Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Wednesday, April 10, 2013

Pas hanya Islam pada nama dan gadai agama kerana dunia

Hadis:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi).

Keterangan:

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia (seperti Pas yang gadai Hudud, gadai negara Islam, gadai kalimah Allah, sanggup bekerjasama dengan syaitan dan nak pegang jawatan sampai mati) bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Hadis:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Riwayat Tirmizi).

Keterangan:


Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia (seperti Pas yang mengganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas, menolak silaturrahim sesama Islam tetapi sanggup berpeluk dengan harbi DAP). Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia (seperti Pas yang gadai Hudud, gadai negara Islam, gadai kalimah Allah, sanggup bekerjasama dengan syaitan dan nak pegang jawatan sampai mati). Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutar-belitkan kenyataan (seperti Presiden Pas yang dulu mengatakan Perlembagaan Persekutuan itu kafir dan kerjasama dengan orang kafir itu terkeluar dari Islam, tetapi sekarang semuanya halal belaka demi kuasa ke Putrajaya). Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri (seperti ahli Pas yang ramai telah mati tertipu). Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.


"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam." - Nik Aziz Nik Mat, 9 April 2013.

16 comments:

  1. Senyap trus pencacai pas kat posting ni. Tak tejawab memasing dgn hadis Nabi SAW. Meme betul pemimpin smpey ke pengikut pas sesat belako.

    ReplyDelete
  2. Hadis tersebut sebenarnya ditujukan kepada Ulamak-ulamak UMNO.Cubalah bandingkan tok-tok guru dari PAS dan UMNO.Lihat dengan mata hati bukan dengan hawa nafsu.Ulamak UMNOlah yang menjual agama.Antara PAS dan UMNO jurangnya antara langit dengan bumi.Wahai Melayu Islam marilah bersama-sama dengan PAS untuk menumbangkan UMNO Lanattullah dalam PRU 13 ini.Umno dah diberi peluang 56 tahun dahhhhh.Cukuplah tu.........Ini Kkkkaaaallllliiii lahhhh.

    ReplyDelete
  3. Wahai Melayu Islam , sedarlah dan ingatlah mengundi PAS dlm PRU13 nanti adalah HARAM. Undilah UMNO

    ReplyDelete
  4. Iya marilah bersama dgn pas menyokong pluralisme agama, menghalal lgbt dgn mengiktiraf pemimpin pkr yg menyokong lgbt dan menjual kalimah Allah kepada kristian atas permintaan dap. Dulu nak lelong putrajaya skrg berebut putrajaya. Org yg ckp tu hidup lg jadi presiden pas. Hahaha. Munafik sungguh. Semua halal demi kuasa. Ularmak sungguh la tu.

    ReplyDelete
  5. tengoklah bila dah disesatkan Allah SWT sejahat2 UMNO pun dah tak nampak, tgk bini najib pum PMiang nampak rosmah berpurdah!! Macan abu jahal dululah!! Dia kata dia yg betul, nabi yang sesat!@!! Astagfirullah!!!

    ReplyDelete
  6. pergh hebat penganut pas ni cuba nak samakan penyokong umno dgn abu jahal dan cuba menyama tarafkan pas dengan nabi. memang sah dah sesat ikut kepala nik aziz la jadi lagu ni. cukup2 la sesat tu bai. balik la ke pangkal jalan. belum terlambat lagi kau mintak ampun dengan rosmah. rosmah tak pakai tudung laki dia dan dia sendiri tanggung dosa. kau punya bini baik bebenor ke?

    ReplyDelete
  7. Kenapa takmo cakap ulama yg menjual agama dgn 2juta? mana ulama kononnya ustazah yg membenarkan pelacuran atas alasan darurat?

    klu dah sekular... ngaji biarlah ngaji al-quran dan hadis dari guru yg mursyid. jgn mengaji kitab APCO dari ayah pin kompem akan sesat lagi menyesatkan.

    Suruh ngaji takmo bila dah besar sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  8. huyooo ni lagi hebat anon atas ni. tuduh orang sekular. tau tak makna setepatnya sekular? jangan ikut makna pas kerana ia ikut persepsi parti sesat tu sendiri. ikut makna yang diterima pakai seluruh dunia kerana jika makna tepat sekular kau dah tau, sebenarnya pas itulah sekular. lain kali belajar dengan guru yang mursyid, bukan belajar dari ularmak pas yang ngaji tak habis dan ikut tafsiran sesat syaitan. yelah kan nik aziz kata sanggup terima bantuan syaitonnnnn.

    ReplyDelete
  9. makanya PAS nie xjuangkan ISLAM lah kan...
    bila lak BN nak perjuangkan ISLAM...
    maksud saya betul2 juangkan islam contoh tutup aurat....
    sebab dari dulu saya tunggu Rosmah aka isteri pemimpin Malaysia nak tutup aurat...
    sebab saya belajar masa fardu ain tutup aurat tue wajib....

    ReplyDelete
  10. ohhh baru aku tau tutup aurat tu maknanya perjuangkan islam. bagus btul tarbiah pas. beza tul dgn yg nabi ajar. seks bebas, pelacuran, buang anak, judi arak, dadah kat kelantan tu macamana plak? lepas 23 tahun masih lagi pusat pelacuran 200meter dari pejabat nik aziz tak tutup2 pun? isle sungguh la tuh. ohh lupa fardhu kifayah. benda yang paya suungguh pas nak buat.

    fardhu ain dosa sendiri2 brader.

    ReplyDelete
  11. fardu ain juga benda wajib bukan benda main2...
    kan atas suami sebagai pemimpin keluarga jaga fardu ain isteri...
    macam ayah jaga fardu ain anak la....
    nie bukan cakap pasal PAS...
    nie cakap pasal bila rosmah nak tutup aurat...
    kan nak pimpin negara tue lebih besar dari pimpin keluarga...

    ReplyDelete
  12. Betulkan fatwa songsang tok guru mu tuh. Ni direct jalan ke neraka..bkn syurga lagi dah..dah masuk kufur..bertaubatlah anda semua..

    ReplyDelete
  13. Aik memula kata tutup aurat makna memperjuangkan islam. Pastu tukar pulak tanggungjawab suami, keluarga bagai. Putar belit sungguh la. Mana satu sebenarnya ni? Nak perjuangkan islam ke nak perjuang negara kebajikan? Atau nak perjuangkan hudud ke...tapi hudud takde dalam manifesto pr dan buku jingga. Atau hanya nak perjuangkan aurat rosmah semata2? Mana satu ni brader? Apasal belit2?

    ReplyDelete
  14. xda kene mengena pun dengan PR...
    aku xsokong pun diaorang sebenarnya...
    hahahaaaa...
    sebab pemimpin negara nak juangkan islam kan...
    kene pandai islam terutama dalam keluarga seperti fardu ain kene cukup....
    haaahaaa...
    kalau ketua pemimpin fail dalam bab keluarga macam mana dalam bab negara...????
    jadi soalannya bila rosmah nak tutup aurat..????
    xsampai seru lagi ke...????
    atau pemimpin kita xhirau bab agama..????

    ReplyDelete
  15. Tapi pemimpin negara yang jatuh kufur dan rosak moral lagiiii tak layak pimpin negara bro...

    ReplyDelete
  16. betul la tue...
    kalau kufur maka diaorang bukan lagi islam....
    jadi lagi xlayak nak pimpin agama...
    makanya...
    bila pula isteri pemimpin yang xkufur nie nak perjuangkan islam dalam keluarga...???
    sebab orang yang nak jaga negara kene pandai...???
    tapi keluarga pun xterkawal camna..???
    bila pulak isteri kepada pemimpin yang xkufur nie nak tutup aurat...??
    kan agama islam suruh tutup aurat...???

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive