Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Sunday, April 7, 2013

AKU BERJANJI


1. MENANGANI KOS SARA HIDUP

Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
• Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
• Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

2. MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

• Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
• Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
• Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
• Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
• Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
• Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

3. MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
• Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
• Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

4. PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

• Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

5. KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
• Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
Meningkatkan jumlah permit teksi individu
• Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

6. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
• Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
• Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
• Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak
• Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

7. MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
• Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan
• Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
• Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
• Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia
• Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
• Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

8. MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA

• Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
• Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
• Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik
Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
• Mengembangkan persekolahan satu sesi
• Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil
• Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
• Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar
Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
• Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian
• Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
• Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20%
• Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
• Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

9. MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
• Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
• Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar
• Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis
• Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
• Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan tempat letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
• Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam
• Pengambilan tambahan 50,000 Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

10. MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA

• Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
• Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari
Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal
Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
• Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

11. MEMENUHI ASPIRASI BELIA

Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka
• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar
• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

12. MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

• Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah peribumi
Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
• Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti
Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil

13. MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

• Mendukung Islam sebagai agama Persekutuaan dan mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah
• Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
• Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
• Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat
• Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat
• Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji
• Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

14. MEMERANGI GEJALA RASUAH

Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
Menaik taraf kedudukan ketua dan pegawai kanan Pesuruhjaya SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah
• Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
Melaksanakan akujanji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

15. MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK URUS TADBIR

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan
Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
• Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
• "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
• Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-Pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
• Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan
• Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
• Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

16. GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

17. MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

• Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
• Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
• Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
• Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
Menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
• Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal


KESIMPULANNYA...UNDILAH BARISAN NASIONAL!

4 comments:

  1. Waghih, tengoklah ni. Pencacai UMNO ni mengamuk sakan hilang akal. Camno nak perintah negaro camni. Semuo berlagak gangster, samseng dan lanun bilo dah terdosak. Kalau UMNO memang kuat disokong rakyat, apo peduli dengan kempen2 kecil dibuat pembangkang tu..

    http://www.darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/04/video-samseng-umno-ugut-nak-terajang.html#more

    ReplyDelete
  2. menifesto BN pun tiru PR punya apa punya barang laaaa...

    ReplyDelete
  3. betul ker tiru pembangkang?

    Harga kereta

    Manifesto Rakyat
    Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

    Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

    Manifesto BN
    Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

    Fakta:

    Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

    Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  4. owh hebatnya aku janji nie....
    dalam bab memperomosikan islam tue gua sokong 120%...
    makanya bila pulak rosmah aka isteri pemimpin negara n isteri orang yg berjanji nie nak tutup aurat..???
    baru berkesan promosi dia....
    ke nak tggu aku janji nie berkuat kuasa..???
    atau nak tggu lepas dpt undi....
    xsabar2 gua nak tgok rosmah and familynya tutup aurat...
    hahahaaa

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive