun skali..kami yang mudo ni kono brsaing dgn kaum cino sobab orng tuo melayu dulu manjang nak brpolitik jo..kami baru nak menanam orang cino dah sampai tahap mengeksport..kami baru nak jadi doktor,,orang cino dah bukak hospital..kami kojo ngan cino yang pengerusi ae orng mlayu..gaji cino 3000,,,gaji melayu 1000 jo..ado ko krjaan nak tolong...

    ReplyDelete
  14. RAJO? Makan Tanggung Berak Tong,,,
    Ramai yg tak sodar diri,samseng dgn rakyat,kepalo maksiat pn ramai jgk.Kunun2 ketuo Agama tp sebaliknya diolah paling menunjukkan contoh tak baik pado rakyat.
    Walaupun ado yg baik dan boleh di contohi,yang berjiwa Rakyat,,tapi amat payah nak jumpo la,,dlm Negaro skang ni cuma ado sorang je Rajo yg boleh kita nampak berjiwa rakyat,,,yg lain2 tu,,ontahla,,Tuhan je yg tahu.
    Kuasa? Salah guna kuasa tu yg banyak kito nampak sekarang,,,RajaKapoor,,,rembat projek buat harta,gundik sana sini,samseng dgn rakyat,,mcm2 la,,montang2 rajo kunun.
    Cicit Komut,,kau ni keturunan Rajo mano sebonar eh ni?nak tahu jugak,,Hee,,Hee,,,
    Bahaso FalSAMPAH kau bukan main lg,,,mcm bahaso Rajo Kayangan pulak,,
    Kah!!!Kah!!!Kah!!!Kah!!!!

    ReplyDelete
  15. memang iyo cakap kau bai, politician tuo kedaung tak sodar diri. anak mini pakai tudung, dio punyo punai pi toron pungkok jambu ngan GRO chino. Peh tu melalak nak merintah putrajaya. Jgn buek gilo, kang tak pasal2 ado "party bunga-bunga" kat sri perdana kang. Buek kono golak yo ngan berlusconi. Nak settlekan gaji kau cano jang? Dio nafsu dio pun tak boleh nak kawal, camano dio nak kawal Malaysia? Ko nak bersaing ngan cino, cino guan eng kat penang pun dio tak berani togur.
    Suruh org pi ngaji agamo, mentang2 lah dio ilmu tinggi, kaji dalam. Dalam mano? lam seluar, tu yang terlondeh seluar eh bilo masuk bilik hotel tuh. Kan sonang nak nanggal an seluar anak org. Ayat mau power, brg mau baik. Cubo nanyo dio apo ilmu pakai eh? mano mengaji camtu?
    Kot dio ni lah nak merintah Malaysia, siapa yang nak taat pada org macam ni? setahu aku firaun dulu pun sombong angkuh jugak. Cubo kau tanya an kek dio.

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive