Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Friday, April 5, 2013

Apa yang pelik dengan gambar Nik Aziz ini?


Tiada yang gempak sebenarnya. Gambar ni pun dah lama. Hanya dua orang Mursyidul bersalaman. Sorang Mursyidul Am Pas dan sorang lagi Mursyidul Am Pakatan.

Tapi yang peliknya...yang sorang tu bersalam menghulurkan tangan kanan dan yang sorang lagi membalas menggunakan tangan cebok.

Sebagaimana semua maklum, syarak mendahulukan penggunaan tangan dan anggota kanan untuk perkara-perkara yang mulia atau ketika melakukan sesuatu kebajikan seperti sedekah, berwudhuk, makan, berpakaian etc.

Manakala tangan kiri pula digunakan untuk melakukan aktiviti kurang mulia atau dengan bahasa mudahnya membersihkan kotoran atau sesuatu yang buruk.

Syaikh Salim al-Hilali berkata, "Tangan kiri tidak dipergunakan kecuali dalam perkara-perkara yang menjijikkan dan perbuatan-perbuatan yang tidak mengandungi unsur kemuliaan."

Daripada Syaidatina Aisyah Radhiyallahu’ anha, "Adalah tangan kanan Rasulullah SAW untuk bersuci dan makan. Dan tangan kirinya untuk urusan tandas dan apa-apa yang kotor." (Hadis Riwayat Abu Daud).

Jadi apa rasionalnya Karpal Singh menyambut salam Nik Aziz dengan tangan kiri? Adakah Karpal cuba memperlekehkan Mursyidul Am Pas seolah Nik Aziz seorang yang jijik, kotor dan buruk? Atau Karpal ingin menyampaikan mesej bahawa Nik Aziz dan Pas adalah lekeh pada pandangan DAP?

Dari sudut psikologi, jenis atau kaedah bersalam mempunyai maksud tertentu yang dinamakan 'bahasa bersalam'. Perhatikan cara bersalam di bawah ini dan bandingkan dengan cara bersalam Karpal dan Nik Aziz.



Satu tangan mengadap ke bawah dan satu tangan lagi bersalam dengan cara menadah.

Bersalam sebegini bermaksud tangan yang menadah mengiktiraf tangan yang mengadap ke bawah kuasa untuk mengawal yang lebih dominan.

Adakah cara bersalam kedua mereka ini bermaksud DAP yang diwakili Karpal Singh hakikatnya lebih dominan dan berkuasa berbanding Nik Aziz selaku maskot kebanggaan Pas? Dan pimpinan Pas pula merestui kekuasaan DAP selama ini?

A picture is worth a thousand words.

21 comments:

  1. good one bro. harap puak2 sana dah sedar yang selama ini dap tak pernah pandang tinggi pun pada pas. malah pas sentiasa diperlekehkan dap. pas akan sentiasa bawah tapak kaki dap. harap saudara2 dalam pas sedar akan diri.

    ReplyDelete
  2. bila hati dan diselubungi syaitan semua benda boleh twist jadi macam syaitan. dah tak ada point ke nak hentam orang. ini sama spt ulama macai kata "kalau nabi muhammad dtg lelqte dia akan bunuh nik aziz dulu"

    ReplyDelete
  3. Penganut PAS dah jadi 'zombi'..ikot saje kata pemimpin yg dalam hati bersarang hasad dengki thdp UMNO....hny krn pemimpin tuh brpewatakan'ulama'..

    Tunggu jerla 'ularmak' tuh sedar atau pon 'kiok' dgn mmbawa dendam dia thdp UMNO...mungkin 'zombi2' itu semua akan sedar atau sehingga ngr kite musnah baru nak sedar...nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Den ingat an, n.aziz nak ghabo tetek karpal Singh, tu yg karpal tahan tuuu...

    ReplyDelete
  5. pok nik kan dah kata sanggup kerjsama dengan setan. setakat salam dengan setan hangus tu apadahal.

    ReplyDelete
  6. Lorr.tgn kanan dia sakit.ni pun jadi isu ke wei?

    ReplyDelete
  7. tgn kanan sakit tapi boleh pegang kertas?

    ReplyDelete
  8. Apesal tk boleh?

    ReplyDelete
  9. Senangnya lah nak bodek puak2 Pas ni...... sebut je ayat2 yang memuji Islam sikit, nescaya dipuji melangit oleh orang Pas. Langsung tak diminta bukti atau dipersoalkan keikhlasan disebalik kenyataan itu.

    Ingat lagi kenyataan Lim Guan Eng yang kononnya nak meniru cara pemerintahan Khalifah Umar ? Peeerrrgh.... Sampai sekarang orang Pas duk bercakap lagi tentang itu !

    Biarpun Tokong kesayangan Pas itu menuntut mau menggunakan kalimah Allah untuk digunapakai oleh Kristian bagi merujuk Tuhan mereka dalam alKitab, orang Pas TETAP memuji dan menyanjung Tokong mereka ini...

    Ni PRU13 dah hampir sangat dah ni, Lim Guan Eng kena juga UCAP sesuatu yang memuji dan menaikkan ego orang Pas bagi memastikan sokongan tak berbelah bahagi mereka kepada Tokong dan Dap ...... bukan setakat sokong tapi MEMPERTAHANKAN Tokong dan Dap, jadi keluarlah kenyataan ini -

    “Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari.”

    Maka bertakbir dan bersorak sakanlah orang2 Pas .......... pencacai2 Pas terutama mereka yang selama ini asyik menonjolkan gambar2 kezuhudan Tokong mereka, pun melaung2lah betapa mesra Islam nya Tokong mereka berbanding Najib.

    SEKALI LAGI ...... Hanya dengan sebaris ayat jer ..... habis orang Pas dibeli jiwa raga mereka .

    Samada Tokong memang bijak atau orang Pas yang bengap ...

    ReplyDelete
  10. Jokiden tak nak komen pasal kedudukan tangan2 mereka tu. Jokiden nak komen kedudukan Karpal Singki lebih tinggi dari kedudukan nik Aziz. Hahaha...

    ReplyDelete
  11. Amboi, amboi, amboi...

    Apo bangang bonar modal politik korang ni?

    Tangan kanan karpal tu, lomah Kan dulu dio tu sakit. Kono stroke dan accident?

    Sudahlah... Waghih den paneh. Bawaklah modal dan fakta godang sikit kok iyo nak monangkan UMNO dan BN ni..

    Caro camni, tambah membangangkan orang Melayu dan penyokong UMNO ni..

    Caro camni, lobih copek bungkuih UMNO dan BN maso PRU 13 nanti..

    Tuulah... Ghontikanlah berkawan dengan syaitan tu. Walaupun ko konal syaitan tu..

    ReplyDelete
  12. Ni dah dokek kul 10 pagi dah...

    Den nengok penyokong BN ni tak muncul2 lagi. Bolum bongkar tido laie ko? Subuh ontahlah..

    Selalu e den nengok, korang penyokong BN ni, asyik melutu PR, santak sampai ke dokek subuh..

    Itulah deh.. Kok bokawan syaitan dikenali, itulah jadi e..

    Sendiri mau kenal dirilah.. Konon nak belo Islam & nak belo Melayu..

    Kok bangun pagi lewat, solat subuh hanguih, toksahlah. Kokok bodogar2, ekor bergolumang taik..

    Tuuulah, janganlah bokawan syaitan lagi. walaupun ko konal syaitan tu..

    ReplyDelete
  13. pepagi buto pencacai pembangkang ni dah ngadap blog. orang pepagi lopeh subuh bermesra ngan anak2. buek kojo bekobun ko. nobeh rumput ko. riadah bersamo kuargo ko. bawak anak2 kuar sarapan ko. cuti2 ni kurang2 la skit buek pitnah tu. rapatkan hubungan kuargo. sok kok family rosak salahkan kerajaan jugak. ni tk pepagi dah sibuk baco fitnah kek blog pembangkang. apo nak jadi?

    karpal kono stroke ko? hahaha. tangan kanan lomah? hanyo boleh pogang kertas jo tak bulih pogang tangan? kakaka. lame excuse la brader. cari hujah lain la. atau itu caranya karpal hina orang?

    ReplyDelete
  14. situasi di satu majlis kenduri kawin..
    tangan kanan berlumuih nasik/kuah kari ayam..
    dtg sorang sahabat/kenalan nak bersalam.. camna tu...?
    hulur tapak kaki ke..? hahahah !!!

    ReplyDelete
  15. tapi biaso time kenduri or makan kek kodai tangan ponuh kuah or nasi, org totap gak ulur tangan kanan, tapi pogang pegelangan tangan. atau yg tangan borsih yang hulur salam tu akan pogang pegelangan tangan kanan kawan yang dio nak salam tu. biaso camtu. itu tando hormat. hampir takdo org hulur tangan kiri doh.

    ReplyDelete
  16. Okay laa tu...

    Nik Ajis hulur tangan kanan sebab dia basuh berak ngan tangan kiri... Karpal hulur salam ngan tangan kiri sebab dia basuh berak ngan tangan kanan...

    Fair & square...

    Hummm...??

    ReplyDelete
  17. Sodap e bahaso kau penyokong UMNO?

    Konon pejuang Melayu tulin.. bahaso kasar lucah macam lanun samseng..

    Orang Melayu Islam sejati, bahaso halus dan berbudi..

    Tapi, ontahlah. Kok dah berkawan dengan syaitan dikenali, inilah jadi e..

    Hai nasib kau lah waghih. Tak dapek den nolong e do..



    ReplyDelete
  18. Aku harap suatu hari nanti Allah lumpuhkan tangan kanan kau macam yang dialami oleh Karpal sekarang....di waktu itu aku nak lihat kau bersalam dengan orang yang .datang menxziarahi kau guna tangan kiri atau tapak kaki....Kenapa yang tinggal di dalam UMNO sekarang cuma yang jahat dan busuk hati dan berperangai IBLIS????

    ReplyDelete
  19. Orang yang solat dikatokan tolak islam,yang torang2 tolak islam dijadikan rakan pakatan.tangan kanan menderma ,tangan kiri mencuri.perangai orang pas bingai tak sudah.islam utk politik atau politik utk islam?

    ReplyDelete
  20. ehh....
    DAP hina PAS eh... dah tnya betul2 ke atau sepekulasi sahaja...
    yg rosmah AKA isteri najib yg pemimpin negara tue...
    xtutup aurat kira hina islam tak...
    atau najib fail sebagai pemimpin keluarga...????
    nak pimpin rakyat camna nie eh...

    ReplyDelete
  21. ancuk omak lar..tuan guru ko bawak main..politik jgn kaitkan ngan pribadi seseorg..tak baik bwk main benda2 mcm ni..korg neh madar agak eh..den loteh tol..bkn den nk memihak kek sapo2..den respect dio neh..walaupn den undi BN..den kagum dio neh..xdo nmpk sonang mcm montori lain,xdo rasuah..xmcm yg lain..mcm2 isu...dio clean..den mtk sgt lar..jgn tabur fitnah atau aibkn dio..dio jo den mtk..yg lain bantai kek mulut korg lar..doso masing2..

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive