Feel free to email us at panehmiang@ymail.com.

Saturday, April 20, 2013

Pesanan Umat Melayu

Wasiat Almarhum Syeikh Abdullah Al-Fahim (Kepala Batas, Pulau Pinang);

"Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAzhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahli Sunna Wal Jamaah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar (ringkasan) daripada kitab Hadyul ' Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh Ulama Ahli Sunna Wal Jama'ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluarkan hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia."

Dipetik dari Kitab Senjata Syariat.

3 comments:

  1. http://warisannwizurai.blogspot.com/2013/04/hari-penamaan-calon-di-jelebu.html

    ReplyDelete
  2. Umno ni bila time pru je suruh melayu bersatu,sbb nak suruh undi BN.lepas tu mainkan sentimen bangsa dan abata.melayu pun tangkap leleh lalu undi BN.bilo dah monang siap la kau tak kira melayu ke cina ke india ke,subsidi ron95 dikurangkan jd rm2.20 seliter,kadar tol highway juga naik 25sen/km.
    Hah tanggunglah sendiri.

    ReplyDelete
  3. kita kena pilih dunia dan akhirat.Bukan dunia semata2.Masaalah di dunia,kita kena berbincang dgn baik,ada penyelesaiannya.:..pinjam dialog dari pelakon eman manan

    ReplyDelete

Surah Al-Baqarah, Ayat 120

"Bukan orang Yahudi, ataupun Nasrani yang akan menerimamu, melainkan jika kamu mengikut agama mereka. Katakan,"Hanya petunjuk Allah sahaja yang benar" Jika kamu menyetujui kehendak mereka, setelah kamu menerima ilmu pengetahuan, kamu akan dapati tidak ada satu perjanjian ataupun penyokong dapat menolongmu dari Allah."

Surah Al-Baqarah, Ayat 216

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Surah Al-Imran, Ayat 28

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Surah Al-An'aam, Ayat 67

"Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya."

Surah Ar-Ra'd, Ayat 11

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
Blog Widget by LinkWithin

Blog Archive