Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Wednesday, May 8, 2013

Kuasa Sosialis Demokrat di Bumi Melayu

PRU-13 ialah petanda paling getir dan meruncing kepada kuasa politik Melayu. Pesanan warisan;

"Nenek moyang, kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Kita lenyap di arus zaman"

Cina DAP semakin berahi dan berterusan mendendang lagu Komunisme melalui istilah sama rata, plural dan liberal. Ini turut didukung oleh Pkr yang dipimpin oleh regim Anwar Ibrahim.

Cina DAP sapu hampir 70% kerusi di mana di pertandingkan. Ini signal tidak BAIK kepada Tanah Melayu.

Ikut kiraan populasi penduduk, Melayu ialah 70%: Cina 20%: India 7%: Lain-lain 3%

Maknanya, PRU-14, kaedah terbaik agihan kerusi ialah 222 x 70% kepada Melayu. Semua 151 kerusi Parlimen Melayu pulang kembali kepada empunya hak.

MCA dan Gerakan terbukti tidak sensitif kepada pembinaan Tamadun Bangsa Malaysia MERDEKA berasaskan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Namun, dalam diam wujud juga lanun Melayu seperti Tamrin Ghafar yang kini berpidato di pentas Sosialis Demokrat (agenda belit putar Komunis) meresapi DAP.

Kuasa Politik Melayu ialah kesatuan politik UMNO dan PAS sebenarnya (dengan andaian PAS faham dan akur fenomena semasa). Ijtihad para ilmuan Islam dan pemuda yang bertariqat ialah UMNO-BN, kerana PAS terlalu memudaratkan, merosakkan faham aqidah dan akhlak siayasi Ahlul Sunnah.

Moga Najib dan Muhyiddin amat-amat mengerti semua petanda yang ditelanjangkan kepada Barisan Nasional pada 5 Mei 2013.

1 comment:

  1. Hanya umno dan pas merupakan parti 100% melayu dan beragama islam siapa kita untuk menkafirkan sesama sendiri maka gunakan lah akal yang waras demi untuk kesinambungan melayu di masa hadapan.

    ReplyDelete

Blog Archive